CAT

Romance Completed 20546

CHAPTER 7

"Tuan Zaihan!!"jerit Mar mengejar Zaihan yang mengambil buku diarinya.Laju betul Zaihan merampas buku itu sepantas kilat sampai tak berkedip mata Mar..

Geramnya!Mesti nak kacau aku waktu kerja!

"Apa lah dah besar pun ada diari lagi.Tak tahu malu betul"ejek Zaihan sambil menjelirkan lidah.Buku itu masih dalam genggaman nya jadi dia boleh buat apa je yang dia suka.

"Bagilah jahat!Sukahati aku lah nak ada diari atau tak!Apa masalah kau?!"Marah Mar dengan sekuat hati dia menendang kaki Zaihan tapi dia pantas mengelak.

Mar mencebik marah.Tak kena pula.

"Aku nak baca"

"Janganlah!Bukan aku tulis tentang kau pun!Berdosa baca rahsia oranglah!"Marah Mar yang masih menangkap Zaihan.

Kejap ke kanan ke kiri.Main acah-acah Zaihan ke hulur hilir sengaja buat Mar rasa marah.Panas hati Mar.

"Apa benda kau nak rahsiakan sangat ni?Kita tak patut berahsia aku pun tak pernah berahsia dengan kau.Jadi kau patut buat benda yang sama"Kata Zaihan senyum manis.Suka betul dapat kenakan anak kucing yang merengek manja ni.

Teringat pula waktu kecil.Kejadian yang sama cuma masa itu Zaihan mengambil kasut sarung Mar.Kesian betul Mar terpaksa berjalan kaki ayam.Zaihan yang melihat dari jauh ketawa terbahak-bahak.Pipi Mar merah habis!

"Itu sebab kau takde benda nak rahsiakan!Perkara dalam buku tu sangat penting bagi aku!Bagi balik!Aku tak percayakan kau!Mesti kau akan beritahu semua orang!"marah Mar lagi.Kaki menghentak tak puas hati.

Mulut Mar bergerak-gerak rasa geram.Tangan silang dengan marah.Jelingan mata tak pernah lengkang melihat Zaihan yang memeluk buku itu agar tak dilepaskan.

"Jangan marah nanti cepat tua"

"Kau lah tua!Atuk Zaihan!Eh kau tak nak kahwin so atuk bujang Zaihan suka kacau anak dara buat apa!Tak takut kubur yang memanggil-manggil tu"Perli Mar dengan balasan yang cukup padu.Biar rasa pedihnya hati Mar.

"Ceh!Tak dapat diari sakitkan hati aku pula.Aku takkan bagi selagi kau tak setuju pergi majlis malam ni"Zaihan cuba berdolak dalik.

Majlis malam ini merupakan majlis rasmi sempena pelantikan jawatan CEO kepada Zaihan.Semua kawan atau bangsawan dijemput hadir.

"Aku tak nak sebab semua tetamu tu orang kaya.Kau lihatlah rupa aku ni?Ada nampak macam setaraf dengan kau ke?"Mar menunjukkan rupa dia yang selekeh.

"Apa aku kesah?Kau tetap cantik tanpa hiasan atau baju yang mahal.Sebab kau ialah Mar .Kau patut jadi diri sendiri"Puji Zaihan melambung-lambung.

"Aku tak peduli apa yang kau kata aku takkan pergi!"

"Kau tak nak diari ni?"soal Zaihan yang menghulurkan buku diari Mar.

"Helah kau nak bawa aku ke majlis takkan sesekali berkesan.Ya atau tak jawapan aku tetap sama.TAK!"Mar merampas diari tu semasa Zaihan tak perasan.Kaki mengorak langkah menuju ke atas tanpa pedulikan panggilan dari Zaihan.

"Aku kena fikirkan untuk bawa dia ke majlis itu tanpa tak paksa.Um ha!"

_________________

"Aduh!!Sakit Mar!Aku nak mati!!"Jerit Zaihan apabila Mar berjalan bersebelahan dia.

"Kau okay tak ni?!"Risau Mar melihat Zaihan yang meraung kesakitan.

"Mar aku rasa sakit.."

"Sakit kat mana?!Kita pergi ke hospital nanti melarat!"Risau betul Mar apabila Zaihan terbaring di atas pahanya.

"Sakit!Kau tekan kuat sangat!"Rungut Zaihan sambil menepuk dadanya berulang kali.Ada cecair merah yang keluar dari mulut Zaihan buatkan Mar panik.

"Wei jangan buat aku rasa takut!Kau sakit kat mana ni?!Marilah kita pergi hospital nanti sakit tu makin parah.Kau juga yang akan...akan"Air mata Mar mengalir deras.Tak sanggup dia lihat Zaihan sakit begini walaupun mereka musuh.Rasa sayang tetap ada.

"Aku nak kau tunaikan permintaan aku buat kali terakhir.."Rayu Zaihan sambil mengambil kad jemputan lalu diberikan kepada Mar.

"Jangan kata macam tu..Kau tak boleh pergi dulu sebelum aku..Ya aku tahu aku benci kau tapi aku dah anggap kau macam abang aku..Jangan pergi "Balas Mar sedih.Kad itu diambil segera.Membulat mata mar apabila melihat satu persatu perkataan dalam kad itu.

"Aku takkan mati kalau kau sudi pergi majlis itu dengan aku.Itu je apa yang aku minta"

PAP!

Paha Mar dialihkan segera.Kad dicampak dengan geram.Zaihan tipu!

"Berani kau kenakan aku!Ingat ni drama melayu ke?!Aku ingat kau dah betul-betul takde!Sukalah permainkan aku!"geram Mar dengan lakonan palsu Zaihan.

"Kau yang paksa aku.Setakat pergi ke majlis itu bersama aku takkan kau tak suka"Senyum Zaihan sambil mengelap baki sos tomato itu.Lakonan tadi hampir tak jadi apabila melihat Mar yang begitu risau terhadap nya.Kelakar.

"Jangan paksa aku pervent!Pergi mati!"Mar menolak sekuat hati tubuh Zaihan hingga terjatuh.

"Tapi kau juga yang risaukan aku juga tadi!!Kau suka nak pergilah kan?!"jerit Zaihan lagi supaya Mar dapat mendengar.

"Pergi berambus jahat!"

Zaihan buat muka merajuk.Tak menjadi pula plan aku.

Tunggu kau Mar.Aku akan buat kau putus asa juga.

______________

Mar bersiap sedia untuk memulakan latihan.Dia sudah halau Zaihan jadi tiada masalah dia tak dapat berlatih.Studio tarian ini encik zen beri kebenaran untuk dia berlatih.

Setiap langkah Mar lakukan dilakukan dengan lemah lembut.Rasa sunyi juga tiada orang di sini.Hari Sabtu katakan.

Zuss!!

Tiba-tiba entah dari mana ada sesuatu yang terkena kepala Mar.Rupanya segulung kertas ronyok.Mar jadi pelik tapi dia mengambil juga kertas itu.

'Lihat kat bawah'

"Bawah?"

Serta merta Mar memandang ke bawah.Ada maskot kucing memegang sepanduk yang bertulis

"Pergi majlis dengan aku PLEASE!"

Maskot kucing itu melambai tangan terlompat lompat dengan keriangan.Mar sudah agak siapa yang berada di dalam maskot itu.Semua orang yang melihat ketawa .Tak malu betul si pervent ni.

Mar terus turun ke bawah untuk berjumpa dengan Zaihan.Nampak mata Mar sudah membara.

"Apa kau buat kat sini tak guna!Tak malu ke?"Marah Mar menggoyangkan maskot itu hingga Zaihan pening.

Alamak.Kucing ni terlalu comel terasa nak peluk.Ya Allah ingat dalam ni ada lelaki Mar!

Zaihan tahu Mar suka peluk maskot kucing yang selalu berada di tepi jalan.

Selalunya mereka akan beri candy pada sesiapa yang berani peluk.Mar akan dapat setiap kali datang.Memori yang manis.

Zaihan mengeluarkan pen dan kertas.Dia menulis sesuatu lalu ditunjukkan.

"Aku tak faham apa yang kau kata.Sebut meow sebab aku ni kucing"

Tapak kucing itu melambai lagi.Apalagi Mar terus menumbuk kepala kucing itu hingga tercabut.

"Jangan harap!"

"Eh nanti dulu!Kalau macam tu aku belanja kau kopi yang penting kau sudi teman aku dulu"Balas Zaihan menarik lengan Mar supaya tak pergi.

"Sekejap je"

___________

Berwap asap kopi yang keluar.Bibir dijuih meniup asap itu bagi sejuk sikit.Nanti melecur lidah.Mereka berdua duduk di bangku.Maskot kucing itu masih tak tertanggal dari badan Zaihan.

Rasa kekok pula.

"Kenapa kau berlatih waktu petang?Tak penat ke asyik kerja je"Soal Zaihan yang meniup kuat kopi hingga tersembur air yang mar minum.

Tiup bukan main.

Terbatuk-batuk dia menahan ketawa melihat sikap gelojoh Zaihan.Tiup macam taufan.

"Elok sikitlah minum tu..Kau ni."Zaihan memberikan tuala kecil kepada Mar yang masih tersedak itu.

"Kelakar..aku dah biasa kerja waktu petang ni.Nak dapat gaji lebih"balas Mar meletakkan tangan yang sejuk itu melitupi cawan panas itu.

"Kau patut rehat je masa cuti.Jangan lah asyik berkerja je.Ya aku tau penting ada duit tapi kau patut tahu kemampuan kau"Kata Zaihan sambil mengelap saki baki air kopi yang tercalit di bibir Mar.

Pandangan Mar terus dialihkan.Hati dia rasa berdebar bila lihat raut wajah Zaihan.Apa tak kena ni?

"Aku perlukan duit juga bukan setakat sara duit tapi aku ada impian sendiri"kata Mar menghirup perlahan air kopi itu.

"Impian apa?"

"Aku selalu nak ada piano sejak kecil sebab arwah ayah aku dulu selalu ajarkan aku.Piano yang lama dah rosak jadi tak boleh pakai"kata Mar memandang suasana petang.Ramai juga budak yang main kat sini.

"Baguslah aku harap nanti kau dapat beli"Senyum Zaihan yang melihat juga budak yang berkejaran.

Baiknya dia.

Eh?

Apa kau ni Mar?

"Kau tak nak tukar baju.Tak panas ke pakai maskot ni.Semata-mata nak ajak aku keluar kau sanggup pakai"Ujar Mar pelik.Terus dia tukar topik.Lagipun dia memang suka kucing.Comel.

"Kau suka kucing jadi aku pakailah.Bukan sebab nak ajak kau keluar je tapi aku nak minta maaf"Kata Zaihan lembut.

"Apa?"

"Hutang yang tertangguh banyak susahkan kau sejak ayah kau meninggal.Semuanya sebab aku.Mungkin kita benci antara satu sama lain tapi aku masih risaukan kau"senyuman manis Zaihan terukir.Tak pernah lagi dia melihatnya sebelum ini.

"Bukan salah kau.Memang aku rasa susah nak hadapi.Tapi bila aku fikir apa yang ibu bapa aku lalui .Aku sanggup lakukan demi mereka"balas Mar tak nak buat Zaihan rasa bersalah.

"Kau takdelah benci aku kan?"Soal Zaihan sinis.

"Tak.Aku tetap bencikan kau sangat Baka!"Jelir lidah lalu berdiri tegak.

"Berapa peratus?"

"100!!"

Mar mula ketawa melihat reaksi wajah Zaihan yang tak puas hati.Kepala kucing dipakai kembali.

"Kejam!Jaga kau kalau aku dapat kau!Aku paksa kau pergi majlis tu dengan aku juga!"ketawa Zaihan yang mula mengorak langkah.

Mar terus berlari ketakutan apabila Zaihan mula mengejar.Semua budak yang bermain memandang kami dengan pelik.

"Kata yang kau benci aku 30!Tak lebih dari tu"

"Tak nak!Apa yang lebih tu"

"Suka aku"

"Tetap 100!Full stop!Haha!"

"Selagi kau tak ubah peratus tu aku paksa kau!"

Penuh ketawa mereka bergema sekitar taman permainan itu.Ada pula sesi mengejar.Tak tahu malu ada yang melihat.

Ada kucing besar yang ganggu ketenteraman di sini.Kucing Nakal yang cuba paksa orang teman dia.Sebab dia penakut!

Please help me!~

Sweet Noted.
(^^)Saya Takut peluk maskot Gini dulu.Haha takut dia makan kiter tapi tak pun

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience