Bab 1

Romance Series 2936

HANIS melangkah longlai kedalam perkarangan kolej.Langkahnya nampak lemah dan tidak bersemangat.Aduh..Setiap hari kena pergi kelas.Dah lah tak best.

Semasa dia sedang berjalan,dia disapa oleh beberapa orang pelajar lelaki.Ada saja diorang nak menggatal.

"Assalamualaikum, Hans!" ucap Haziq.

' Waalaikumsalam!'jawab Hans, hanya didalam hati.

"Hans,kau tak tahu ke kalau tak jawab salam orang tu berdosa..?" Wajah Haziq tidak beriak.Tak puas hati lah tu Hanis tak jawab.

"..Hmm.."Hanis berjalan selamba.

Haziq mengetap bibir.

".... Hans..!!" panggil Intan dari kejauhan sambil berjalan menghampiri Hanis.Intan berjalan beriringan dengan Hanis.

"Apasal kau lambat hari ni..?" Hanis menjeling Intan disebelah.

"Hmm..Tak payah tanya pun takpe..Kau kan tahu aku tak suka datang kelas..So,biarlah aku datang lambat.."jawab Hanis,selamba.

Intan memuncungkan bibirnya.

" Apasal kau buat muka macam tu!?Ingat cute ke..!?"tanya Hanis bersama sengih.

"Hurmm..Kau selalu macam tu!Lain kali kau datanglah awal..Kalau kau datang lewat,tak best lah aku.." balas Intan tanpa menjawab pertanyaan Hanis yang dirasakan tidak perlu dijawab..'Aku kalau buat muka macam mana pun,tetap cute tau!'sempat lagi Intan perasan dalam hati.

"Kau tak best bila aku datang lambat,tapi aku?Aku tak best kalau datang aw..."belum sempat Hanis berkata,seorang lelaki dah menegurnya.

" Hai,Hans!"sapa Daniel sambil tersenyum manis.

"..Err..Hai.."balas Hanis acuh tak acuh.

"Sihat..." belum sempat Daniel menghabiskan kata katanya,Intan sudah mencelah.

"Apalah Daniel ni!Say Hai kat Hans saja..Ni,Intan ada kat sebelah ni tak nampak ke..?"Intan berpura pura cemburu.Eh,salah memang cemburu pun..Sebab Hanis disapa oleh lelaki handsome.

" Err..Sorry,Intan.."

"..Hans,awak..." sekali lagi percakapan Daniel dipotong.

"err..Kami pergi dulu,eh?" Hanis menarik tangan Intan supaya beredar dari situ dengan segera.Nampak tak yang Hanis tak suka bercakap dengan lelaki?

"Hei..Apa kau ni Hans!Kenapa kau tinggalkan Daniel.." rungut Intan apabila Hans melarikan diri daripada Daniel,jejaka kacak disana.

"Biarlah..Aku bukan pokok untuk duduk kat sana lama lama.." Balas Hanis main main.

"Huh!!Kau tak nampak ke yang Daniel tu sukakan kau..!?" Intan menjuihkan bibirnya.

"Mana kau tahu semua tu..?" tanya Hanis pula.

"Melalui mata dia.."

"Aku tak kisahlah dari mata dia ke,dari dahi dia ke,dari lubang hidung dia ke..Yang penting,aku tak suka dia.."


"Dah,jom lah In..."

Tiba tiba tubuh Hanis dilanggar oleh seseorang.Lelaki!Hanis jatuh tersungkur.Lelaki itu fikir Hanis yang melanggarnya.Terus lelaki itu marah marah.

"Hoi,jalan tu baik baik lah sikit!Ni tak!Main langgar je orang!Ada mata ke tak ni!?" marah lelaki itu sambil memandang Hanis.

Buntang Hanis jadinya.Dahlah kena marah,lepas tu kena maki pulak.Padahal lelaki tu yang langgar Hanis.

"Hei,sedara!Kau cakap elok elok sikit,ya!?Kau yang jalan tak pasang mata..!Bukan aku!" balas Hanis,geram.

Lelaki itu tersentak.Aik?Aku ke dia yang langgar tadi?Dia..?Ke aku yang langgar..? Ah!Lantak lah..Aku anggap dia yang langgar.

"Ya ke aku..?Bukan kau ke..?tanya lelaki itu dengan nada yang lebih Perlahan.

' Taknak lah marah marah..Lagipun dia perempuan..Perempuan mudah terasa hati..'fikir lelaki itu.

" Tengkorak kau!!Kau yang jalan tak pasang mata!"Hanis membalas kasar.

"Eh!!Aku cuba berbaik dengan kau lah!" balas lelaki itu pula.

"Ahh!!Kau tak payah berbaik dengan aku..Sebab aku tak nak berbaik dengan kau pun.."

Lelako Itu tergamam.Berani betul budak ni!

"Hans,yang kau marah marah lelaki ni kenapa?Dia kan budak baru..Tak baik lah,Hans.." kata Intan sambil memegang tangan Hanis.

Hanis memandang lelaki itu.

''Oh!Budak baru rupanya kau ni..Patutlah tak pernah nampak..'hati Hanis berbicara.Matanya pula sempat menjeling tanda nama pelajar lelaki tu..

Qayyum Asyraff...

"Hans nama kau ya!?Perempuan perangai ke laut!" kutuk Qayyum,selamba tanpa mengendahkan Hanis dihadapan.

"Perangai aku tak ada kaki,so..Perangai aku tak boleh berjalan lah..Hmm..Macam mana kau boleh kata perangai aku kelaut sedangkan perangai aku tak ada kaki..?Nampaknya..Otak kau dah terputus sel sel neuronnya..Tolong ke Hospital Tanjung Rambutan segera ya,mamat?" balas Hanis dengan selamba..

Geraham Qayyum bergerak gerak kerana terlalu geram..Tak sangka,perempuan cantik ni berani gila kutuk orang handsome.

' Marah lah kau puas puas..Aku tak peduli!'kata Hans dalam hati lalu berlalu pergi..

PUAS HATI AKU!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience