Bab 9

Romance Series 2936

"Hanna.."

"Ya,aunty.." balas Hanna yang sedang berbaring diatas sofa empuk.Hmm..Selesanya.Dah lama aku tak baring disini..

"Kenapa awak tiba tiba muncul balik?Bukan ke awak dah..." kata kata Puan Zafia terhenti disitu.

"Ya..memang saya dah lenyap 7 tahun yang lepas.." balas Hanna.Dia sudah dapat agak apa yang Puan Zafia mahu cakap.

"Tapi..Kenapa awak muncul semula..?" Puan Zafia bertanya,hairan.Lengannya digosok gosok untuk mengurangkan rasa takut.Takut kerana dah lama dia tak bercakap dengan Hanna.

"Hmm...Entahlah.Mungkin sebab sudah tiba masanya untuk Hanis lenyap pula.." Hanna berkata selamba sambil tersenyum sinis.

Puan Zafia tersentak.

"Apa maksud awak..?" tanya Puan Zafia sambil mengecilkan anak matanya.

Hanna ketawa..

"Puan Zafia..Tak payah buat buat tak faham..Nanti jadi betul betul tak faham..Puan dah lupa ke apa yang puan dah buat pada saya dulu?" Hanna berdiri lalu menghampiri Puan Zafia yang sudah ketakutan.Kemudian dia duduk bersilang kaki disebelah Puan Zafia.

"Puan dah lenyapkan saya!!Puan tak benarkan saya hidup didunia ni!Kenapa puan boleh biarkan Hanis hidup tapi saya tak boleh!!?" Hanna menjerit kuat.Perbuatan Puan Zafia tujuh tahun dahulu itu benar benar menyakitkan hatinya.

"Jadi,biarlah saya hidup pula.." katanya lalu berdiri lambat lambat.

"Harap puan dapat sabar dan terima semua ni.." katanya lagi lalu menepuk lembut bahu Puan Zafia.

Hanna berjalan ke tangga.

***************

Hanna berdiri didepan cermin.Hmm..Ketinggian aku dah banyak meningkat.Seingat aku,ketinggian aku masa darjah 5 hanya separas dada aku sekarang..Wajahnya dibelek belek pula.

Hmmm...Muka aku pun dah banyak berubah.Dulu mata aku sepet sikit.Sekarang mata aku dah jadi bulat cantik.Hmm,kulit aku agak licin..

Hanna menghampiri meja kecil ditengah bilik itu.Diatas meja itu ada sekeping gambar.Gambar itu menarik perhatiannya.

Dalam gambar itu ada Hanis,Puan Zafia dan arwah Encik Taufik.Ayahnya sudah meninggal dunia setelah beberapa bulan gambar itu ditangkap.Dalam gambar tu,Hanis memakai baju berwarna hitam.Hanis mengenakan tudung bawal berwarna coklat tua.

Hanna tersenyum nipis kemudian meletakkan gambar itu semula.Dia berjalan kearah almari pakaian.Dia mahu melihat kandungan dalam almari itu.Namun niatnya terbatal apabila melihat satu butang berwarna merah di dinding bilik itu.Butang tersebut ditekan.

Dinding dihadapannya terbuka dan terbentuklah satu pintu besi.Hanna mendekati pintu itu.Disebelahnya ada kod keselamatan.

Laju sahaja tangannya menekan nombor nombor yang ada.Pintu terbuka setelah disahkan betul kata laluannya.Hanna sememangnya sudah lama tahu akan kata laluan itu.Dan ianya masih diingati sehingga kini.

Dia melangkah laju kedalam bilik.

Dia menghampiri meja yang diatasnya ada sebuah komputer.Dia duduk lalu membuka komputer.

Hanna mengorak senyum.Kata katanya telah dirakam dan disimpan.Rakaman itu akan ditonton dan dihadam oleh Hanis apabila dia ' hilang 'semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience