Bab 2

Romance Series 2936

Sebaik sahaja Qayyum masuk,kelas yang bising dengan ragam pelajar itu tadi bertukar suasana.Semua pelajar senyap dan menumpukan perhatian pada Qayyum yang masuk bersama Cikgu Faizal.

"Assalamualaikum.. Nama aku Qayyum Asyraff..Kamu semua boleh panggil aku Qai je.." Qayyum memperkenalkan namanya apabila disuruh.Kemudian dia mengerling kearah Cikgu Faizal di tepi.

Cikgu Faizal membalas pandangannya sebelum mengarahkan Qayyum untuk meneruskan ucapannya dengan isyarat mata.

"Sila beri tunjuk ajar.." sambung Qayyum pantas sambil menundukkan batang tubuhnya sedikit.

"Intan,tolong tukar tempat duduk disebelah Amir.." arah Cikgu Faizal.Intan bergerak mengikut arahan dengan terpaksa..Berat hatinya untuk bertukar tempat duduk..

"Qayyum..Awak boleh duduk tempat Intan..Kat belakang sana.." Mata Qayyum terarah pada tangan Cikgu Faizal yang menundingkan jari kearah hujung kelas.Qayyum nampak ada seorang budak perempuan yang membenamkan muka dimeja dengan gayanya macam Superman terbang.

Dah terbang sampai mana agaknya..Huhh!!Selamba saja tidur dalam kelas.Langsung tak hormat cikgu dihadapan kelas.Gumam Qayyum sendirian sambil melangkahkan kaki ke tempat duduk yang dimaksud kan..

Sekarang subjek Sains.Qayyum menyelongkar begnya..Puas dia mencari namun buku itu takde..Dia mengerling pelajar perempuan ditepinya.

Aik!!Gaya tidurnya berubah?Sekarang gadis itu tidur sambil menghadap tingkap ditepinya.Dagunya ditongkatkan pada tangan agar tak terjatuh.Mahu kejutkan dia atau tidak?

Akhirnya Qayyum memutuskan untuk mengejutkan gadis itu.Tangan yang menjadi tongkat kepada dagu itu ditolaknya.Lalu dagu perempuan itu terhentak pada permukaan meja yang semestinya keras.

Gadis itu tersedar.Huh!Bangun jugak budak ni..Ingatkan hari kiamat baru nak bangun.

"Erm..Apahal kau ni,Intan?Sakit tahu tak..!?" tanya gadis itu dengan mata yang masih terpejam.Qayyum tergamam apabila mendengar suara itu.Macam pernah dengar saja..

Pelajar perempuan itu membuka kelopak matanya lalu menoleh kearah Qayyum.Apabila mata bertentang mata,mereka sama sama terkejut..

...D..Dia..!!?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience