Bab 7

Romance Series 2936

Hujan turun dengan tiba tiba.Qayyum membuka payung yang sengaja dibawanya tadi.Lebat juga hujan pada malam ini.Dipertengahan jalan,Qayyum ternampak seseorang sedang bertinggung dalam hujan lebat. Qayyum tidak tahu siapa dia..Lagipun,dia menutup kepalanya dengan hood baju luarnya.

Rasa tidak sampai hati pula mahu membiarkan dia basah kuyup dalam hujan lebat begitu. Qayyum juga basah,tapi sekurang kurangnya dia berpayung.Lantas akibat rasa simpati yang mudah tersemai,Qayyum segera mendekati dia dan memayungkannya.

Si dia mendongak memandang Qayyum.

"..Qai.." gumam si dia perlahan.

"Hans!!?" sungguh,Qayyum tidak menyangka orang yang dia payungkan itu ialah Hanis.

"Apa kau buat di tengah hujan ni?" soal Qayyum sebaik sahaja dia bertinggung disebelah Hanis.

Hanis tidak menjawab sebaliknya membuka pelukannya untuk menunjukkan Qayyum sesuatu.Qayyum agak takjub apabila melihat seekor anak kucing dalam pelukan gadis itu.Rupa rupanya gadis itu sedang melindungi anak kucing itu daripada hujan.Memandangkan tiada tempat berteduh,Hanis melindungi anak kucing itu dengan memeluknya erat.

"..Comelnya.." bisik Qayyum memuji kecomelan anak kucing dalam pelukan Hanis."Jom cari tempat berteduh.."ajak Qayyum selepas itu.

Seperti biasa,gadis itu akan merenungnya tanpa dapat difahami makna riak wajahnya.Hanis bangun berdiri mengikuti langkah Qayyum.

"Jom..." kata Hanis sepatah sambil merenung Qayyum,lembut. Qayyum kaku melihat perilaku Hanis yang agak sopan daripada biasa.Hanis memeluk anak kucing.Qayyum disebelah memegang payung. Mereka berdua berlari lari anak mencari tempat berteduh.

Wajah Hanis dikerling sekilas.Qayyum tersenyum panjang.Tiba tiba perasaan gembira menyelubungi dirinya dalam hujan nan lebat itu.

Ada sebuah kedai berhampiran mereka.Mereka meredah hujan lebat menuju ke kedai tersebut.

Sebaik masuk ke dalam kedai itu,payung yang dipegang tadi dicampak begitu saja.Mereka memandang kedai itu.Ada senarai makan dan minum.Jadi,ini adalah kedai makan.

Anak kucing dilepaskan.

Hanis menanggalkan baju luarnya yang basah dan diletakkan diatas meja.Tudungnya agak basah sedikit.
Sekilas pandang,Qayyum menala kearah Hanis.Tanpa disedari gadis itu,Qayyum terus merenungnya.Dia sempurna dan cantik sangat,fikir Qayyum.

Hanis lebih tertumpu pada anak kucing itu,tidak sedar langsung akan perbuatan Qayyum yang leka merenungnya.Anak kucing itu hendak melompat turun namun segera ditangkap oleh Hanis.Tubuhnya dibelai manja.

"Kucing kau ke,Hans!?" Qayyum bertanya tanpa menoleh kearah Hanis.

"Tak..Jumpa kat tepi jalan tadi." Jawab Hanis sebelum membuang pandangan ke luar.Hujan masih mencurah curah.Sangat lebat!Hanis memeluk tubuh sambil bersandar pada dinding.

"Kau ada apa apa makanan?" Hanis bertanya tiba tiba.Qayyum yang sibuk nembelai anak kucing itu berpaling kearah Hanis.

"Kucing tu lapar.." jelas Hanis ringkas.

Qayyum mengangguk sekali dan terus mencapai plastik berisi makanan.Sushi yang dibeli tadi dikeluarkan.Lantas Hanis mengambil sushi itu lalu dipotong menjadi dua bahagian.Kemudian disuakan pada anak kucing.

Qayyum turut berbuat benda yang sama.Mata Hanis tertancap pada tangan Qayyum yang sedikit luka dan merah.Dia yang berasa pelik,lantas bersuara.

"Kenapa dengan tangan kau tu?" tanya Hanis seraya memandang Qayyum.Qayyum tersentak lalu segera menyembunyikan tangannya.Dia menggelengkan kepalanya.

"Takde apa apa.."

Hanis merenung Qayyum dengan rasa curiga.

"Don't lie to me,Qai!"

"Betul..Takde apa apa..!" Qayyum meninggikan suaranya.Dia membuang pandangan ke luar.Hanis berasa geram.Tanpa disedari,tangan Qayyum ditariknya lalu dibelek belek.Qayyum tersentak.

"Nampak macam kena gigit..Adik kau je yang buat?" tanya Hanis lalu melepaskan tangan Qayyum.Kemudian dia melarikan wajahnya daripada terus ditatap oleh Qayyum.Perasaan malu mula merangkak datang..Serius Hanis tak sangka yang dia akan memegang tangan Qayyum..

"Aku tak ada adik.."

Hanis buat mulut bentuk ' O '.

"Habis tu..?"

"Hmm..Betul kau nak tahu..?" tanya Qayyum.Perlahan lahan Hanis mengangguk.

"Sebenarnya..Tangan aku memang kena gigit.."

"Serius!?Siapa yang gigit kau,Qai!?Aku nak ajar dia sikit..Cepat bagitahu aku.." desak Hanis sambik menumbuk tangan kirinya.Entah mengapa,dia berasa marah bila Qayyum disakiti.

Qayyum dihambat rasa hairan.Hanis betul betul tak ingat ke kejadian pagi tadi?Qayyum tetap menjawab soalan Hanis.

"Kau kah yang gigit tangan aku,Hans..Dah lupa?"

"Ha?!Aku..?" Hanis menundingkan jarinya kearah dirinya sendiri.Qayyum hanya mengangguk.

"Tapi aku tak ingat pun.." Seingat Hanis,takde pula dia gigit tangan Qayyum.Qayyum ni main main ke..?

"Tadilah.."

"Ha!Bila..!?" tanya Hanis lagi.

"Tadi..Masa nak balik sekolah.." terang Qayyum.Hanis masih tidak faham.Tiba tiba Qayyum teringat sesuatu.

"Yang kau cakap nama kau bukan Hanis tu..?" Hanis memandang Qayyum dengan riak wajah yang tidak mengerti.

"Kalau nama aku bukan Hanis..Habis apa nama aku!?" Hanis bertanya.Qayyum kelihatan cuba mengingati sesuatu..

Apa dia nama tu..Harap harap bukan dia...

"Hmm..Apa,ek?" Qayyum seperti bercakap sendirian.Lama dia begitu sebelum dia memetik jari.

"Nama yang kau cakap tadi ialah..Hanna!!" jerit Qayyum.Betul betul ditepi telinga Hanis.Serentak dengan itu,Hanis rasa macam nak pitam.Tak!Tak mungkin!Tak mungkin ' dia 'akan kembali!

Hanis kena halang Hanna daripada muncul!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience