CHAPTER 4

Romance Completed 20240

Mar meletakkan bagasi tadi di dalam bilik yang sudah jadi miliknya.Dia memandang sekeliling.Boleh tahan juga bilik yang dia berikan.Ingatkan nak beri aku tidur kat loteng ke?..

"Suka tak?"Soal Zaihan berdiri di sebelah Mar.

"Sukalah juga"Ringkas jawapan Mar.Yang dia ni menyibuk kat sini kenapa?Takde kerja?

"So aku ada jadual untuk kau.Mungkin kau ingat duduk sini tak buat apa-apa kan?Tapi jangan ingat kau akan aman kat sini.Ini untuk kau settlekan hutang kau tu segera"kata Zaihan sambil memberikan papan yang agak besar digantung di dinding.

"Oh so Kiranya kau macam hukum akulah sekarang ni?Sebab tengok apa kerja yang kau bagi..what?Mandikan kucing?"terpinga-pinga Mar melihat jadual kerja itu.Merepek lebih je dia ni.

"Buat jelah banyak songeh.Kau tu menumpang je jangan kata aku tak beri muka kat kau"

"Eh bila masa aku nak menumpang kat sini! kau yang tarik aku ke sini pastu tak nak mengaku pulak!"Marah Mar pandang Zaihan yang turut juga geram.

Gaduh

Gaduh

Itu hati aku yang cakap mulut aku cakap lain.Nampak sangat aku ni suka cari pasal dengan dia.Sebab apa?Aku suka usik dia sejak kecil.

Ada sekali tu aku jatuhkan dia kat kolam ikan depan peminat.Berdekah-dekah semua orang ketawa.Yang dia malu tutup muka pakai ikan pula tu.Itu paling kelakar!.Tahu pula rasa malu.

Dia balas aku balik dengan malukan aku dengan lagu "Gadis ketot"Lirik dia sendiri yang cipta.Semua orang ketawakan aku termasuklah ibu.Haish!Aku apa lagi sumpah seranah kat dia sampai dia berhenti.

Jadi senang cita aku memang tak boleh jumpa,tengok dan terserempak dengan dia!Nanti mulalah mulut laser aku ni nak cakap bukan-bukan tentang dia.

Aku banyak bercerita pula pasal dia.Fokus balik topik utama tadi.

"Apa kau cakap?"

"Pekak badak betullah kau ni.Nanti aku tolong korekkan telinga eh?Sudahlah Pergi kau dari sini.Ingat Don't touch me!"tegas Mar memberi amaran sekali lagi supaya Zaihan ingat balik.

Nak buat macam mana dah mamat tu makan banyak sangat semut.Senang je dia lupa.

"Rude!"

"Thank you Dummy!"

"Apa dia!!Berani kau-"

"Little dummy yang selalu curi-curi minta kertas jawapan masa exam.Kaulah tu kan Zaihan?"

Zaihan menumbuk pintu itu dengan kuat kerana geram.Kalau Marsha natly tak dilahirkan sebagai gadis sudah lama dia teranjang abis-abisan.

Aku akan pastikan kau sengsara dalam rumah ni!Bersiap sedialah si kucing!

"Wei..Beri aku kunci kereta"Mar keluar balik dan menadah tangan.Aku nak kerja takkan takde kereta.Jatuh maruah.

Lelaki itu menoleh kembali tapi matanya dijulingkan.Lidah dijelir keluar.Muka Mar mencebik masam.

Mulalah perangai gila dia keluar.

"Boleh aku akan bagi tapi bagi password dulu"

"Apa password nya?"Mar turut bermain permainan ini.

"Password:"Aku minta maaf abang Zaihan.Adik janji tak buat lagi"senyum puas Zaihan dapat membalas dendam.Tanduk jahat mula keluar dia atas kepala nya.Mar faham cara permainan Zaihan.Siap kau kali ni.

Abang?Ah ya Zaihan senior aku masa sekolah tapi aku selalu layan dia macam junior.(Haha)

"Takpelah kalau macam tu aku naik bas jelah.Yalah mesti lepas tu aku terus lari je dari sini.And ada seorang lelaki ni perlu tunggu aku lagi selama 3 tahun kemudian.Sapa sanggup tunggu selama tu ya?"sinis senyuman Mar kali ni sampai ke telinga.Rasakan penangan aku zaihan!

Mereka saling berpandangan tak puas hati.Permainan itu lebih lama seperti yang dia jangka.Dua-dua tak mahu mengalah.

"Fine!Kau naik kereta aku tapi-"

"What?Tak puas hati lagi"

"Aku pandu..Aku hantar kau ke sana.SETIAP HARI.faham?!"Zaihan buat kata putus.

"Ok Deal!Yeah Thank you dummy..You are the best!"Senyum Mar manis sekali bak bidadari.Entah kenapa aku gembira sakan padahal naik kereta je pun.

'Senyuman dia masih nampak cantik.'Bisik hati Zaihan.Hati nya berdebar apabila dia melihat Mar yang ceria itu.

"Welcome sweetie."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience