CHAPTER 13

Romance Completed 20240

CHAPTER 13

Mar ralit berlatih tarian yang akan dipertandingkan pada pemilihan nanti.Dia terpilih untuk jadi peserta yang akan mewakili pasukan nya.Jadi dia perlu berusaha lebih.Selepas kejadian ibunya,dia nekad mahu berusaha untuk menampung baki hutang itu.

Lebih kurang 2 jam lagi dia perlu bersedia untuk naik ke pentas.Mar melihat sekeliling yang penuh dengan penari yang agak hebat.Cantik pula itu.

"Agak aku mampu buat ke tak kal?Tak yakin pula bila aku nampak mereka semua macam nak menang je"Risau Mar sampaikan berpeluh satu badan.

"Kau ni mereka pergi sini sama je tujuan dengan kau .Semuanya nak menang tapi kau kena usaha dua kali ganda untuk menang"Haikal berikan kata-kata semangat pada Mar.

"Aku tak harap menang yang penting aku dapat banggakan kumpulan kita"Senyum Mar dengan manis.

"Iyalah itu salah satu kau patut banggakan.Nama kau juga akan naik begitu juga akademik yang tak seberapa ni.Tuan zen pun takde lah marah lagi kat kau"Perli pula si Haikal ni mentang mentang Tuan zen ada hal.

"Lagi berapa minit nak mula ni?"Soal Mar yang tak reti sabar .

"Baru sejam.Kau jalanlah dulu buat apa-apa yang patut nanti aku call"Kata Haikal berlalu pergi dari situ.

"Bukannya aku boleh pergi mana pun kat dewan ni."

_________________

"Eh kau?Asal kau kat sini?"Soal Mar yang baru sahaja sampai ke karnival makanan itu.Terserempak pula dengan Zaihan.

"Tak boleh ke aku datang sini?Ada ke dia kata lelaki tak boleh datang?"Mula-mula Zaihan marah dulu belum lagi Mar nak bersuara.

"Aku tak kata apa-apa lagi kau nak naik angin.Cepat betul kau ni marah.Aku cuma hairan kau datang sini sorang-sorang pula tu"Kata Mar hairan.

"Fine aku datang sini sebab nak sokong kau.Puas hati?"Mencebik masam Zaihan sambil menyedut minuman.

"Eleh cakap jelah kau rindukan aku?Mesti sebab aku tak balik seminggu.Sorry aku kena jaga mak aku kat wad."Kata Mar dengan lembut.

"Takdenya aku nak rindu.Ya aku tahu kau jaga ibu kau.Aku tak kesah lah"Zaihan berjalan-jalan melihat decoration pentas itu.

"Well orang tu mesti gembira sebab akan kahwin nanti an?Tahniahlah kau."Ucap Mar kekok.Tak tahu apa nak cakap lagi.

"Aku dah putus"

"Apa dia?Kau biar betul?"Soal Mar tak percaya.Zaihan mengangguk perlahan.

"Asal boleh putus?Kau dengan dia serasi kot"Mar pula yang terlebih emosi dapat berita yang kurang senang ni

"Aku tak boleh menipu perasaan aku Mar.Memang bukan jodoh kami nak buat macam mana"Kata Zaihan yang masih memandang pentas.

"Maksudnya kau jatuh cinta dengan orang lain selain Elly ke?Ait?Siapa pula?"Soal Mar pelik.

"Dia?Kau tak perlu tahulah"Ketawa Zaihan.

"Bagitahulah aku nak tahu juga siapa orangnya sampai kau nak putus dengan Elly yang cantik tu"Boleh lagi Mar puji Elly tu padahal dia sendiri yang benci

"Dia seorang yang buat hati aku rasa berdebar bila dia kacau aku.Walaupun perangai dia nakal tapi aku suka.Dia tu baik"Terang Zaihan tentang wanita misteri itu.

"Aku rasa kau tengah alami buta cinta ni"Fikir Mar dengan rasa was-was.Mustahil senang je Zaihan lupakan Elly kerana sikap wanita itu nakal.Pelik!

"Apa benda?"Soal Zaihan terpinga-pinga.

"Kau buta sebab dia goda kau kan!Bahayalah kau ni Zaihan!Aku dah kata zaman sekarang ni ramai perempuan jahat yang ambik kesempatan.Mana tahu dia nak harta kau?Tak takut ke?"Kata Mar panjang lebar.

Zaihan terus pecah perut apabila Mar berkata sedemikian rupa.Lawaklah dia ni.Ada pula boleh fikir sampai gitu sekali.

"Kau ni melebihlah..aku tahu kau mesti tak nak aku bersama dengan perempuan tu an?"Senyum senget Zaihan memandang wajah Mar.

"Eh Mana ada!Aku cuma hairan kenapa kau senang je lupakan Elly.Tu je"Mar berdolak-dalik mengenai isu itu.

"Iyalah tu..apapun harap kau menang dalam pertandingan tu.Aku sokong kau!"Semangat Zaihan dengan menunjukkan kain rentang yang tertulis Mar.

"Ini bukan ke kain rentang yang masa aku berlari tu?Kau rupanya yang menjerit tu!?"Terbeliak mata Mar melihat kain rentang yang lama itu.

"Iyalah aku lah lelaki misteri tu."

_____
10 Tahun yang lalu..

"Laju lagi!!Sikit je lagi!!"Terlompat-lompat cikgu Suraya menyokong Mar yang sikit lagi sampai ke penamat.

Mar jadi lebih berusaha dengan sokongan yang cikgu berikan.Sepantas kilat dia melintasi tiga orang lawannya dengan sekelip mata.Semua mata yang memandang terpegun dan kaku.Debaran makin terasa apabila penamat makin hampir.

Bukk!

Secara mengejut ada sesuatu yang menghalang larian Mar hingga dia terjatuh ke tanah.Bergolek-golek badannya kesan dari tersadung.Mar tidak dapat berdiri kerana lututnya sakit.

Semua penyokong yang mulanya teruja tapi sekarang mereka mengejek dan ketawa.Mar rasa malu dan tak mampu buat apa-apa.Dia rasa nak menangis.

"Pergi baliklah!Buat malu rumah pasukan je!"

"Dah tak pandai lari tak payahlah nak tunjuk hebat!"

Suara yang mengejek itu buat semangat Mar merundum jatuh.Tiada sesiapa yang ingin membantunya termasuklah gurunya.Dia ditinggalkan seorang diri dari belakang.

Kenapa semua tak peduli?

Mar terus menangis apabila barang pula dicampak ke mukanya.Bukan salah dia tak nak menang.Kenapa semua tak faham?

"Oi lagi sekali korang baling aku cekik sampai mati!"Suara yang garau itu menghentikan balingan itu serta merta.Semua kelihatan takut.

Siapa ?

"Tak baik korang ketawakan dia!Kau tahu tak berapa banyak dia usaha untuk sampai tahap ni!Mar kau boleh!Teruskan lari je!"Hanya ada satu suara yang menyokong mar untuk terus maju.

Dia tak nampak orang itu cuma kain rentang yang tertulis "Keep It Up Mar!You can do it!".Mar bersemangat untuk teruskan larian walaupun sudah terlambat.

Mar cuba mencari siapa lelaki itu tapi semua orang tak tahu identiti nya.Dia hargai sokongan yang lelaki itu berikan.

Disebabkan lelaki itu,sejak itu tiada erti putus asa yang wujud dalam hati Mar.Dia berikan sinar baharu untuk Mar berjaya hingga kini.Sebab dia akan jadi penari yang berbakat sekarang.

Semuanya sebab sokongan kecil olehnya.

________

"Eh kenapa kau menangis pula ni?Aku buat salah ke?"Soal Zaihan rasa risau.

"Tak bukan.Aku cuma rasa terharu"Gembira Mar apabila dia dapat juga jumpa hero yang bangkitkan semangat dia dulu.

"Kenapa pula?"

"Sebab kau sokong aku masa itu,aku tak pernah rasa putus asa bila fikirkan sokongan kau tu.Walaupun tak pernah jumpa tapi kau berikan aku sinar cahaya harapan untuk terus berjaya.Sebab kau akan jadi berjaya macam sekarang ni.Aku hargai"Menangis Mar dengan senyuman manis.

"Tak bukan sebab aku.Tapi usaha kau yang berterusan tu buat kau berjaya sampai sekarang."Senyum Zaihan menenangkan Mar .

"Terima kasih Zaihan .Kau selalu sokong aku."Mar membalas senyuman itu.

"Mar lepas ni kau pula!"Teriak Haikal memanggil Mar.Kacau mood lah

"Good luck princess"Ucap Zaihan dengan ikhlas.

______________________________________

Tarian Mar membuatkan semua orang terpukau melihatnya kerana unik dan tak pernah ditonton orang ramai.Semua menepuk mengikut rentak lagu itu.

"Ehem syok nampak?"Tegur Haikal duduk bersebelahan Zaihan yang terpaku itu.

"Sibuk betul kau ni.Mesri ada je kata mana-mana"Balas Zaihan sambil menepuk tangan.

"Aku manager dia biasalah..Aku dengar berita yang kau dengan elly an?Tapi peliknya.."Haikal masih tertumpu dengan pertandingan itu.

"Apanya?"

"Tadi aku nampak bakal tunang kau tu ucap tahniah kat Mar .Aku ingat dia duduk dengan kau tapi macam takde je.Dia balik ke?"Soal Haikal pelik.

Zaihan terhenti melihat pentas apabila mendapat tahu Elly senyap-senyap jumpa Mar tanpa pengetahuannya.Kenapa pula dia nak jumpa?

'Kalau I tak dapat you!I akan hapuskan mar!'

Zaihan terus bangkit apabila teringatkan kata-kata itu.

"Wei asal ni?"

Kenapa aku tak sedar lagi?!Elly ini ke apa yang kau rancangkan!

Krekk!!!

"Aghhhhh!!!!"Suara menjerit itu bergema di dewan itu.

"Ya Allah Marsha!!"Jerit Haikal melihat apa yang berlaku .

Mereka panik apabila melihat batang besi yang berada di atas terjatuh menghempap pentas itu.Zaihan yang baru tersedar terus berlari menaiki pentas.Dia mengalihkan benda itu dengan kekuatan yang ada.

Zaihan memerhatikan tubuh Marsha yang berlimpah dengan darah.Semua orang lari bertempiaran dengan takut.

"Panggil ambulans!Cepat!"Arah Zaihan mendukung tubuh Mar yang longlai itu.

'Please!Jangan tinggalkan aku Mar!Aku perlukan kau!'

_______

"Siapa suruh kau sakitkan hati aku lagi Mar?Ini apa yang kau patut dapat sebab rampas Zaihan!"Elly tersenyum sinis apabila mengintai tubuh Mar yang berdarah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience