CHAPTER 9

Romance Completed 20240

CHAPTER 9

ZAIHAN PoV

Kaki berjalan keliling majlis itu dengan cepat.Tak sampai 3 minit aku tinggalkan budak ni terus menghilang.Makin buntu kepala Zaihan nak mencari dalam khalayak ramai.

"Hai awak tengah cari apa ni?"Soal Haikal menyapa lembut Zaihan yang tengah serabut itu.

Awak?Lelaki pula tu tegur aku..Euw!

"Err kau ni siapa pula tiba-tiba je tegur aku?"Jawab Zaihan berhenti sekejap.

"Kau cari Mar betul tak?Dia dah balik"Balas Haikal yang makan hidangan yang disediakan.Sedap betul.

"Asal dia balik pula?Dia balik naik apa?Adui budak ni ada je nak susahkan aku malam buta ni"Garu kepala Zaihan yang tidak gatal.

"Relax lah aku call driver untuk ambil dia.. Pandai-pandai lah budak tu nak balik kau jangan lah risau sangat"Kata Haikal supaya hati Zaihan tenang semula.

"Kau siapa sebenarnya?Semua yang Mar buat kau tahu..Stalker ke?"Soal Zaihan lagi untuk kali kedua.

"Manager"Ringkas sahaja jawapan Haikal.

"Sejak bila budak tu Ada manager pula?Pelik ni"Zaihan cuba fikir sambil berjalan.

"Baik kau balik cepat mesti Mar sorang kat rumah tu.Aku nak ambik makanan"Haikal tersenyum sambil membawa pinggan yang kosong itu.

"Suka hati je"

_____

MARSHA POV

"One"

"Two"

"Three"

Biskut panjang itu dipatah-patah mengikut turutan nombor.Mar rasa bosan tiada satu pun orang yang berada di dalam rumah hanya dia seorang diri.

Agak bila mereka nak balik?

"One"

Mar menggigit biskut itu dengan malas.Apabila teringat kembali Zaihan di majlis itu hati dia rasa sakit.Cepat-cepat dia menggeleng kepala.

Mana mungkin kau fikirkan dia?

Musuh tetap menjadi musuh selamanya.

"Two"

Sesekali dia ingin rasa apa itu bahagia.Sudahlah aku dipisahkan dengan ibu yang tersayang kali ni aku dipulaukan oleh si dia.

Tak adil!

Aku ingin juga rasa bahagia!

"Ergh!Ini semua salah kau!"Mar mematahkan biskut itu jadi cebisan.

"Assalammualaikum"Sapa Zaihan yang entah dari mana datangnya.Yang pasti muka dia nampak marah.

"Waalaikumussalam awal baik senpai?"Senyum Mar terpaksa sambil patahkan biskut itu.

Senpai itu ditekan sedikit.Tahulah Zaihan suka gelaran tu.

"Kau merajuk dengan aku ke?Sampai bila kau pandai mengelak dari aku ni"Soal Zaihan meletakkan kotnya di atas meja.Lantas dia duduk di hadapan Mar yang monyok itu.

"Bila masa aku mengelak?Jangan pandai buat cerita eh.."Geram Mar melihat muka orang yang sakitkan hati dia tu.Tak rasa bersalah ke?

"Abis tu yang kau sukahati keluar majlis tanpa aku tu?Bukan tu mengelak dari aku ke?" Zaihan memandang cebisan biskut dengan pandangan yang kosong.

"Bukan hal kau pun..Janji aku balik rumah"Jawab Mar dengan selamba.

"Aku tanya ni jawablah kenapa kau tak tanya aku untuk balik rumah dulu?Tahu tak aku penat cari keliling rumah semata-mata nak cari kau je"Kata Zaihan rasa geram dalam masa yang sama dia juga rasa bersalah tinggalkan Mar seorang diri di majlis itu.

"Biarlah aku nak pergi mana-mana pun.Ingat kau boleh kongkong aku sampai bila-bila ke?Aku ni dah 26 tahun ada akal untuk fikir sendiri jadi kau jangan sibuk sangat nak ambik tahu hal aku"Balas Mar yang masih memakan sisa biskut itu.

"Sekarang ni kau tawanan kat sini mestilah aku kena ambil tahu!Mana tahu kau pergi cabut lari ke? ingat senang nak cari kau yang serupa macam kucing licik?!"Terus berdiri Zaihan menghadap Mar yang tak pedulikan amaran nya.

"Apa masalahnya lagi?Aku balik rumah dan aku dah sampai pun sini dengan selamat.Apa lagi yang kau tak puas hati!"Mar juga turut berdiri dengan menjongket tumit kakinya.

"Kau patut minta izin dengan aku!Takdelah aku terhegeh cari kau!"

"Kau tak boleh minta pengawal cari aku ke?Perlu ke aku minta izin?Hei berpuluh banyak kali aku kata yang aku ni bukan budak kecik lagi!"Balas Mar lagi mencampak cebisan biskut ke muka Zaihan.

"Aku tak tunjuk lagi cara yang aku tak pernah lagi tunjuk pada sesiapa jangan sampai malam ni kau akan lihat!Mati kau nanti!"Zaihan memang sangat marah akan sikap Mar.

"So ada aku peduli?Kau memang pembuli aku dari sejak azali lagilah!Berapa banyak lagi kau nak kenakan aku?Buatlah!Aku tak takut!"Cabar berapa tinggi tahap kesabaran Zaihan.

Zaihan perlahan mendekati lantas menolak tubuh Mar hingga terjatuh.Walaupun dalam keadaan sebegitu Mar tetap tersenyum.

Tangan Mar ditahan dengan kaki supaya dia tak dapat bangun.

"Kau cabar aku macam apa yang aku sangkakan.Dari dulu lagi kau memang tak serik kan?"Kata Zaihan merenung anak mata Mar yang bundar itu.

"Aku tak lemah.Aku berani lawan kau dan aku bukannya Mar yang kau kenal dulu!"Mar melepaskan tangannya hingga lengan baju terkoyak.Jelas kelihatan parut yang lama itu.

"Kau jangan lawan kata aku nanti kau juga yang menangis"Zaihan menolak lagi tubuh Mar ke bawah.

"Atau kau yang akan menangis?Apa yang kau boleh buat?Pukul? Jatuhkan aku?Buat semua yang kau suka!Aku tak takut!"Mar pantas bangkit untuk mengajak zaihan berlawan.

Sejak bila pula Mar pandai berlawan?

"Are you serious?"Ujar Zaihan sinis tergelak melihat Mar yang bersedia untuk melawan dia.

"Yes!Kenapa?Kau takut ke?Meh sini!"Teriak Mar dengan kuat serta berlari menuju ke arah Zaihan dengan tendangan yang kuat.

"Aish!"Zaihan menahan kaki itu dengan mudah.Sikit lagi nak kena muka.

"Hei mana adil!Kau pegang kaki aku bukannya nak tumbuk aku!Takut ke?!"Mar tak dapat bergerak kerana kakinya ditahan.

"Aku tak boleh pukul perempuan nanti aku juga yang kena tangkap masuk lokap.Tak naklah macam tu"Zaihan melepaskan kaki Mar yang sudah tegang itu.

"Ceh! Sebenarnya kau takut kan?Mesti kau terkejut aku boleh tendang setinggi tu betul tak?!"Berlagak lebih Mar dengan bangganya.

"Aku boleh tumbangkan kau dengan jentik jari je tau.Lagipun tadi tendangan kau masih lemah sama seperti dulu budak kecil"Balas Zaihan sambil menunjal kepala Mar dengan jarinya.

"Adui!Jangan nk perasan diri sangatlah!"Ngadu Mar rasa sakit dengan jentikan maut itu.

"Kau tetap lemah"

"Tak baik kau kutuk aku .Manusia memang ada kelemahan tiada siapa yang sempurna!Bukan salah aku jadi kecik macam ni!"Mar menjeling mata Zaihan dengan tajam

"Huh nak pandang aku pun kena jengket.Memang kau ketotlah Mar"Ketawa Zaihan menolak tubuh Mar yang kerdil itu ke tepi.Senang sahaja Mar ditolak.

"Hei Zaihan!Aku tak habis cakap lagi!!"

_________________________

"Meow"

Elly mengesel kaki Mar dengan manja apabila terlihat makanan kucing yang mahu dibuka.Mata Elly nampak sangat lapar waktu itu.

"Alolo lapar ke?"Soal Mar sambil mengangkat badan Elly lalu mencium hidungnya yang sedikit basah.

"Meow"

Elly mengiau lagi dengan manja.Mar memberi makanan kepada Elly yang kelaparan itu .Dia hanya lihat sahaja kucing itu makan.

PAP!

Satu ketukan yang kuat menghentak kepalanya yang keras.Apabila Mar melihat ke atas rupanya Zaihan yang kemas dengan pakaian sut hitam.Mar terus mencebik muka.

"Apa benda!Tak nampak aku buat kerja ke buta?!"Mengamuk Mar tak tentu pasal sebelum Zaihan sempat berkata apa-apa lagi.

"Asyik marah kau ni.Jaga Elly aku ada kerja kat office Jadi aku balik lambat.Lagi satu aku lihat berita yang hari ni hujan nanti temankan Elly dia tak suka hujan atau bunyi guruh.Jangan biarkan dia bergelap.Selalu bersihkan tempat dia.Tidurkan dia dengan mr cupcake sebab itu mainan kegemaran Elly.Dan jangan sesekali beri dia bunga kekwa yang aku tanam sebab itu racun"panjang lebar pesanan Zaihan untuk Elly si kucing sahaja.Dah macam Elly ni isteri kau pula ya?

"Baik tuan saya akan jaga kucing tuan dengan baik ya!"Senyum Mar dengan kelat dan memberikan beg pada Zaihan dengan geram.

"Lagi satu,Elly tak boleh sesekali dekat dengan bunga..Ok itu je"Sempat lagi Zaihan beritahu lagi satu syarat.

Lantas dia keluar selepas memberitahu apa yang penting kepada Mar.

"Penting sangat ke kucing kau ni ke?Pelik betul apa benda yang dia suka tentang Elly ni"Mar memandang Elly yang comel bermain dengan mr cupcake.

Kau tahu semuanya tentang Elly samada dia suka atau tak.Selalu caring pasal dia dan beritahu pada orang lain untuk keselamatan dia.

Jadi kenapa kau tak buat begitu pada orang lain?

"Tahu tak aku cemburu betul dengan kau Elly alangkah bagus aku boleh ambil perhatian tuan kau tu"Mar bercakap dengan Elly yang memandang manja dalam mata Mar.

"Meow"

Elly mengajak Mar bermain dengan menggulingkan badannya.Terus sahaja Mar geletek perut Elly hingga dia menggigit kegelian.

"Papa kau tu macam mana orangnya?Kenapa dia baik sangat dengan kau?Apa rahsia kau gendut"Mar bermain dengan ekor Elly yang panjang itu.

Mar ternampak album yang terdapat dalam pelbagai kotak.Banyak juga kiranya.Mar cuba mengambil satu daripada tiga album itu.

"Meow"

Elly mengiau lagi.Mar membuka muka depan album itu.

Terdapat satu gambar yang lama dengan hitam putih.Gambar semasa dia kecil dahulu.Mar tersenyum melihat gelagat Zaihan yang riang itu.

Jika aku ada mesin masa yang boleh aku pergi ke masa lalu.Aku akan pilih untuk mengenali kau lagi Zaihan.Dan aku mahu kita berkawan baik seperti dahulu.

Gambar yang aku tangkap sewaktu aku sertai pertandingan fotografi.Masa itu aku ternampak Zaihan melihat aku yang menangkap gambar.Dia tersenyum gembira apabila melihat sahaja kelibat aku di tebing tasik tapi dia tak perasan.Nasib tak kantoi.

Agaknya Haikal dah bagi gambar ini pada dia.Ah malu!

Rindunya.

________________________________

"Ni bakinya"Zaihan memberikan sampul surat yang bernama Marsha.

"Bagus juga cadangan kau untuk duduk dengan dia senang je masuk duit tapi jiran tak tegur pula Korang duduk berdua?"Kata Tengku Zainal yang rasa berpuas hati.

"Setakat ni tak"

"Bagus"

"Aku minta diri dulu"Zaihan mengorak langkah setelah kerja sudah selesai.

"Mar masih tak terima kau?Atau kau bersetuju dengan mama untuk aturkan wedding kau"Tegur Tengku Zainal kepada anaknya yang keras kepala itu.

"Itu tak penting. Hanya satu sebab aku beri Mar duduk bersama iaitu untuk bayar duit hutang ayahnya jadi jangan salah faham apa yang kau buat.Hal aku jangan masuk campur"Jawab Zaihan dengan dingin.

"Kau memang tak rasa apa-apa tentang dia?Mar lebih kenal kau daripada Elly.Dia selalu ambil tahu tentang kau"Kata Tengku Zainal yang rasa tak puas hati dengan balasan anaknya.

"Apa yang kau tak puas hati lagi?Kenapa aku perlu jawab soalan tu ?Perlu ke?"Zaihan menoleh melihat ayahnya.

"Aku tak nak benda yang sama berulang lagi.Kau akan kehilangan segalanya dan akhirnya kau juga yang akan tersakiti"Ujar Tengku Zainal yang menyilangkan tangannya.

"Ia takkan berulang lagi.Aku takkan benarkan!"Balas Zaihan dengan menekan sedikit ayatnya.

"Kita lihat nanti"Senyum Tengku Zainal lagi.

_________________

MAR POV

Mar menyiapkan tugasan dengan sempurna.Kali dia pecahkan rekodnya dengan masa yang cepat.Patutlah dia berpeluh banyak.

Rumah itu menjadi gelap apabila hujan mula turun dengan lebat secara mengejut.Hanya satu dalam kepala Mar iaitu Elly .

"Elly?"Mar mengintai tempat Elly yang menjadi tempatnya bermain.

Tiada?Setahu aku dia ada kat sini.

"Elly?"Mar melihat dapur pula.Tiada juga.

Mar mencari setiap pelusuk rumah tapi tetap tak berjaya jumpa Elly yang hilang.Kepala Mar digaru.Mana pula dia menghilang ni?

Rupanya cermin tingkap terbuka luas cukup muat untuk kucing itu keluar.Mar terus pecut tak kiralah dia pakai selipar atau tak tapi apa yang penting dia perlu cari Elly dengan segera.

Zaihan sudah beritahu yang Elly takutkan hujan dan guruh.Mar hanya redah sahaja hujan itu tanpa payung.Basah kuyup badannya.

"Elly!Haish mana ni!"Mar berlari pula menuju ke taman tapi Elly masih tak muncul.

Petir asyik berdentum dengan kuat hingga Mar tertunduk takut.Hati dia masih kuat untuk tangini cuaca buruk ini.Dia masih berusaha mencari Elly di setiap kawasan rumah.

"Meoww"Suara Elly kedengaran yang dia ketakutan.Mar dapat menangkap suara itu lantas mencari suara Elly.

Mar terjumpa di bawah pokok yang rendah.Badan Elly habis basah kuyup dan dia kelihatan takut.Kesian betul Elly.Mar terus mengangkat Elly untuk bawak ke rumah.

Ini semua salah aku.Kalau tingkap tu tak buka mesti dia tak keluar.

Kelibat kereta Zaihan betul-betul berada di hadapan rumah.Mar sudah panik mesti Zaihan syak dia.Terus dia masuk ke dalam rumah dengan segera.

"Elly!!Oh no Apa jadi pada sayang aku ni?!Kau buat apa ha!"Marah Zaihan menjeling mata Mar .

"Maaf aku tak sengaja"

"Kenapa Elly basah kuyup ni?!Kau tahu tak Elly cepat demam?!"Risau zaihan melihat kucingnya yang nampak takut.

Bulu Elly basah kuyup terkena hujan.

"Haha tadi dia bermain di luar lepastu tak tahu pula hujan turun"Balas mar dengan ketawa yang gugup.

"Kau boleh ketawa!?"

"Ahh aku.."

"Kau patut peka dengan apa yang berlaku!Apa yang akan jadi kalau Elly sakit!Semua ni salah kau"Tengking Zaihan yang geram.Terus sahaja Elly digendong masuk ke dalam.

"Zaihan aku minta maaf.Aku memang tak sengaja tadi dan tak tahu pula elly boleh keluar dari tingkap tu"Ujar Mar yang menahan kesejukan akibat baju yang basah itu

"Jangan bagi alasan lah!Aku bagi kepercayaan untuk kau jaga Elly tapi ini je apa yang kau boleh buat!Kau tahu ke apa perasaan bila lihat orang yang kita sayang even ia binatang bila dia sakit!Aku takkan maafkan kau atas apa yang kau buat pada Elly hari ni faham?!"Tengking Zaihan lagi menolak tubuh Mar yang meniggigil itu jatuh.

Mar bangun sendiri tapi lututnya luka dan berdarah.Air mata asyik mengalir keluar.

Betul.Memamg aku yang salah tapi kau tak patut beritahu semua tu.

Alangkah baiknya aku ada kat tempat Elly sekarang ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience