CHAPTER 6

Romance Completed 20240

"CHAPTER 6

"Bagus juga kau buat kerja"Puji Zaihan yang baru balik dari kerja.Sejuk je mata dia memandang rumah yang bersih.

"Tengoklah siapa yang tukang kemas.Kau awal sangat balik ada apa-apa masalah kat office ke?"Soal Mar pelik.Selalunya jarang Zaihan balik seawal ini.

"Ada isu sikit tentang skandal aku dengan Elly.Ramai media kata kenapa kami tak kahwin lagi.Masalah betul"Rungut Zaihan sambil menggaru kepala.

"Apa susahnya Korang suka sama suka kenapa tak kahwin je terus"Jawab Mar yang melipat kain di bawah lantai

"Itulah masalahnya.Sebenarnya jujur aku kata yang aku langsung tak suka si Elly tu.Aku cuma rasa bosan"Sedap je Zaihan permainkan hati wanita.

Sakit hati dia sebagai wanita.

"Perangai Playboy kau tu dulu sampai sekarang memang tak berubah.Ada je permainan kau kan?Elly bertaruh hati untuk kau tapi kau senang-senang je lukai hati dia.Kesian tau"Sokong Elena bagi pihak Elly.

Nak kata cinta tapi tak serius.

"Aku tak peduli perasaan dia .Kau ingat aku bercinta dia sebab apa.Aku tak nak mom membebel sebab putus dengan dia"Kata Zaihan lagi.

"Itu namanya berdosa!Tak baik kau menipu"

"Aku tipu sebab terpaksa apa salahnya!"marah Zaihan apabila persetujuan itu dibantah .

"Sekarang baru aku tahu kenapa kau tak kahwin lagi sampai sekarang ni.."kata Mar yang berdiri tegak hadapan Zaihan .

Ikutkan hati dia nak je tempeleng kepala Zaihan sampai dia sedar.Lelaki ego.Suka sangat jadikan wanita sebagai boneka mereka.

"Sebab kau tu ego lebih!Kau tak tahu apa makna cinta!Kau untung ada seseorang yang mencintai kau tapi kau tak hargai cinta dia.Kalau aku di tempat dia sekarang aku pun sakit hatilah!"Marah Elena semahunya.Dah lama dia nak luahkan isi hatinya.

"Apa kau kata?!Aku ada pengalaman bercinta selama 7 tahun apa yang kau tahu!"balas Zaihan dengan geram.

Berani betul budak kecik ni melawan aku.

"Itupun setiap hari perempuan yang berbeza kau bercinta!Kau tak anggap serius tapi semua tu untuk hiburan kau semata-mata.Aku memang tak percayakan langsung spesies lelaki macam kau!"sambung Mar lagi tak puas hati.

"Kau sehari tak gaduh memang tak sah budak kecik!Fokus je harga yang kau perlu bayar untuk hutang kau!"geram Zaihan terhadap Mar yang lama kelamaan semakin biadap.

"Aku bukan budak kecik lagi lah!Oi!"Mar menarik lengan baju Zaihan hingga butangnya tercabut.

Ada api yang membara ada di mata Zaihan .Baju mahal suka hati je rosakkan!Ingat senang nak beli baju limited edition ni.

"Kau memang cuai!Tengok apa kau buat kat baju aku!Siapa yang nak bayar?!"Tengking Zaihan tak pasal-pasal dia sudah naik angin.

Mar mengerut dahi tanda geram.Bukan salah dia tertarik baju tu hingga terkoyak.

"Nafikan apa yang kau cakap!Betul apa yang aku kata kau memang tak berhati perut dengan perempuan!Kejam!"Balas Mar dengan kasar dia melepaskan lengan yang terkoyak itu.

Tanpa berlengah dia melangkah pergi masuk ke bilik meninggalkan Zaihan yang bengang itu.Biarlah dia nak marah sekalipun .Bukan salah dia!

________

Malam itu seperti biasa mereka akan berkumpul di ruang tamu melakukan kerja masing-masing.Zaihan rasa hairan Mar masih tak turun dari biliknya.

Dalam masa yang sama Mar berlatih menari di bilik kosong supaya Zaihan tak sibuk melihatnya.Buat sakit hati je

"Mar labah-labah tengah gigit kau tu!!"Jerit Zaihan yang menunjukkan lokasi labah-labah itu berada.

"Ahh!Mana?!"

"Dah lari pula.Maybe dia takut kau terjerit macam orang gila."perli Zaihan sambil menyandarkan dirinya.

"Yang kau sibuk sini buat apa pula?."muka Mar sangat dingin memandang zaihan.Menyampah.

"Elly rindu kau.Betul tak Elly?"Kata Zaihan yang membawa bersama kucing putih itu.

"Itu alasan kau untuk datang sini ke?"

"Tolong sikit.Aku pun takde masa nak layan kau apatah lagi tengok kau berlatih yang macam pokok tua bergoyang"perli Zaihan lagi.Elly dibelai lembut.

"Kau nak aku cabar kau menari lebih baik berbanding aku.Tapi sebelum aku kata semua pertandingan yang aku selalu sertai semua aku menang.Berani ke?"soal Mar yang mencabar saingannya.

"Tak adil bagi aku yang still noob ni.Cuba kau ajar sikit pergerakan yang ringkas mana tahu aku boleh ikut sekali"kata Zaihan sambil tersenyum manis.Elly yang manja itu diletakkan atas bantal .

"Serius lah kau nak suruh aku ajar?Jangan kata susah pula"Mar beri amaran awal-awal sebab tak sampai 3 minit pelajar baru akan semput.

"Aku sado.Tak nampak otot berketul-ketul ni ke kau buta?"Senyum sinis Zaihan yang menayangkan lengannya.

"Menari bukan sekadar luaran sahaja.Yang penting fizikal dan mental kau bagus.Setakat tak dapat lari dalam 200 m confirm tak sampai 3jam kau penat."Jawab Mar lagi.Dia sudah merenggangkan badannya.

"Buat je!Aku ikut!"

______________

Jam tepat pukul 10 malam.Mar sudah habis berlatih menari kira-kira dalam 2 jam.Apa yang disangkakan memang tepat.Zaihan sudah mengalah selepas satu step yang susah.Sekarang dia sedang tidur nyenyak bersama Elly di pangkuannya.

"Sado konon.Lembik"Ejek Mar.Terus dia menyimbah air botol di atas kepala Zaihan.Terkejut beruk dibuatnya.

"Pergi tidur nanti kau penat pula nak kerja esok"Nasihat Mar yang tersenyum lebar.

"Aku tertidur ke?"

"Aku dah agak kau tak boleh buat punya!Kau ingat senang nak menari.Susah!"kata Mar tegas.

"Menari tu minat kau jadi aku nak juga cuba apa yang kau sukakan.Seronok juga rupanya walaupun penat"Senyum manis Zaihan memandang anak mata yang bundar itu.

"Kau akan jadi pandai kalau kau selalu berlatih .Lagipun tadi kau tak lah teruk sangat"Puji Mar dengan memberikan gula-gula pudina sebagai hadiah..

"Aku ni memang cepat belajar sesuatu dengan cepat.Mungkin aku akan kalahkan kau Mar.Jaga-jaga"Zaihan tersenyum sinis dan menunjing jari telunjuk nya.

"Aku akan lihat nanti sama ada kau atau aku yang menang"

P/S:Thank you bagi yang suka novel ini.I purple you(Love)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience