CHAPTER 14

Romance Completed 20240

CHAPTER 14

Mar dalam keadaan yang kritikal dan masih tak sedar diri sejak petang tadi.Zaihan rasa buntu menunggu di luar wad.Berkali-kali dia menjenguk ke tingkap melihat Mar yang terlentang di katil pesakit itu.

"Assalamualaikum Tuan Zaihan.."Ucap puan Azizah lembut menegur Zaihan yang menunduk.

"Waalaikumussalam saya.."Zaihan rasa serba salah melihat wajah ibu Mar yang sedih itu.

"Takpe kita berdoa sahaja pada Allah agar mar selamat ya.Tuan Zaihan kena tabah"Lembut sahaja puan Azizah memujuk hati Zaihan yang resah.

"Saya yang salah sebab tak jaga Mar betul-betul.Saya minta maaf"Kata zaihan dengan ikhlas.

"Saya tak kesah pun.Mar kata dia seronok sangat duduk dengan tuan jadi saya turut tumpang gembira.Lagipun kita dah lama kenal sejak kamu berdua kecil lagi."Sambung puan Azizah mengintai anaknya dari tingkap.

"Saya harap Mar akan cepat sedar"Berharap Zaihan melihat raut wajah Mar .

'Aku akan tunggu kau'

____________________

"Saya dapati kepalanya terhentak dengan kuat tapi tiada apa-apa kesan yang buruk.Saya tak pasti bila cik Marsha akan sedar jadi saya harap awak berdua boleh bersabar dahulu"Terang doktor itu kepada mereka.

"Terima kasih doktor"Ucap Zaihan lantas masuk ke dalam.

"Ya Allah banyak yang kita perlu harungi Mar.Baru sekejap je ibu ditimpa musibah ini kau pula yang kena."Puan Azizah mengusap lembut rambut Mar

"Puan pernah kemalangan ke?"soal Zaihan.

"Ya baru seminggu lepas.Nasib baiklah tak teruk sangat saya cedera.Cuma kami tak pasti siapa yang melanggar sebab dia terus larikan diri"Balas puan Azizah .

"Puan langsung tak nampak muka dia?"Soal zaihan inginkan kepastian.

Puan Azizah menggeleng laju.Masa itu suasana nya gelap kemungkinan kereta itu tak dapat melihat dengan jelas apa yang berada di hadapan.

KRING!

Deringan telefon jelas kedengaran menerpa gegendang telinga.Zaihan terus mengangkat call itu.

"Apa?"

"I nak jumpa you malam ni"Kata suara wanita itu.Siapa lagi kalau bukan Elly.

"I sibuk takde masa nak keluar dengan you.Sorry"Balas zaihan dingin.

"Oh sekarang you dah sombong dengan I kan?I tahulah pengganti I ada sekarang sebab tu you mengelak.I tak kacau lah hubungan you dengan dia cuma ada satu benda I nak bincangkan"Sambung Elly dengan yakin.

"Apa lagi kau nak bincang?Semuanya dah tamat"Balas Zaihan tak puas hati.

"Bukan semua akan tamat macam tu je.I cuma nak bagi hadiah yang special untuk you malam ni .Sekali ni je beri I peluang"Pujuk Elly meleret.

"Fine untuk sekali ni je"

,_________

Seperti apa yang dijanjikan Zaihan menunggu tempat yang Elly katakan.Kelibat Elly yang memakai kaca mata sambil tersenyum menghampiri Zaihan.

"Lama tunggu ke?"Soal Elly dengan lembut.

"Tak sangat so cakaplah apa yang kau nak bincangkan?",Zaihan menyandarkan dirinya pada dinding.

"I dengar yang Mar dalam keadaan kritikal sekarang.Kenapa dia boleh jadi macam tu?"Soal Elly turut sama sandar pada dinding.

"Batang besi jatuh atas pentas"Itu sahaja jawapan yang Zaihan berikan

"Oh bahaya juga.I rasa ada something tak kena masa competition tu macam ada yang sabotaj Mar .You tak takut ke?"Senyuman Elly dengan sinis.

"I akan jaga dia"

Elly tergamam seketika apabila mendengar itu balasan yang Zaihan jawab.Nampaknya memang benar sangkaan yang Zaihan sudah ada hati dengan Mar .

"You memang suka permainkan hati perempuan ke?Kenapa I juga yang jadi mangsa?"Soal Elly tak puas hati.Zaihan diam membisu.

"Bukan salah I tapi hati kita yang tak sesuai.Ini ke apa you nak bincangkan?I rasa nak balik je"Zaihan berjalan melalui Elly yang masih menyadarkan diri.

"Tak boleh ke sekali ni you tunaikan janji kita?I tunggu lama untuk bersama you takkan you nak punahkan harapan tu.I tak kesah you tak cintakan I lagi yang penting I boleh bersama you"Rayu Elly lantas memegang erat tangan Zaihan.

"I minta maaf.Lama atau tak I memang takde perasaan langsung pada you"Zaihan melepaskan tangan Elly.

"N-nanti!Jadi selama ni apa makna senyuman dan hadiah yang you berikan dulu!Apa yang you anggap pada I ?!"Elly tak melepaskan genggaman itu.

"I pura-pura mencintai orang yang memang takde dalam hati I.Tak perasan lagi ke?This is a game for you"Senyum sinis Zaihan menepis pegangan itu .

"Sanggup you..I ingat kita ada perasaan yang sama!"Elly mula menangis apabila mendapat tahu hal sebenar.

"Stop it.I tak nak dengar apa-apa lagi"

"You kata you sayangkan I!You cintakan I!Kenapa you buat I begini!Apa yang I kurang lagi Zaihan!"

"Jangan bermimpi lagi Elly.I tak layak.I harap you akan dapat kebahagiaan sebenar nanti"Zaihan menepuk lembut bahu Elly lantas berlalu pergi meninggalkan Elly keseorangan itu.

"Zaihan!!Please don't leave me again!I need you!!"Elly menunduk dengan tangisan yang kuat.

Hati kecil nya sudah remuk dipijak-pijak dengan kejam.Tak mampu lagi dia menahan sebak.

___________

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience