CHAPTER 8

Romance Completed 20240

CHAPTER 8

Deruman enjin kereta dihidupkan apabila mereka berdua sudah berada di dalam.Masing-masing cuba mengintai antara satu sama lain secara bersembunyi.Tiada suara yang keluar malah hanya suara dari luar kereta.Buat penat Mar semalam berlari hingga jadi semput dibuatnya.Zaihan paksa dia pergi ke majlis itu walaupun Mar tak mahu.Tapi akhirnya selepas pujukan dan rayuan Mar terima juga.

"Nanti jaga kelakuan kau kat sana.Situ ramai orang yang berjawatan tinggi."Nasihat Zaihan sebagai peringatan kepada Mar.

"Tahulah aku nak jaga diri.Aku bukan budak kecik lagilah!"Getus elena tak menerima nasihat tu dengan baik.

"Kau tu cuai aku takut nanti ada je kerosakan yang kau lakukan.Aku kenal sangat perangai kau ni Mar"Balas Zaihan lagi.Mar buat tak layan je.

"Yalah!Semua benda kau betul apa yang kau kata semua betul!Aku yang selalu salah"Geram hati Mar dengan perangai Zaihan.Baru sekejap tadi fikiran nya tenang lepas tu makin panas lah hati nya bila Zaihan buka mulut.

"Aku nasihat kau tak nak dengar.Kau yang degil sekarang ni.Boleh tak kau dengar cakap aku?Susah sangat ke?!"marah Zaihan pula dengan kata-kata yang menyakitkan hati.

"Memang susah!Kau tak nak mengalah dengan aku langsung!Apa yang aku buat semua kau salahkan!Hei aku tahulah buat semua tu sendiri tak payah nak berlagak tahu semua benda lah bongok!"Terkeluar terus kata kesat dari mulut Mar.Tak boleh tahan lagi dengan sikap Zaihan.

"Sukahati kaulah!Aku bagi amaran yang kat sana kau jangan ingat semua orang tu akan bagi muka pada kau.Sana ada banyak buaya darat bila-bila masa je diorang boleh terkam kau.Aku takkan tolong masa tu!"balas Zaihan dengan geram.Ikut hati rasa nak pelampung kepala batu Mar ni.Tak ubah lagi!

"Heh buaya darat?Kat depan aku ni bukan buaya ke?!Tak sedar diri dia pun sama ada hati nak kutuk orang lain.Ingat aku harapkan pertolongan kau tu ke?Jangan harap!"Mar menoleh mukanya ke arah tingkap.

Nafas Zaihan turun naik menahan marah.Berani dia gelar aku buaya darat?Adab kat mana perempuan!

"Oi kau ingat kau tengah cakap sebab siapa sekarang Mar!Kau patut hormat aku sebagai master bukannya melawan!"Zaihan menarik lengan Mar hingga dia tertoleh.

"So what?!Aku patut hormat orang yang sakitkan hati aku ke?!Jangan ingat aku tak tau yang kau tu sebenarnya ada girlfriend.Tu yang aku kata kau buaya darat tak guna!"Mar menolak tangan Zaihan sekuat hati.Sakit betul.

"Kau tahu?"

"Oh dia tak bagitau kau ke?Senang-senang je minah tu datang rumah lepastu tuduh aku bukan-bukan yang aku dengan kau-..."Mar menghentikan sambungan kata-kata tu.Tersasul pula.

"Apa"

"Ah lantaklah!Lain kali cakap lah dengan dia untuk keluar jangan ketuk rumah orang macam orang gila!Dahlah masa tu aku tengah tidur!"Merungut Mar apabila masa berehat diganggu dengan langau hijau.Gedik!

"Eh suka hati kau kata tu rumah kau?Ingat sikit kau menumpang je.Kenapa kau nak peduli dia datang rumah aku!Sebelum ni aku memang ajak dia datang rumah aku pun.Tak payah nak halau dia"Marah Zaihan membela Elly dalam situasi ni.Mulut Mar jadi muncung .

"Ingat tak sayang lagi rupanya masih ada hati.Ish Ish hidup kau ni memang bergelumang dengan dosa.Tak ingat tuhan.Haram tau berdua-duaan dalam satu rumah entah-entah!Kau!"Mar memandang mata Zaihan dengan senyuman sinis.

"Apa apa!Apa aku buat!Kau jangan fikir bukan-bukan Mar!Aku tak sampai tahap tinggi macam tu!Aku masih ada maruah!"kata Zaihan menepis andaian Mar itu.

"Iyalah tu kau bukan senang percaya sangat.Semua perempuan kau nak kebas.Tak cukup lagi Elly kau bercinta dengan orang lain pula.Tuan Zaihan berapa banyak sebenarnya buah hati kau yang aku patut kira setiap kali mereka datang.Tak pasal-pasal diorang marah aku jadi maid kau."perli Mar menjeling tajam sekilas lalu riak wajah Zaihan yang masam mencuka itu.

"Eii ada juga kejap lagi kena..!!"

"Tuan kita dah sampai"Ujar driver memberhentikan kereta itu betul-betul di hadapan hotel itu.Terus mati kata-kata Zaihan .

"Ehem!Terima kasih hantarkan nanti saya tunggu di lobi.Dah jom gedik!"Zaihan terus menarik tangan Mar untuk keluar dari kereta.Encik driver hanya mengangguk faham dengan ketawa.

"Lepaskan!Cili juga mulut kau tu! Pandai-pandai cakap aku gedik bukannya kau ke?!Lagipun aku dan kau takde apa hubungan so haram kau suka hati pegang aku!Tak tahu malu ke ?!"Geram Mar melepaskan tangannya yang digenggam kemas.

"Ada aku kesah?"Sepatah sahaja Zaihan berkata sambil menarik tangan Mar menuju ke dalam.

Ramai orang yang menghadiri majlis rasmi itu dengan meriah sekali.Mereka semua memang orang yang berjawatan besar dan kaya.Tapi apa yang mar peduli semua tu.Apa yang Mar tertarik apabila melihat pelbagai aneka makanan terhidang cantik.Ada juga coklat kegemaran nya.Terbeliak mata Mar memerhati sekeliling bilik yang besar itu.

"Kau suka ke?"Soal zaihan yang dari tadi perhati sahaja tindakan Mar.

"Aku suka sangat!Besar betul tempat ni tak pernah aku pergi tempat ni seumur hidup aku.Kau yang tempah ke?!"Teruja Mar berjalan keliling tempat itu sambil menyentuh semua apa yang dia lihat.

"Ayah aku yang pilih tempat ni aku ikut je cadangan dia sebab aku tak tahu sangat tentang majlis ni"Balas Zaihan lembut.Mar nampak jakun tapi dalam masa yang sama sisi mar masih comel.

"Boleh aku cuba kek ni tak?Nampak sedap je"Teruja Mar sambil mencalit krim putih itu.

"Sedap ke?"Soal Zaihan seronok lihat wajah yang manis Mar tunjukkan.

"Sedapnya~Pandai awak pilih kek ni"puji Mar dengan gembira.

"Bukan saya yang pilihlah..ayah saya"Zaihan betulkan kata-kata Mar yang tersasul itu.Mar menekup mulutnya malu.

"Jadi apa yang awak buat?Takkan awak tak pilih langsung barang yang ada dalam majlis ni?"Soal Mar pelik .Inikan majlis perasmian khas untuk Zaihan.

"Ada"

"Apanya?"

"Ini apa yang aku pilih"Zaihan mengusap rambut Mar dengan lembut.

"Apa kau cakap ni?"Tanya Mar tak faham apa yang Zaihan katakan.

"Aku pilih kau Marsha Natly."Senyum Zaihan dengan manis.

_________________________________

Majlis itu makin meriah dengan tarian yang dipersembahkan oleh penari yang berbakat.Marsha tak reti duduk diam apabila lagu kegemaran nya berkumandang.Kaki dan jarinya asyik mengikut rentak lagu itu.

"Hoi mar!Kau pun ada kat sini ke?!"Sapa Haikal menepuk belakang Marsha dengan kuat.

"Jangan tepuk akulah!Kau tahu tak sakit!?"Mar mengusap belakangnya yang sakit.

"Sorry tak sengaja pula..Kau datang sini dengan siapa?"soal Haikal sambil duduk bersebelahan Mar.

"Zaihan"

"Eh Pelik betul !Kau dengan dia bukannya musuh sejak azali lagi ke?Jarang aku tengok korang berbual"Kata Haikal tak percaya.

"Dia memang rapat sejak aku kecik lagilah .Takkan nak bermusuh je tak matang namanya tu"Ketawa Mar sambil menggerakkan tangannya.

"Tapi kau melepaslah..Dia tu tunang Elly kan?Setahu aku mereka nak berkahwin hujung bulan ni"Ujar Haikal menunjukkan Elly yang beramah mesra dengan Zaihan.

"Dia tunang orang?"

Mar melihat pasangan itu dengan perasaan yang bercampur baur.Tapi Zaihan patut beritahu aku tentang ni.

"Lagipun musuh tetap musuh sampai bila-bila kan?"

Mar hanya mengangguk perlahan sambil merenung pasangan itu.

"Ya musuh akan tetap jadi musuh selamanya"Senyum Mar lagi.

Setiap kali aku ingin katakan sesuatu kenapa susah sangat aku nak sebut?Mungkin sebab aku takut yang aku akhirnya akan kehilangan kau.

Betul apa yang aku jangkakan.

Jadi berhenti kelirukan hati aku lagi Zaihan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience