Bab 11

Romance Series 2936

"Hans..Kau macam mana?Okey?" tanya Qayyum kepada Hanis.Hanis menelan bebola rangup yang disumbat tadi sebelum menjawab.

"Hmm..Macam yang kau nampak sekarang lah.." Hanis tidak mahu menafikan bahawa dia tak sihat apatah mengiakannya.

"Macam mana dengan Hanna?" tanya Qayyum lagi.Hanis hampir hampir tersedak.Huh..Qayyum ni..Aku datang kesini sebab nak lupakan masalah aku tentang Hanna.Kenapa kau tanya pasal benda yang aku cuba untuk lupakan..?

"Hanna mana pulak ni?Kenapa kau tanya aku pulak?Manalah aku kenal Hanna.." auta Hanis.Hanis memandang Qayyum,mukanya merah macam sedang menahan geram.

"Kau tipu,Hans!Yang semalam tu apa!?Aku tahu dia Hanna!" tempelak Qayyum.Hanis mengeluh.Dia mahu membalas tapi..Apa yang ada untuk dia ada untuk menipu Qayyum..Qayyum bukannya budak kecil..

Dan Qayyum bukannya bodoh,Hans!

"aa..apa yang kau merepek ni,Qai?Yang semalam tu aku lah..Aku tak kenal Hanna yang kau maksudkan.." Hanis terus berbohong.Qayyum berdecit.

"Sudahlah..Aku nak baliklah macam ni!" ujar Hanis lalu mengangkat punggung.Qayyum cepat cepat menahannya dengan menangkap pergelangan tangan Hanis.

Hanis bagaikan terkena renjatan elektrik apabila bersetuhan dengan Qayyum.Dengan pantas,Hanis menarik tangannya.

"Apa kau buat ni..!?" marah Hanis.Hanis merasakan perbuatan Qayyum amat melampau..

"Sorry..." Qayyum segera meminta maaf.Sungguh!Dia tak berniat mahu memegang tangan Hanis.

"Nantilah..Jangan balik lagi.." pujuk Qayyum.Hanis mengeluh..Dia tak tahu apa mahu buat..Dia takut kalau dia masih disini,makin banyak soalan yang Qayyum akan tanya..Dan pastilah akan menambah kusut dikepalanya!

"Huh..Yalah..!" putus Hanis lalu duduk semula.Qayyum tersenyum gembira.

"Please,Hans..Bagitahu aku apa masalah kau..Siapa Hanna sebenarnya..?" rayu Qayyum bersungguh sungguh.

Hmm..Sebanarnya Hanis sendiri buntu.Hendak bercerita kepada Qayyum atau pun tak?Huwa!!Buntunya!

"Hans..Please..??" rayunya lagi. Huh..satu keluhan berat dilepaskan

"Se..sebenarnya..Ss...sebenarnya...aku ada.."kata Hanis terhenti.Hanis masih berkira kira untuk membuka cerita kepada Qayyum.

" Sebenarnya, kau ada..?"

"aa..aku ada penyakit..." akhirnya Hanis mengaku juga.Qayyum terkejut.Hanis ada penyakit? Hanis yang tampak kuat ni ada penyakit?

"Hans..Betul ke apa yang kau cakap ni?" tanya Qayyum agak keliru.Entah entah Hanis hanya bergurau.Tapi,anggukan gadis itu membuatkan Qayyum akur dengan kata kata Hanis.

"Kau ada penyakit apa,Hans?" tanya Qayyum lemah.Dia memandang Hanis dengan rasa risau yang menyelubungi dada.Hanis memandang lantai sebelum bersuara.

"Penyakit DID.." jawab Hanis lemah.

Apa itu DID?Qayyum tertanya tanya.Dia tak pernah dengarpun nama penyakit tu?Bahaya ke..?

"D..DID..?Apa tu?"

"DID bermaksud Dissociative Identiti Disorder..Penyakit ni mengubah tingkah laku seseorang.Orang yang menghidap penyakit ni akan ada lebih Identiti.Mungkin 10..Mungkin juga lebih dari tu..Macam aku..Aku ada satu lagi identiti lain..

Nama alter ago aku ialah Hanna..Hanna Adrian..Yang muncul semalam dan yang gigit kau hari tu..Hanna akan. ' meminjam ' tubuh aku ni..Masa tu,aku bagaikan lenyap..Aku hilang!Hanna lah yang akan mengawal aku.."

Entah mengapa,Hanis boleh bercerita rahsia besar hidupnya.Dia tak pernah beritahu siapa siapa kecuali ibunya dan Doktor Hafiza.

"Hans..Boleh aku tahu kenapa Hanna boleh terjadi?" tanya Qayyum yang sememangnya ingin tahu tentang DID.

Hanis mengeluh panjang.Qayyum serba salah.

"Err..Maafkan aku kerana masuk campur hal peribadi kau..Aku bukan apa..Aku risaukan kau..Sebab kau kawan aku.."

Hanis tersentuh mendengarnya.Qai..Aku keliru sangat sangat..

"Qai..Betulke aku ni kawan kau..?"

"Ha?!Hans,apasal kau cakap macam tu?" tanya Qayyum,hairan.Hanis menekur lantai.

"Sebab..Aku rasa kau ni baik sangat sangat..Kadang kadang aku terfikir..Layak ke aku jadi kawan kau..?Aku tak sama dengan orang lain..Aku ada penyakit yang orang lain takde..

Kau tak malu ke kawan dengan aku?Semua orang cemburu dengan aku sebab dapat berdiri disebelah kau..Aku tak macam perempuan lain..Aku..aku kasar!Bukan macam perempuan lain..

Banyak kali aku terfikir benda tu..Dan soalan tu,membuatkan aku ingin menjauhkan diri daripada kau,Qai.." ujar Hanis panjang lebar.

Qayyum tersentak.

"Apa kau cakap,ni!?Kau kawan aku..Dan selama lamanya akan jadi kawan aku..Kau kawan terbaik yang aku pernah ada..Usah peduli apa yang orang cakap..
Diorang cakap kau kasar ke apa ke..Cemburu dengan kau ke..Tak payah fikir tu semua..Jangan jadikan itu semua sebagai batu penghalang antara kau dan aku..Takde apa yang dapat pisahkan kita kecuali MAUT!!"

Qayyum tak dapat mengawal perasaannya.Hanis hanya diam tak berkutik.Dirinya dengan Qayyum,ibarat Langit dengan bumi..Jauh berbeza.

"Cakap Hans,cakap!!"
Qayyum mendesak Hanis supaya bercakap.Hanis tidak bergerak.Mata Hanis tertutup..

Hati kecil Qayyum dipagut rasa risau melihat keadaan Hanis lemah tak sedarkan diri.

"Hanis..?Hanis..?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience