Bab 5

Romance Series 2936

Hari hari berikutnya...

Qayyum sering tertanya tanya.Mengapakah Hanis amat kerap tidak hadir ke kelas?Adakah Hanis sengaja tidak mahu datang?Adakah Hanis mempunyai masalahnya sendiri?

Entah mengapa,hari hari yang dilaluinya terasa macam sunyi tanpa Hanis disisi.Dia rindu dengan bebelan Hanis.Dia rindu pada cara gadis itu bercakap.Apabila dia bertanya kepada Intan,jawapan yang sama selalu keluar dari mulut gadis itu.

***************

"Eh,Hans!Kenapa kau asyik tak datang kelas?" tanya Qayyum apabila kelibat Hanis kelihatan di pintu pagar.

"Alah...Kau ni,macam tak tahu pulak aku ni macam mana..Aku kan pemalas..Malaslah!Asyik belajar saja!"

~~Khamis

"Hans!Kenapa kau tak datang kesekolah semalam?" tanya Qayyum sambil bercekak pinggang.

"Malaslah..Aku letih dan nak tidur kat rumah.." jawab Hanis lambat lambat.

~~Isnin

"Hans!Apasal kau tak datang semalam!?" macam biasa,Qayyum akan bertanya.

"Malas.." jawab Hanis acuh tak acuh.

"Kau ni biar betul,Hans!?Exam dah dekat.. Nanti keputusan ujian bulanan kau merosot!" Qayyum berkata,bimbang dengan nasib Hanis akan datang.

"Ya,aku tahu lah Qai!!Letih tahu tak asyik kena tanya soalan sama..?!" Hanis berkata geram.

"Kau ni kenapa,Hans!?Kau ada masalah ke?Kalau kau ada problem,beritahulah aku.Aku akan tolong kau,Hans!" kata Qayyum serius.

"Masalah apanya,Qai!?Takde masalah lah!Kan aku dah banyak kali cakap kat kau yang aku malas!" suara Hanis sengaja ditekankan agar Qayyum mengerti.

"Aku rasa kau sembunyikan sesuatu daripada aku!Cepat bagitahu aku sekarang!" jerit Qayyum sambil memandang Hanis disebelahnya.

"Jangan masuk campur boleh tak!?Sekali pun aku ada masalah,buat apa kau nak tahu!?Biarlah aku simpan masalah ni sorang sorang..!" Mendengar kata kata Hanis,semakin kuat curiga Qayyum pada gadis itu.

Sementara itu,Hanis memusingkan tubuh,menyelukkan kedua dua belah tangannya masuk kedalam poket baju dan melangkah terus ke mejanya.

' Apa yang aku buat ni!?Macam dah terlebih cakap jer..Arghh!!Bodoh betul'

"Hans!apa maksud kau sebenarnya!?Masalah apa yang kau tanggung!?" tanya Qayyum lagi.Kali ini dia tidak menjerit lagi.

"Err..Tak ada apa apa..Lupakan saja,Qai!"
Hanis cuba mengelak dengan membenamkan muka diatas meja.Baik aku tidur!Barulah Qayyum tak banyak tanya lagi..

*******************

Loceng terakhir berbunyi nyaring.Pelajar lelaki menjerit suka kerana sesi pembelajaran sudah pun tamat.Hanis terjaga dari mimpi yang panjang.

"aku kat mana ni..?" Hanis bertanya perlahan pada dirinya sendiri.Qayyum yang berada disebelah memandang Hanis pelik.

"Amboi...Dah tidur panjang sampai tak ingat kelas ke?" Qayyum memerli Hanis.

"Kelas..?Apa yang aku buat kat kelas ni?"Aik!Mengigau ke apa Hanis ni?

" Hmm..Tulah,tidur lagi dalam kelas..Kan dah jadi nyanyuk!?Dah,jom balik!"Qayyum mengajak Hanis pulang.

Hanis memandang Qayyum dari atas ke bawah.Siapa ni?Makhluk asing dari planet mana yang dah sesat kat bumi ni..?

"Kau ni siapa..?"

"Hans..Tak payah main main boleh tak?Jom balik sekarang!" ulang Qayyum lalu menarik tangan Hanis yang berlapik kain.Gadis itu merentap kasar.

"Aku tanya siapa kau!!?" jerit Hanis.

"Aku ni Qai lah,Hanis!!" balas Qayyum sambil memandang Hanis,tajam.

"Hanis..!??Kau panggil aku Hanis..?" Hanis kelihatan terkejut mendengar namanya sendiri.Apahal dengan budak ni?Nama sendiri pun tak ingat ke?

"Dah lah Hans..Jom balik..!" Qai...Sabar Qai..Perempuan kat depan kau ni sengaja menguji kesabaran kau..

"Siapa Hanis!!?Don't call me Hanis!!I am not Hanis!!Aku Hanna!!" jerit Hanis.Qayyum tergamam.Dia menarik hujung baju gadis yang mengaku sebagai Hanna dan bukannya Hanis.

"Jangan merepeklah,Hanis Irdina!!Aku tak percaya!" sekali lagi tangan Qayyum ditepis.

"Jangan sebut nama Perempuan tu lagi!!Dia dah mati 7 tahun lepas lah!!" jerit gadis itu lalu berlari laju menuruni tangga.

Qayyum mengejarnya dari belakang.

Pap!!

Qayyum menangkap pergelangan tangan Hanis.Hanis cuba merungkaikan pegangan itu namun ia tidak juga terlerai.

"Lepaskan akulah,bodoh!!" marah Hanis.Qayyum tidak peduli,dia terus menarik tangan gadis tu.

Hanis menggigit tangan Qayyum.Akibat menanggung rasa sakit,pegangan Qayyum terlepas.Lelaki itu mengaduh sakit manakala Hanis dah berlari jauh meninggalkan Qayyum yang merintih kesakitan.

Hans...Kenapa ni??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience