CHAPTER 10

Romance Completed 20240

Mar menghirup udara pagi yang segar,rambutnya kusut-masai menutup sebahagian wajahnya.Tangan diangkat ke atas merenggangkan otot-otot yang lenguh itu.

"Aaachoom!"kuat bersin Mar hingga bahunya terhenjut.Dahinya rasa bahang.

"Aku nak demam ke?"Teka Mar sambil meletakkan tangannya atas dahi.Panas sangat ni.

Mar baring semula untuk rehatkan badannya yang sakit.Sakit-sakit ni mesti sebab aku kena hujan semalam

Belum beberapa minit telefon mar berdering,Mar mengambilnya dengan malas.Terpapang nama Haikal iaitu manager call Mar yang tengah sakit ni.

Jarang betul dia ni nak call aku pagi buta ni.

"Ya awat ganggu aku tengah membuta ni?Time cuti juga kau nak kacau"Rungut Mar tanpa salam atau apa-apa.

"Waalaikumussalam.Kau datang studio sekarang Iren suruh ganti tempat sebab dia ada hal kat JB.Hurry up nanti boss marah!" Balas Haikal terdesak.

Alamak Iren ni apa yang penting sangat hal kau berbanding sakit aku yang melarat ni.Serabut betul!

"Tapi..tapi"

"Takde tapi tapi.Kau nak encik zen bertukar jadi Hulk ke nanti!?Baik pergi sini cepat!"Marah Haikal lantas dengan pantas call itu terus dimatikan.

"Ish!Jangan lah paksa orang,ramai lagi kan trainee yang boleh ambil untuk ganti .Aku juga yang kena!Dahlah tengah sakit ni!"Mampu lagi Mar merungut walaupun badannya rasa macam nak tumbang.

Dengan keadaan yang tak mengizinkan Mar terpaksa juga pergi ke sana.Semua ni sebab dia tak nak lagi gajinya dipotong bulan ni.Nanti apa yang aku nak makan.

_______
_____________

"Cepatlah!Kau ni dah macam mayat pun ada aku tengok ni.Asal lama sangat kan aku tak payah cantik sangat pakai.Kau ni pun menyusahkan aku lah"Herdik Haikal sambil menolak Mar yang tak stabil itu masuk ke dalam .Ganas betullah mamat ni.

Rasa bahang itu masih terasa.Badannya sangat lemah.Mar mengambil tempat yang berada di hadapan semua pelajar.Dia meneruskan pelajaran dengan perlahan.

______

"Buat latihan selalu untuk ujian yang akan nanti.Saya doakan awak semua lulus"Senyum Mar mengakhiri sesi pembelajaran itu.

Apabila semua sudah pulang,Mar meminta izin untuk balik.Dengan keadaan yang tidak sihat dia menunggu pula teksi kerana dia tak larat untuk bawak kereta.

Dahi itu Mar memeriksa dengan tangan.Dah panas sangat ni.

Mata Mar juga berpinar-pinar kabur tidak nampak sekeliling.Begitu juga kepalanya asyik berdenyut denyut sakit.Mar hanya menunduk ke bawah.

PAP!

Satu tamparan yang kuat mengenai kepala Mar yang sakit itu.Mar jadi panik dan geram apabila diganggu masa sakit ini .Terus sahaja dia menoleh orang itu.

"Apa benda ni?!"Herdik Mar mengusap perlahan kepalanya.

"Hoi betina!Kau tipu aku!Kau kata yang kau maid Zaihan tapi kenapa dia ajak kau ke majlis tu!!You ni perampas!"Tuduh Elly yang naik angin depan tempat awam.

"Dia yang ajak bukan aku nak pergi pun.Perlu ke kau sakitkan orang yang tak bersalah!"Marah Mar rasa tak puas hati.Peduli apa betina ni marah juga dia yang salah!

"Pandai kau melawan cakap aku!Kau akan tahu nasibnya kalau kau rampas zaihan dari aku!Dia milik aku!Jangan sesekali sentuh dia betina!"Elly menarik rambut Mar dengan kasar lalu mengheret ke lorong yang sunyi.

"Aku tak buat apa-apa lah!Aku bukan perampas!Kenapa kau tak faham lagi?!"Jerit Mar cuba melepaskan pegangan Elly tapi tak berjaya.

"Then dia risaukan kau bila kami bersama!Dia selalu fikirkan kau seorang!Senyum macam orang gila apabila bersama kau!Itu kau kata bukan perampas?!Cinta dia tak macam dulu lagi!Semuanya sebab kau!Kenapa kau perlu hadir sekarang kau patut mampus je masa dulu!Kau patut mati!"Elly menolak Mar dengan tendangan perut yang kuat.

Mar cuba bangun sendiri tapi tumit tinggi itu menekan tangannya.Dia terpaksa menahan sakit.Elly menarik kasar rambut Mar menghadap matanya.

"Apa yang ada pada kau tapi aku takde!Kenapa kau perlu wujud dahulu sebelum aku!Aku yang patut jadi milik dia!Aku usahakan selama 3 tahun hanya sebab dia tapi kau musnahkan nya betina!"jerit Elly tak puas hati dengan mengambil pisau lipat cuba menikam Mar.

Menggigil badan Mar apabila cuaca makin sejuk dan suhu badannya tinggi.Berulang kali kepalanya dijadikan lepas geram oleh Elly.

"Kau patut mati!!"

Sesiapa tolong!

"Cukup!"Satu suara lelaki menghentikan tindakan Elly yang melampaui itu.

"Z-zaihan you buat apa kat sini?"Tergagap Elly apabila melihat Zaihan yang bengis itu.

"Kau melampau Elly..Pergi balik!Aku tak nak tengok muka kau lagi!"Tolak Zaihan dengan kasar.Dia menyuruh pembantunya perempuan untuk mendukung Mar bawa masuk ke dalam kereta.

"Zaihan please!I buat semua ni untuk bersama dengan you!I sanggup buat apa je!I tunggu 3 tahun Zaihan..Please don't leave me again"Rayu Elly sambil melutut kedua kakinya.

"Tak boleh sebab hati aku dah ada orang lain"Senyum sinis Zaihan lampirkan.Setelah itu,dia terus masuk ke dalam menghiraukan Elly .

"You tunggu!I takkan lepaskan you senang-senang je!"

______________________________________

"Mar"Sayu sahaja suara Zaihan melihat Mar yang berkerut dahinya.

Kain basah itu diletakkan pada dahi Mar untuk mengurangkan suhu badannya.Zaihan merenung wajah ceri milik Mar yang sudah lama tak diratap nya.Senyuman ceria itu masih segar dalam memori manis nya.

"Aku minta maaf sebab marah kau..Aku lebih pentingkan benda lain berbanding kau sampaikan hati kau sendiri yang terluka..Maafkan aku"Zaihan mengelap lagi dahi Mar dengan kain basah.

"Aku akan jadi pahlawan yang akan melindungi kau seperti dulu..okay?"

________

10 Tahun yang lalu.

"Hoi ketot!Kau datang sini mak kau tak marah pula!"Jerit budak lelaki itu memanggil gelaran itu pada budak perempuan yang bermain air sungai.

"Biarlah!Kau ikut aku tu asal pula!Aku tak suruh ikut pun!"Balas budak perempuan yang mencebik muka itu.

"Kau tu cuai!Nanti ada buaya NGAP kau hidup-hidup kau juga yang nangis."Ejek Zaihan yang bermain dengan berudu di dalam botolnya.

"Eleh bukan kat sungai je.Mak aku kata kat darat pun ada buaya.Tapi buaya tu tak NGAP cuma suka dengan perempuan ramai"Petah Mar yang kecil itu berkata walaupun baru berumur 8 tahun.

"Eh pandai kau cakap ketot!Nak tuju pada aku ke?Ish!Aku tak macam tu ok!"Zaihan mencebik geram sambil menolak Mar ke dalam sungai.

"Ish janganlah tolak!Tengok dah basah!"Mar pula yang geram.Dia cuba berdiri balik namun seperti ada yang menariknya ke bawah.

"Hahaha padan muka!Dah bangunlah cepat kata basah"Zaihan rasa pelik Mar hanya duduk situ dengan diam.

Tiba-tiba Mar hilang dari pandangan,badannya ditarik ke bawah dengan pantas.Terbeliak terus mata Zaihan melihatnya,dia jadi panik semua apa yang dia lihat jadikan sebagai pegangan Mar .

Tapi tangan kecil itu tak dapat menangkap semua benda itu.Sah-sah ketot memang tak bolehlah.

"Zaihan!!Tolong aku!!!"Jerit Mar terkapai-kapai meminta tolong.

Zaihan tak fikir panjang dia terus masuk ke sungai,dia ada ilmu berenang yang ayahnya ajarkan.Mar yang hampir lemas itu ditarik perlahan hingga ke tebing sungai.Tercungap-cungap Mar mengambil nafas.

"Kau ok tak ni?!Ada apa-apa yang cedera tak?Kita pergi balik rumahlah"Kata Zaihan menepuk-nepuk belakang Mar .

PAP!

"Kaulah ni!Nasib baik aku tak lemas kalau tak dah mati aku tahu tak!Ish!Lain kali jangan gurau macam tu!"Marah Mar menepuk kuat lengan Zaihan hingga dia terjatuh.

"Hahaha apalah bukan nak minta maaf"Ketawa Zaihan terbahak-bahak hingga terguling badannya.

"Kenapa ketawa!Tak kelakar lah!"Balas Mar dengan geram.

"Sebab kau comel ketot"Senyum Zaihan dengan manis sambil membetulkan kembali sepit yang Mar tertanggal itu.

"Aku tak comel aku kuat!Jangan panggil aku ketotlah!Tengoklah nanti aku akan jadi kuat dan lagi tinggi dari kau!Masa tu aku akan kalahkan kau juga;/!"Mar berdiri dengan yakin.Tak rasa takut apa yang terjadi sebab Zaihan menceriakan hatinya.

"Kita tengok nanti siapa yang selamatkan siapa..Tapi jangan harap nak kalahkan abang Zaihan yang henSem ni hahaha"Ketawa Zaihan lagi pantas mendukung tubuh kecil Mar sambil berlari.

"Eee perasannya!Tak sukalah!"

"Betullah aku hensem.Kenapa cemburu ke?Haha"

"Jangan harap!Oi Napa angkat aku!"

"Nanti kau jatuh aku risaulah!Biarlah aku yang sakit tapi kalau kau sakit aku lagi susah hati.Mulai sekarang aku akan jadi sahteria yang akan pertahankan puteri ketot ni"Zaihan pusing-pusing dengan laju sampaikan nak termuntah Mar.

"Ish!Aku bukan ketot!Jangan cakap macam tulah!Aku tak faham apa benda yang kau cakap"Mar pelik apa yang Zaihan kata memandangkan umur Zaihan 3 tahun lebih tua darinya.

"Nanti bila besar kau tahulah budak kecik."

_________________

"Agaknya sekarang kau tahu tak apa aku maksudkan dulu Mar?"Senyum Zaihan meletakkan kepala bersebelahan Mar yang nyenyak tidur.

"Moga mimpi indah princess"

Maybe some part of you hates me.
You pick me up and play me.
How do we call this love.
(^^)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience