BAB 5

Romance Completed 11666

Zulaikha terus sahaja muram apabila mendengar perkhabaran terbaru itu. Reunion yang diaturkannya dengan rapi sekali akhirnya dicemari dengan kesuntukkan masa yang menghimpit rakan-rakannya yang lain. Hanya Helmi, Ika, Naim, Fahmi, Haireel, Adam, Zul, dan Ayu sahaja bersetuju untuk bermalam, manakala yang lain terpaksa pulang atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Banyak juga rakan-rakannya yang tidak hadir.

“Ika, baring dulu. Ika masih tak sihat. Berehat dulu…” nasihat Helmi. Ika mengangguk lalu kembali baring, namun tangannya erat menggengam tangan Helmi. Zulaikha meminta diri untuk kembali ke biliknya sambil Dr. Naim mengatakan bahawa Ika boleh mengambil bilik itu sementara dia berpindah ke bilik yang lain.

Hanya Helmi sahaja yang setia menemani gadis itu sehingga dia tertidur.

Ika membuka kelopak matanya, melihat Helmi terlentok kepalanya di atas katil Ika. Ika tersenyum sendirian. Dia tidak menyangka bahawa Helmi sesetia itu, menunggunya. Masih tersemat di mindanya ketika detik terakhir perpisahan mereka, Helmi meluahkan perasaanya. Namun, Ika tidak langsung memberikan jawapan dan menyuruh Helmi menunggu dengan setia sekiranya perasaan cinta itu tulus dan suci. Dia tidak menyangka Helmi berpegang pada janji zaman kanak-kanaknya itu. Helmi.. bertuahlah wanita yang akan memiliki kau nanti… maafkan aku… aku sudah bertunang.

Ika kemudian mengangkat tangannya, untuk menatap cincin pertunangan. Mungkin bukan jodoh kita…

Tiba-tiba bunyi jeritan memecahkan tidur mereka yang bermalam di Diamond Mansion, rumah agam milik Zulaikha. Helmi tersedar dan begitu juga Ika, yang sememamgnya sudah sedar lama dari tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience