CHAPTER 5

Romance Completed 20240

Semenjak mereka duduk bersama ada juga sedikit sebanyak yang Mar tahu tentang Zaihan tapi tak semua yang bagus.Tabiat yang Mar pelik adalah apabila menjelang waktu malam sering Mar mendengar bunyi pintu tertutup berulang kali.Jadi dia nak siasat apa yang terjadi mana tahu ada benda yang menarik.

Zaihan sudah keluar sejak pagi tadi jadi Mar bebas pergi ke mana sahaja.Target pertama bilik yang Zaihan arahkan supaya jangan masuk.

Perlahan dia menjejakkan kaki melangkah masuk ke dalam bilik itu.Haraplah takde CCTV yang merakam.

"Tempat apa ni?"Keliru Mar apabila melihat pelbagai aksesori yang pelik bertaburan di atas lantai.Ada juga gambar yang dipangkah dengan pen merah.

Apa yang lagi menarik apabila dia ternampak fail biodata miliknya.Ingin tahu yang mendalam tentang fail itu membuak rasanya.Tangan mar ingin mencapai tapi secara mengejut telinga nya menangkap bunyi tapak kaki.Terus dia bersembunyi di bawah meja.

"Kau nak aku bawak sekali ke?"Soal satu suara garau yang semakin mendekati tempat Mar berada.

"Benda tu penting mana tahu nanti maid kau yang cantik tu dapat tahu nanti kau juga yang kena padahnya"Jawab satu suara lagi yang lembut bak madu.Main teka je.

Maid?Aku ke?

"Takkanlah dia nak tahu,bukannya dia tu cerdik nak masuk dalam bilik ni aku dah bagi amaran keras .Confirm dia Tak berani"Ujar suara garau itu lagi.Ini mesti Zaihan yang sedang bercakap dengan seorang lelaki

Mar yang dari tadi pasang telinga
Apa benda yang dia cuba rahsiakan?

"Aku nak tanya kenapa kau simpan perempuan tu?Setahu aku dia tu bukan taste kau tapi aku haha"

"Ada benda yang dia ada hutang dengan aku dulu"kata Zaihan nada yang agak serius.

"Mesti susah kan bro?Jom aku lanja makan"Pelawa lelaki itu ketawa gembira.Jenis yang periang agaknya.

Mar sudah berpeluh duduk bawah meja itu dengan aircon pun takde.Entah macam mana zaihan buat kerja dalam bilik ni dengan kepanasan.

Ait?Aku pulak yang risaukan dia.

Selepas itu mereka berdua keluar dari situ.Mar keluar dari tempat itu dengan perasaan yang pelik.

"Aku ada hutang dengan dia?Hutang apa pula ya"Fikir mar sejenak dia melangkah keluar lantas menutup pintu itu serapatnya.

Dia tanpa berfikir panjang terus lari masuk ke dalam bilik.Terlupa pula banyak yang dia perlu lakukan mengikut jadual yang Zaihan berikan.Satu apa pun aku belum buat!

Dia memeriksa list yang Zaihan suruh dia buat.Bila dianggarkan banyak juga.Nak dekat 20.

Barang cucian dan apron dikeluarkan.Apabila semua sudah lengkap Mar terus mencuci semua dalam bahagian rumah tanpa henti.

Tempat yang paling kotor yang dia rasa adalah dalam tandas.Macam bau bangkai!

Sekilas lalu dia periksa kembali list tadi,lagi sikit je akan siap.Kali ni dia perlu bagi Elly makan.

Bukan perempuan simpanan eh.Tapi kucing comel warna putih.Elly tu nama girlfriend zaihan.Biasalah orang bercinta.Semuanya nak letak nama yang tersayang.

"Meow jom makan Friskies nanti papa kau marah aku tak bagi kau makan"Kata Mar sambil mengangkat Elly yang sibuk bermain.Gebu nya bulu dia macam bantal peluk.

Papa?Entah aku main cakap je sebab aku selalu lihat Zaihan gelarkan diri dia "papa" .Manja betul.

Elly mengiau lembut,kaki aku digesel manja.Tangan Mar mengusap bulu lebat itu.Dia ingat pesanan yang Zaihan katakan yang Elly takut makan seorang diri.Sama seperti aku kiranya.

Pen diseluk keluar menanda kerja yang sudah siap.Tepat 30 minit Mar sudah selesai semuanya.Cepat juga dia buat kerja.Harap Zaihan ada bawak makanan.Aku tak makan lagi ni.

Sofa yang gebu itu Mar baring dengan selesa.Fon yang dari tadi tak dihadap ,Mar membuka screen utama.

Hamik kau!3000 mesej sekali masuk.

Mar melihat chat Zaihan pula.Tengah online lah mr bad boy Ni.Agak-agak dia mesej sapa.Girlfriend dia yang lawa tu kot.

Nak sapa tak?Eh buat apa aku nak sapa.Dia bukan suami kau.Elly mesti tengah melayan Zaihan.

Mar mengabaikan fon yang banyak mesej masuk.Memang malas nak layan chat beribu tu kalau badan dah penat.

Ting!Tong!

Bunyi loceng rumah dibunyikan dari luar,sejurus Mar yang baru sahaja berehat melihat siapa gerangan yang mengacau.

Seorang wanita yang berkaca mata hitam,rambut mengurai panjang,bibir merah bak delima dan putih berseri.Fuuyo sapa pula wanita misteri ni.

Mar menekan punat masuk,dia bergegas menyapa wanita itu supaya masuk.

"You ni siapa? Kenapa you ada kat rumah Zaihan"Ujar wanita itu dingin rasa benci.

"Saya ni maid dia"Tipu Mar dengan senyuman terpaksa.Takkan aku nak kata yang Zaihan tu pengutip hutang.

"Oh yakah?I Tak tahu Zaihan upah maid kolot macam you..um nevermind boleh I jumpa Zaihan tak?"kata wanita itu lagi lagak anak orang kaya.Beg Gucci pula tu.

Kolot?Kutuk depan aku pula tu.Berani nya.

"Cik nak cari dia sebab apa ya?"

"Hei! takkan you ni tak tahu.I ni Elly bakal tunang Zaihan lah.Perkara basic macam ni you tak tahu ke?"Getus Elly mencebik marah.Beg yang mahal itu dicampak lantai.Sengaja nak lihat mar mengutip beg itu.

"Maaflah cik saya baru kerja sini"Mar senyum manis sambil mengambil beg yang dicampak itu.Gedik semacam minah ni tahulah kau ni bakal tunang zaihan.Jaga adab lah.

"Lain kali you set dalam otak tentang semua perkara yang Zaihan buat bukan curi tulang ."Elly merenung tajam ke arah wajah Mar yang menahan marah .

Cantik juga paras rupa budak ni .Kenapa pula Zaihan upah dia?Peliknya.

"Zaihan ada kat mana?"

"Dia tak balik lagi masih ada kat office"Ujar Mar dengan lembut dia melayan kerenah Elly yang sibuk bermain tikus mainan.

"Sejak bila you kenal Zaihan?Kenapa dia upah you.Itu bukan Zaihan yang I kenal dia takkan senang buka hati untuk perempuan kampung macam you ni.Kecuali I "Soal Elly curiga terhadap Mar .

Dari dulu memang Zaihan tak suka akan wanita.Sejak kejadian yang menimpa nya dia sudah trauma.

"Maybe saya pandai buat kerja.Lagipun tuan Zaihan dah lama kenal saya sejak kecil lagi."kata mar acuh tak acuh.Dia masih sibuk bermain dengan Elly.

"Sejak kecil?Tak mungkin you ni maid dia.You cuba rampas zaihan ke?"Fitnah Elly menerus .Mar tergamam apa yang dia katakan sebentar tadi.

"Cik ni salah faham tak semestinya kenal dari kecil tak boleh kerja dengan dia.Mesti Zaihan takkan pandang orang macam saya.Lagipun dia dah ada cik"bantah mar serta merta .

"Ya itu apa yang you patut ingat.Jangan fikir yang you duduk serumah you boleh buat macam-macam kalau I dapat tahu tak teragak ada benda yang I akan buat nanti faham!"Tegas Elly menengking Mar hingga dia terhenjut bahunya.

"Ya saya akan ingat"

"Cakap dengan Zaihan yang I ajak dinner malam ni.Pastikan you bagitau.And 1 more thing,Zaihan dah lama lupakan you jangan ingat you boleh rampas balik!"Getus Elly merenung tajam mata bundar Mar.Dia juga keliru nak hadapi semua ni.

Seingat dia Zaihan musuh Mar sejak dulu.Mungkin dia cuma nak beri amaran.

Elly yang baru sahaja selesai menengking pantas keluar tanpa berkata apa-apa.Dari tingkap Mar hanya melihat dari jauh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience