Bab 3

Romance Series 2936

"A..apa kau buat kat sini!?" tanya Hanis apabila melihat Qayyum berada disebelahnya.Mana Intan?Kenapa dia duduk didepan sekali.

"Kau tanya apa aku buat kat sini..?Soalan bodoh!" balas Qayyum.Nada suaranya dikawal agar tidak terlalu tinggi.Tak mahu mengganggu sesi pembelajaran yang baru bermula.

Hanis menggaru kepalanya yang tidak gatal..Tersalah tanya pulak..

"Maksud aku..Kenapa kau duduk disini?Ni tempat Intan!" Hanis memperbetulkan soalannya.

"Entah..Cikgu sendiri yang suruh..Aku ikut je!" balas Qayyum selamba.Hanis mengetap bibir.Ni yang aku tak suka ni!

"Lepas habis kelas ni,kau tukar tempat balik dengan Intan!" suruh Hanis.

Qayyum mengerutkan dahinya.Tanda tak faham apa yang Hanis katakan.

"Kenapa..?"

"Err..Aku sebenarnya tak suka berada dekat dengan Orang lelaki..Tak selesa!" Hanis berkata sambil menepuk pahanya.Mungkin mahu menunjukkan bahawa dia benar benar tak suka..

"Oh..Macam tu.."

Hanis senang mendengarnya..Hanis tersenyum gembira.Namun itu tak lama.Senyumannya mengendur apabila Qayyum menyambung kata.

"Sorry la..Aku tak mahu tukar tempat sebab cikgu yang arahkan aku untuk duduk di sini..So,buat apa aku perlu ikut cakap kau?" Kata Qayyum,bersahaja.

Hanis menjegilkan biji matanya.Dia mahu membalas tapi cikgu memanggil nama Qayyum.

"Ya cikgu.." Qayyum berdiri.

"Qayyum..Cikgu nak kamu baca..Bla bla bla...Dalam buku ni...Bla bla.." Arah cikgu Faizal.Qayyum menggelabah.

' Alamak!Aku takde buku..Macam mana ni..?Nak pinjam yang Hans punya?Elok juga,tapi mana mungkin dia benarkan..'fikir Qayyum

"err..Pinjamkan aku buku kau boleh?" Qayyum bertanya dengan teragak agak.Hanis mengerlingnya sekilas.

"Kau..Cakap dengan aku ke?"

Qayyum mendengus.Bodoh punya perempuan..Habis kau ingat aku tanya siapa?Hantu?Ke alien kat Planet Marikh?

"Yalah ,ngok!"

"Oh..Manalah tahu kalau kau ni sebenarnya orang gila yang bercakap sorang sorang.." kata Hanis,selamba.Buatkan Qayyum semakin geram.

'Orang hensem macam aku ni dia panggil orang gila?!Kurang zat kau,Hans!'

"Ah!Aku nak pinjam jugak!!" kata Qayyum sambil menarik buku ditangan Hanis.Hanis yang tidak bersedia itu melepaskan buku yang berada elok ditangannya.

Qayyum menjelirkan lidah sebelum membaca apa yang disuruh oleh Cikgu Faizal.Lepas siap,dia duduk semula.

"Nah!Buku kau!" Qayyum meletakkan buku itu diatas meja Hanis.Hanis pantas mengambilnya.

"Kau tak payah beritahulah sebab ni memang buku aku!Tadi kan kau ambil tanpa izin,sekarang kau tak payah lah buat buat sopan nak pulang kan balik..Ingat kau lelali melayu ketiga terakhir ke?!"

"Ha?Aku tak faham lah!!" Kening Qayyum hampir bertaut.Hanis mendongkol marah.Hish mamat ni!Buat bazir air liur aku je cakap panjang panjang..Sikit oun dia tak faham.

"Kau kata apa tadi?" ulang Qayyum.

"Takde apa apa!" Hanis malas mahu ulang.

"Cepat lah!Apa kau cakap ta..."

"Hoi,Mamat!Boleh diam tak!?" jeritan Hanis menarik perhatian rakan sekelasnya.Kini dia menjadi perhatian semua orang.

"Hanis..Qayyum..Ada problem ke?" tanya Cikgu Faizal.Dia menghampiri Hanis dan Qayyum.

"Err..Takde apa apa pun,cikgu.."

"Saya ada masalah!" jerit Hanis.

'Budak ni kalau tak menjerit memang tak sah ke?Orang kat depan mata,buka 10 km!'guman Qayyum.

"Apa masalah kamu,Hanis?"

"Saya taknak mamat ni duduk ditepi saya..!!" jawab Hanis geram.

"Kenapa?" tanya guru lelaki itu.

"Banyak sebabnya cikgu!Antaranya ialah dia ni suka kutuk,banyak mulut..Bla bla..Bijak menyusahkan orang..Err banyaknya!"

"Oh!Macam tu..Tapi saya tetap nak Qayyum duduk kat sini.." tegas suara guru itu.Mulut Hanis terngaga.

Dania,pelajar perempuan di sebelah meja nya bangun menghampiri Hanis lalu menolak dagu Hanis supaya terkatup semula.

"Kenapa pulak!?" Tanya Hanis,hampa.Dia fikir,lepas menyatakan sebab sebab tu,nasib akan menyebelahinya.

"Saya nak Qayyum duduk ditepi awak sabab saya nak dia pantau awak..Ya..Semua orang tahu yang awak ni kaki tidur dalam kelas,kaki ponteng kelas,tak tumpukan perhatian dalam kelas,lambat datang sekolah,tak siap homework..Err..Banyaknya keburukan awak..

Hah!Sekarang Qayyum ada disini untuk pantau tingkah laku awak..Saya tak nak keputusan awak jatuh merosot,Hanis!Saya nak awak berubah seperti dulu.." kata guru itu,serius.

Hanis rasa macam ada sebuah batu besar menghempap kepalanya..Dia mahu berkata lagi tapi tak sempat kerana guru itu dah kembali ke tempat asalnya..Apabila arahan dah keluar dari mulut guru,boleh je dia ingkar?!

Hanis menjeling Qayyum.Satu senyuman sinis terukir dibibir lelaki itu..

....Arrghhh!!Bencinya..!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience