EPILOG

Romance Completed 20240

CHAPTER 15

Elly POV

Air mata asyik mengalir dengan deras.Elly duduk di sudut dinding dengan hati yang sudah remuk.Teringat akan kisah lama antara Zaihan dan dia.Kenangan yang manis susah untuk dia lupakan.

"Kenapa you buat macam ni Zaihan?Teruk sangat ke I ni?"Soal Elly tak menerima kenyataan.

__________

3 Tahun Yang lalu..

"You ni berapa lama lagi I nak tutup mata?"Soal Elly yang penat berjalan dengan kakinya yang lenguh.

"Sikit lagi"Bisik Zaihan yang masih menunjukkan jalan ke meja itu.

"Ok buka"

Elly membuka penutup mata sebaik sahaja disuruh.Terpapang potret yang cantik seiras dengan wajahnya.Maklumlah jiwa Elly ini berseni jadi dia sangat sukakan lukisan.

"You ni betul ke?Cantiknya!"Teruja Elly sambil memegang potret itu.

"Iyalah penat I buat khas untuk you seorang je.Nanti bila you pandai melukis buatlah untuk I pula"Balas Zaihan menulis nama nya pada potret tu.

"Takde makna ke sebalik gambar ni?"Berteka teki pula Elly ni.

"Ada..nampak tak bunga pink ni..ini maksudnya cinta yang setia sama lah macam kita"Senyum Zaihan dengan manis.

"You ni macam-macam je.Betul ke setia?"

"Iyalah takkan nak menipu.I janji akan setia hingga akhir nyawa"Yakin Zaihan mencalit sedikit cat pada Elly.

"Eh belum kering rupanya?!You ni jahatlah!"Kali ni Elly pula yang mencalit cat pink pada muka Zaihan.

Mereka ketawa keseronokan sambil mengejar.Keadaan itu sangat indah.

_______________

"You tipu I Zaihan"Elly memasuki wad yang diduduki Mar.

Elly mendekati tempat itu dengan perlahan-lahan.Mata Mar yang redup itu dipandang lama.

Semuanya sebab dia.

Zaihan tinggalkan aku sebab dia!

"Kau yang salah!Kau rampas semuanya!!"Elly memegang leher Mar tanpa fikir panjang bersama air mata.

"Kenapa kau mesti ambil hak aku!Kenapa kau mesti muncul sekarang?!Apa benda yang kau nak!"Menangis Elly apabila terfikir akan kata-kata Zaihan yang menusuk hatinya.

Jari jemari Mar bergerak sedikit apabila tersentuh dengan air matanya.Perlahan dia membuka mata dari mimpi yang panjang.

Terus sahaja Mar menarik Elly ke dakapan Mar.Dia turut mengalir air mata.Elly tergamam dengan apa yang terjadi.Mar sudah bangun dari lenanya .

"Elly maafkan aku"Perlahan suara mar yang membisik.Elly tak mampu buat apa-apa kerana hatinya terluka.

"Aku tahu Zaihan milik kau.Aku minta maaf"Mar memeluk gadis itu dengan erat.

___________

"Kau tak salah Elly.Aku tahu kau memang sayangkan dia"Senyum Mar mengelap air mata Elly yang basah itu.

"Tapi hati dia bukan milik I."Sayu Elly menunduk ke bawah.Mar tersenyum lagi.

"Aku tahu banyak yang kau hadapi sepanjang bersama dia.Kenangan manis itu susah nak dilupakan.Aku pernah hadapi dulu jadi aku faham"Pujuk Mar menggengam erat tangan Elly.

"Kenapa you perlu berbaik dengan orang yang cuba musnahkan you?I ni jahat"Elly masih rasa bersalah apa yang dia pernah buat selama ini.

"I tahu you buat tu untuk pertahankan cinta you.Bukan senang kita nak terima bila orang tu tak cintakan kita lagi.I faham"Balas Mar memberikan kata-kata semangat.

"I rasa menyesal sebab sibuk dengan hal Zaihan sampai lupa apa silap I sebenarnya.You memang pilihan tepat untuk Zaihan."Senyum Elly rela melepaskan Zaihan demi kebahagiaan dia sendiri.

,"Tapi Elly.."

"I nak Zaihan bahagia walaupun tanpa I sekalipun I dah cukup gembira bila dia bersama you.Jadi boleh tak you jagakan Zaihan untuk I?"Kata Elly dengan senyuman yang manis.

Rupanya Elly bukanlah sejahat yang dia sangkakan tapi dia cuma inginkan kasih sayang.

"Ya I jaga dia sepertimana you pernah buat dulu.I janji"Ucap Mar dengan ikhlas sambil memeluk Elly.

"Baguslah I bersyukur sangat you faham"

"I tak boleh lama kat sini.I harap you akan bahagia"Elly terus bangkit apabila hajatnya sudah tercapai.

"Elly you nak pergi mana?"

"I don't know.Mungkin lawat mom I di London.I minta maaf atas apa yang I pernah buat kat you dulu.Moga you sihat selalu ya"Kata Elly lantas berlalu pergi dari situ.

"Terima Kasih Elly.."

_________

2 Tahun Kemudian..

Mar masih berada di bilik studio menunggu kehadiran mereka.Jam sudah merujuk pukul 12.Lama lagi nampaknya.

Ding!

' Good Morning!'

Mar ketawa melihat emoji yang Zaihan hantar waktu pagi ini.Suka pula kau ya main-main dengan aku.

'Sibuklah buat kerja kaulah!'

Mar sengaja membalas mesej itu.Macam tak biasa sifat nakal Mar walaupun mereka sudah lama bersama tak semestinya gaduh tu takde.

"Marah abang nampak?Sejak bila boleh panggil aku kau kat suami sendiri?"Soal Zaihan yang berdiri tegak di muka depan pintu.Terkejut beruk Mar dibuatnya.

"Eh tolong sikit eh tuan?Awak tu bakal suami belum jadi lagi tau.Ingat sikit tu"Ketawa Mar sambil mengambil sagu hati yang terdapat dalam kotak.

"Bukan sama je ke?Ini hadiah Elly beri di London."Zaihan menghulurkan potret yang dilukis dengan cantik sekali.

"Carnation flower!Cantiknya!"Mar rasa teruja melihat bunga yang berwarna pink.Tengah-tengah padang bunga itu terdapat dua orang yang memegang tangan.

"Kita gantung kat bilik nantilah.Mesti lawa"Puji Zaihan turut melihat lukisan itu.

Sejak Elly berjumpa dengan ibunya,dia semakin giat menghadiri kelas melukis demi impiannya.

"Saya rindu sangat nak jumpa dia.Setiap hari dia hantar surat.Agak-agak macam mana keadaan dia sekarang?"Soal Mar ingin tahu.

"Saya rasa bersalah bila dia pergi ke sana tanpa pengetahuan kita semua.Saya buat dia rasa kecil hati jadi selalunya saya bagi tips melalui video call"Kata Zaihan yang ingin menebus silapnya dulu.

"Perkara dah lepas yang janji kita bersama tu pun dah cukup bagus kan?!Awak lapar ni pergi lawat ibu saya nak tak?"Ajak Mar membawa sekali potret itu.

"Ibu awak ada kat rumah ke?Bukan ke dia pergi haji?"Soal Zaihan yang rasa was-was.Terus Mar menepuk dahi tanda dia lupa.

"Ya tak ya.Alah tak dapatlah nak rasa nasi lemak ibu saya masak."Rungut mar mencebik masam.

"Hehe apa kata saya yang masak untuk awak?"Jawab Zaihan membawa Mar ke dapur kecil yang terdapat di studio.

"Eleh pandai ke?Nanti meletup satu dapur saya tak tahu tau"Takut Mar apabila Zaihan asyik tersengih.

"Trust me!Ingat lelaki tak boleh masak ke?"Zaihan mula memotong bawang.

_________

"Tada!Saya dah kata saya pandai masak"Bangga Zaihan menunjukkan Tom yam ayam kegemaran Mar.

"Ah yalah tapi kalau tak sama macam ibu saya masak.Saya tak nak makan!"Gurau Mar nakal.Dia menyuap nasi dengan kuah ke dalam mulutnya.

Sedap juga.

"Awak pasal hutang tu saya ganti nanti boleh?"Soal Mar tiba-tiba dia teringat akan sesuatu.

"Eh awak ni buat apa lagi nak bayar kalau saya dah bayarkan."Balas Zaihan membantah.

"Saya rasa macam beban pula kalau tak bayar.Nilai hutang tu banyak bukannya sikit"Rungut Mar sambil menjamah nasi.

"Nilai hutang tu tak tinggi sangat berbanding nilai cinta yang awak berikan.Tak ternilai dengan sejuta ringgit tetap tak boleh tandingi.Faham apa saya maksudkan?"Zaihan turut menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

"Kiranya awak halal kan lah apa yang awak bayar?"Soal Mar.Naif betul gadis ini.

"Iyalah!Aduhai jangan fikir sangatlah pasal benda tu.Lebih baik awak fikir tentang hidup kita sekarang ni"Kata Zaihan lembut.

"Fikir apa pula?"

"Fikir bagaimana saya boleh hidup tanpa awak"Senyum Zaihan dengan nakal.

PAP!

"Tak jadi langsung lah ayat tu!Dah lapuk!"Geram mar dalam masa yang sama pipinya sudah memerah.

"Adui sakitlah!Tak boleh ke?"

"Padan muka heh."Ketawa Mar dengan gembira.

Seronok pula kenakan dia.

Zaihan perhati sahaja tingkah laku Mar.Khusyuk sangat makan tomyam tu sampai tak pandang langsung muka ni.

"Bila saya nak jadi milik awak ni budak kecik?Tahu tak saya tunggu 2 tahun nak masuk meminang?"Soal Zaihan mencebik masam.

"Umm Sampai hati awak betul-betul lekat baru saya terima"Balas Mar dengan cara yang sama.

"Eh dia ni pandai eh?Ok saya sanggup tunggu"

"Tak perlu tunggu lama sebab dah lama hati saya untuk awak."Ucap Mar menyuap nasi ke dalam mulutnya.

"I love you!!"Senyum Mar dengan lebar.

"I love you too little princess"

__

I want to be the girl who makes your bad day better,And the one that makes you say

'My life is changed since I met her'

____End____

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience