CHAPTER 1

Romance Completed 20240

18 Tahun Kemudian.

Sebaik sahaja Marsha membantu ibunya di dapur,dia terus menggalas begnya untuk pergi ke kerja.Sudah jadi rutin hidupnya.Ibunya sudah tua bahkan dia menghadapi barah jadi dia hanya mampu menjual nasi lemak.Mulanya memang sukar,tapi mereka kuatkan semangat.Dia dan ibu bukanlah orang yang berkemampuan,miskin dan takde duit.Kadang-kadang perlu pinjam duit dari sedara mara walaupun dia malu.

Ayah?Dia tu hanya mengikis kebahagiaan yang dia tak pernah hargai selama ini.Disebabkan dia kami jadi begini.Aku bukan nak jadi anak yang derhaka tapi ayah memang tak laksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah yang penyayang.Mar menoleh ke arah muka ibunya sebelum pergi kerja.Tak nak jumpa aku sebelum pergi ke?Sayu sahaja muka ibunya,mungkin dia tak tidur.

"Ibu..Tak rindu kat Mar lagi dah?"Spontan Mar berkata pada ibunya yang sibuk membungkus nasi lemak untuk dijual.

Ibunya hanya melambai tangan,dia tak sempat nak kata apa-apa kerana sibuk.Mar berjalan mendekati dapur lantas memeluk erat tubuh ibunya itu.Dialah orang yang selalu ambil berat dan paling aku sayangi.Mar mengucup lembut pipi yang sudah berkedut itu tapi wajah ibunya tampak lebih muda walaupun berusia.

"Nanti kalau Mar dah dapat gaji,kita shopping sama-sama ya?Kita beli ibu beg yang baru.Yang lama tu pun dah rosak"

Ibunya sekadar tersenyum,dia tak mampu nak berterima kasih atas pemberian anaknya.Mar berusaha keras untuk dapatkan duit.Dia sanggup kumpul duit untuk pergi ke universiti dan beri setiap hari duit belanja kepada ibunya.Sebab itulah,ibunya rasa bersalah.Tapi Mar tak kesah yang penting ibunya dapat apa yang dia mahukan.

Mar keluar dengan menaiki kereta.Cuba teka aku kerja kat mana?Well aku ambil jurusan menari masa kat kolej internasional.So aku jadi pengajar kat sebuah akedemik yang ditawarkan oleh pengurus aku iaitu Haikal.Pasal lelaki tu aku akan ceritakan nanti.

Mar meletakkan kereta,dia cepat-cepat naik ke atas.Jam tangan dilihat,nampaknya dia sudah lambat.Dia menoleh tempat parking,check mana tahu boss dia datang hari ni.

Fuhh...Nasib baiklah dia tak datang..Kalau tak mati aku nak makan apa bulan ni..gajinya akan ditolak kalau lambat seminit pun!Bertapa tegasnya perangai boss jadian dia tu.

Pintu kaca akademik dibuka,banyak mata yang memandang Mar yang baru masuk dari situ.Semua orang kelihatan terpegun dan kaku.Kenapa?Sebab aku ni mix Sepanyol dan melayu.Jadi kulit aku special,putih bak salji.Bibir merah rose.Cantik tu memang mengalahkan artis lah kiranya.Berlagak sikit kita.

Mar berjalan masuk tanpa menghiraukan pandangan yang tergoda dengan kecantikan Mar.Asal setiap kali aku masuk mesti semua pandang macam jakun tak pernah nampak orang putih?You alls cantik pun tak guna kalau hati buruk tapi Mar ni taklah.Dia baik hati hihi.

"Cik senorita!!"Jerkah Haikal dari belakang.

"Oh intan payung pergi pasar!!Haikal apa kau buat ni teranjat aku!"Marah Mar yang menyorok di tepi tandas.Diurut dadanya dengan kasar.

"Ohhh kau lambat lagi kan?Mesti tengok drama Korea lagi..ayok encik zen ada kat dalam tau ada mesyuarat dengan klien"ujar Haikal sinis dia memang suka mengusik hati Mar dari dulu tapi dia susah nak dikenakan.

Eh Kenapa mamat kerek tu ada kat sini pula?Kereta takde pun.Takkan naik helikopter pulak.Kaya betul tu.

"Diamlah kau.Shh kalau dia tanya apa-apa tentang aku cakap je yang aku tak dapat datang hari tau!Kau jangan bocorkan rahsia kalau tak siap kau!"ugut Mar secara senyap dia mengatur langkah untuk keluar.Tapi Macam ala-ala gaya James Bond gitu.Haikal yang melihat tindakan Mar mengekek ketawa macam pontianak.

Malu?ahh apa aku kesah!Janji aku tak dapat jumpa boss kerek aku tu!Dia tu dah lah garang nak mati.

"Ehh cik senorita Ni.Kau dah nak pergi ke?Ruginya lahai.Kau Tak nak bonus ke??"Tegur Haikal sambil mengibas helaian sampul surat itu yang diisikan dengan duit.Boleh bau duit banyak dalam tu.Seperti haiwan yang nampak mangsa,Mar merenung tajam helaian

.Kurang asam punya manager!Suka nak aku ditangkap kan?Takpe tunggu kau kat situ.

"Oi bagi akulah!Campak je ke sini!Cepatlah dia ada kat situ nanti dia nampak"marah Mar yang duduk di penjuru.Dia ternampak boss kerek tu tengah syok cakap dengan klien.Cakap apa pun aku tak tau tapi yang penting aku nak ponteng ari ni.Haikal tak mahu beranjak.Sengaja nak buat Mar rasa sakit hati.

Mar merengus geram,lelaki ni ada juga yang mati kat sini.Nak tak nak Mar terpaksa buat gaya James Bond kembali dengan mengguling badannya.Tapi dia terlanggar sesuatu apabila dia mendarat.Bukan benda!Tapi orang!

"Ehem!Kenapa ada biawak kat office I ni..Biawak betina besar pula tu"Berdehem encik zen yang menunduk melihat Mar dalam keadaan terlentang.
Dia panggil aku biawak?Pleaselah aku ni ..orang luar negara minta jadi model tau.jangan main-main tau!

Mar terus bangkit,dia pura-pura membetulkan tudung dan bajunya.Haikal sudah ketawa berdekah-dekah melihat muka cuak Mar.Ish!Sebab duit aku dah tertangkap!

"Maafkan saya encik zen,saya takde niat nak bergolek sana sini..saya cuma.."

"Takut dengan aku?Ohh datang lambat pastu takut nak balik rumahlah!Kau ingat akedemik aku ni bapak kau punya ke?!Hoi aku tak suka pekerja aku datang lambat..!!"Tinggi suara encik zen,terhenjut bahu mar.Dia takut.Ngeri wei dengar suara garau pastu menjerit macam kucing hilang anak.Muka tampan tapi garang nak mati.

"Alah tapi encik zen..Saya dah nyatakan kat kontrak yang saya ada masalah peribadi so saya tak salah lah kan?"Bodek mar agar terselamat dari bebelan yang takde kesudahan ini.sekali kena marah sampai esok pagi dia akan ungkit benda yang sama je.Perit,bernanah telinga Mar nak hadap.

"Kontrak je yang kau boleh bagi alasan!Aku bagi syarat tu bukan bermaksud untuk jadikan kau orang yang pemalas!Takde komplen lepas ni ikut aku jumpa klien esok!Faham?!"Ujar encik zen sambil menghempaskan fail yang berat itu ke kepala Mar.Sakitlah!Ingat batu ke nak main hempas-hempas!Mar menahan marah.Boss yang kerek itu berlalu pergi selepas menengking mar.siap bagi jelingan helang lagi.

Mar menghela nafas lega,dia penat rasa sangat takut.Senak perut.Encik zen memang ditakuti oleh staff di sini sebab perangai yang baran tahap gaban tu.Mak aku kira ok bebelnya dari Mahluk tu.

Mar mencari kelibat Haikal yang dari tadi mengenakan dia tak abis-abis.Oh sini kau rupanya!Mar mencubit pinggang Haikal yang menyorok belakang meja staff .Mengadu sakit manager itu kuat.Bisa woo.

"Ketawa lah kau!Aku sepak tengah baru tau!Bak sini duit aku!"

Haikal masih ketawa dengan jenaka comel dari cik senorita.Gelaran itu diberikan kerana paras rupanya yang cantik.Tahu-tahu jelah muka dia macam mana.Haikal memberikan sampul itu .Ketawa itu masih segar dalam kepala Mar.Bila dia nak berhenti!Aku stapler mulut sampai bisu terus nanti!

Dia membuka sampul surat itu,bersinar matanya ternampak not kertas berwarna ungu.Senyuman Mar kini kembali.Duit masyuk.Tak payah risau nak makan lagi

"Haha tulah buat lagi acah-acah jalan jadi perisik.Kan dah kena penangan hebat!Lawaklah sakit perut aku gelak!"Haikal masih belum berhenti ketawa.Hati Mar geram tengok mamat sotong tu terkinja-kinja bukan main lagi.

"Hei you!Kalau tak disebabkan kau lah an?Aku tak kena hadap dengan marah zen tu.Haish!dahlah esok aku ada kerja.kau lah ni!"Rengus Mar,perit hati nak hadap perangai sewel manager dia.

Mar terus masuk ke dalam kelas.Malas nak layan orang yang tak geti bahasa macam manager.Mata Mar melihat pelajar yang baru membuat permanasan.Nampaknya sudah sedia.

Kelas tarian tidaklah terlalu lama,hanya beberapa jam Mar sudah selesai mengajar.Botol air yang diletakkan di tepi tadi diambil lalu meneguk dengan haus.Dia perasan yang pelajar lelaki asyik memandang dari tadi.Mereka tersipu malu bertentang mata dengan Mar .

"Cikgu nak tanyalah"Pelajar itu mula bersuara.Ada yang saling menolak,ada juga yang pandang aku lain macam.Aish!menyampah.

Mar hanya diam.Setiap kali pergi mana-mana mesti ada orang yang menegur.Memang dia bersyukur dapat wajah begini tapi aku tak boleh bezakan antara realiti dan gambaran mereka.Zaman z semua nak yang cantik dan sempurna bukannya yang datang dari hati.Aku cakap kerana pengalaman hidup kat dunia ni.

"Tanyalah tapi saya dah lambat ni"

"UM cikgu ada boyfriend Tak?Tunang ke?Cikgu kan cantik mesti ramai orang nak"Ujar salah seorang pelajar lelaki itu,tampan dan tinggi cuma cara pemakaian agak selekeh.Oh bukan main lagi ,berani betul cakap macam tu masa first day eh?

"Takde lah.Korang ni tak sibuk ke?Ada masa ke nak kacau perempuan petang macam ni.Baik balik je"Balas Mar dingin.Dia terus bangun meninggalkan sekumpulan pelajar lelaki itu.Mar sempat juga mendengar balasan pelajar itu. saja nak tahu reaksi Dorang.

"Garangnya..Aku salah cakap ke tadi?"

"Taklah..cikgu tu memang suka jual mahal lah.Aku dengar khabar anginlah..memang melepaslah kau"

Mereka memandang kembali wajah Mar,tapi dia hanya menjeling.Dia tak nak cakap banyak.Terus melangkah keluar dari situ.Dia bukan nya tak suka orang kata begitu,tapi dia tak nak rasa dilukai sama macam ayah dia lakukan pada dia dulu.Perasaan itu sangat perit.

Mar terus menggeleng kepala,jangan di ingatkan kembali masa itu.Buat aku jadi rasa berdosa.Mar berjalan mencari di mana dia letak keretanya.Sekejap je aku tak ingat mana kereta aku.Mar kau nyanyuk dah ke?Dia masih ke hulur-hilir tanpa arah.

Sambil Mar mencari keretanya,dengan selamba seorang lelaki terlanggar bahu Mar hingga jatuh.Dia berlalu tanpa cakap minta maaf,Mar yang masih terkejut cuba bangun sendiri.Lututnya sudah terluka dan berdarah.Dia menoleh dengan geram melihat lelaki itu.

"Oi!!Buta ke?!Ingat aku tunggul ke apa kat sini!!"Jerit Mar kuat,Lelaki itu berhenti lantas menoleh ke arah suara yang memanggilnya.

"Maaf saya takde masa nak cakap dengan tunggul"selamba lelaki itu berkata lantas masuk ke dalam.

Kemarahan Mar membuak-buak,dia menanggalkan kasut tumitnya yang dalam 4 inci.Oh nak cakap aku tunggul?!Tengok siapa akan jadi tungguul!Mar membaling kuat tepat pada belakang lelaki itu.Lelaki mengusap belakang dengan sakit.Lelaki itu memakai Spek hitam jadi aku tak nampak wajah lelaki itu.Berbaju kemeja hitam.Tapi Rambut tak boleh nak kemas sikit ke.Serabai.Aku rasa dia baru bangun dari tidur maybe.Memang patut pun tadi dia biadap dengan aku!

"Lain kali kalau dah buat salah minta maaflah!!Ingat aku perempuan boleh senang je nak buat suka hati ke?!No waylah!"Jerit mar lagi,tekak jadi perit jerit kuat-kuat macam ni.Lelaki itu naik angin,Berani betul ada orang cuba cabar dirinya!Lelaki itu mula mengejar Mar dengan begis.Terkejut Mar dibuatnya.Gila ke apa?!tetapi dia sudah masuk ke dalam kereta.Secara sengaja,dia terjumpa kereta miliknya.Ajaib betul!

Dia buat muka mendengki,lelaki itu masih berdiri di situ.Terpekik terlolong dia suruh Mar keluar.Kereta mar itu terus berdesup keluar daru situ,Lelaki itu menahan marah .Wajah yang tampan itu menjadi merah padam.Pagi-pagi begini,ada seorang wanita mengacau mood dia.

"Tak guna kau perempuan!Dia tak kenal aku lagi nampaknya!Kali ni aku takkan lepaskan kau Marsha! Tunggulah!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience