CHAPTER 12

Romance Completed 20240

MAR POV

Mar masih menunggu keputusan dari doktor setelah beberapa jam menunggu.Yang lain sudah balik ke rumah tapi Mar masih menanti dengan sabar.Sudah banyak kali dia menangis.

"Awak ni anak pesakit ni kan?"Tegur seorang jururawat yang bertugas di hospital itu.

"Ya saya anak dia..Macam mana dengan ibu saya?"Mar terus berdiri apabila tersedar yang ibunya sudah masuk wad.

"Alhamdulillah ibu cik selamat.Cik boleh lihat kat dalam."Balas jururawat dengan senyuman manis lalu pergi.

"Ya Allah alhamdulillah.."Mar masuk ke dalam wad dengan teruja.

Ibunya tersenyum manis kepada Mar yang berjalan dengan perlahan.Dia bersyukur sangat ibunya selamat.

"Ibu!Mar minta maaf sangat-sangat sebab takde masa ibu sakit!Mar tak boleh hidup tanpa ibu.Mar janji yang Mar takkan tinggalkan ibu lagi"Mar memeluk erat tubuh ibunya yang berbalut itu. Air mata kegembiraan mengalir dengan deras.

"Ibu tak pergi mana-mana lah. Terkejut ibu kau sergah tiba-tiba Nasib baik tak sakit jantung"Sempat lagi ibunya bergurau dengan ketawa .

"Ibu ni!Tahu tak Mar lagi sakit jantung dapat tahu ibu kemalangan!Kuat betul ibu macam tak sakit langsung je ni"Mar melihat keadaan ibunya yang elok sahaja.

"Syukur Alhamdulillah ibu dapat tangani cabaran ni.Kalau tak Mar tak dapatlah gaduh dengan ibu lagi macam selalu kan?"Ketawa kecil ibunya.

"Iyalah!Takde lah dapat rasa nasi lemak ibu yang sedap Meletop tu!Ibu tahu tak Mar rindu sangat kat sana!Rasa nak lari je"Mar masih memeluk erat tubuh ibunya tak dilepaskan.

"Ibu pun rindukan Mar kat rumah tu.Rasa rindu nak marah dengan perangai malas kau yang tak ubah tu.Mesti ada hikmah disebalik kejadian itu.Ibu dapat jumpa anak ibu balik dan Allah dah tunaikan doa ibu."Senyum ibunya sambil mengelap saki baki air mata Mar.

"Janji jangan tinggalkan Mar lagi..Mar minta maaf sebab tak dapat jaga ibu masa sakit..Ibu satu-satunya orang yang paling Mar sayang.."Mar rasa sebak dalam masa yang lama dia rasa terharu dapat jumpa kembali ibunya yang sudah sekian lama tak berjumpa.

__________

"Mar baik-baik je kat sana kan?Ibu risau sangat tuan Zaihan tu apa apakan kau"Ibunya sempat lagi membelek keadaan Mar .

"Mar oklah ibu..Tak seperti kita sangkakan sebelum ni..Dia tu baik juga orangnya"Tersengih Mar seperti kerang busuk..

"Oh patutlah tak nak jenguk ibu lagi .Dah dapat duduk sama-sama dengan lelaki hensem terus lupa tentang ibu.Sampai hati.."Ibunya mencebik masa pura-pura merajuk.

"Ibu ni orang tak syok pun duduk situlah!Tapi nak buat macam mana tanggungjawab perlu diselesaikan."Kata Mar bermain tangan ibunya yang berkedut itu.

"Ibu tak harap yang Mar dapat bayar semuanya sampaikan bebankan kau.Bayar sekadar yang mampu,selebihnya ibu akan bayar nanti"Nasihat ibunya mengusap lembut pipi anaknya..

"Ibu tak perlulah bayar .Ibu dah bayar dengan kasih sayang dan pergorbanan yang ibu berikan kepada Mar.Itu pun dah cukup memandai"Balas Mar memegang tangan ibunya.

"Ya Allah sejuk hati ibu dengar.Tak sia-sia ibu mengandungkan kamu.Ibu berterima sangat pada Mar sanggup sara hidup kita ni"Ibunya memeluk dan mengucup lembut kepala anaknya dengan ikhlas.

"Selagi kita bersama takde apa yang mustahil .Mar sayangkan ibu."

"Ibu lagi sayangkan anak ibu ni."

___________

ZAIHAN POV

"You mesti rindu I kan?Tahu tak lama kita tak jumpa macam ni selalu"Elly bermanja dengan Zaihan depan semua orang di cafe itu.

Sabar jelah hati.

"I nak jumpa you bukan sebab rindu atau apa tapi tentang wedding tu"Balas Zaihan menolak sikit tubuh Elly berjauhan dengannya sedikit.

"I pun nak bincang tentang wedding kita.I cadang nak buat tema flora mesti cantik kan?You suka apa Zaihan?Kita nak pakai apa masa wedding tu?I teruja lah tunggu masa tu "Teruja betul Elly terkinja-kinja menanyakan soalan yang terlintas dalam fikiran nya.

"Boleh tak bertenang dulu..I nak cakap pasal benda lain bukan pasal ni"Kata Zaihan .

"Pasal apa pula?You ni cakaplah cepat-cepat buat I tertunggu je!"Elly rasa lebih ingin tahu apabila Zaihan masih berahsia.

"I tak boleh teruskan hubungan ni lagi.I tak sanggup lagi nak tipu perasaan you"Zaihan menunduk tak pandang muka Elly yang serta merta riak wajahnya berubah.

"Haha you gurau dengan I ke Zaihan?You ni asyik main-main je"Ketawa Elly memegang erat tangan Zaihan.

"No!I'm serious now!"Tepis Zaihan melepaskan tangannya.

"Sebab apa pula?You tahu kita dah lama bercinta,sejak dulu I impikan untuk hidup bersama you tapi kenapa baru sekarang you nak beritahu kebenaran nya!Kenapa you permainkan hati I!"Elly sudah naik dan air matanya terus mengalir.

Zaihan rasa serba salah untuk luahkan apa yang dia pedam.Selama ni perasaan cinta terhadap Elly hanya palsu semata-mata untuk ibunya.

"I cintakan you dulu.I tak tipu.Cuma sekarang bila I lihat sikap you.I tak boleh tahan lagi.I terpaksa tolak tawaran tu Elly."Kata Zaihan dengan ikhlas.

"You tipu I..I really love you!! How dare you doing this to me?!Tak cukup lagi apa yang I berikan Zaihan!"Bentak Elly yang tak henti lagi menangis.

"I'm sorry Elly.I Tak nak hampakan you tapi I terpaksa tolak perasaan you.Lebih baik kita putus dari I makin sakitkan hati you."Pujuk Zaihan semahunya.

"Itu apa yang you kata!Tapi I takkan sesekali tinggalkan you Zaihan!I akan pastikan you jadi milik I akhirnya!"Elly terus bangkit dengan beg tangannya.

"Elly!Tunggu dulu!Please!Jangan buat benda yang bukan-bukan"

"I tahu yang you mula jatuh cinta dengan Marsha sejak dia bersama dengan you!I ingat bila dia lupakan you akhirnya I akan dapat you tapi nampaknya Mar memang hebat buat you sukakan dia balik!Kalau I tak dapat you I akan hapuskan Mar!"Ugut Elly terus berlalu pergi dengan segera .

Zaihan jadi buntu.Perkara yang kecil boleh dibesarkan.Satu perkara sahaja yang dia risau iaitu Marsha.

"Tak kira apapun aku takkan benarkan dia cederakan kau Mar"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience