Bab 10

Romance Series 2936

"Hai,Hanis..Kalau kau tengok video ni,maka kau dah tahu tentang kemunculan aku.Kau masih ingat aku,kan?Aku lah Hanna..Hanna Adrian..Akhirnya aku dapat hidup semula setelah ibu kau lenyapkan aku dari dunia ni..Ah!Bahagianya..

Oh,Ya!Aku hampir terlupa.Sebenarnya,siapa lelaki tu?Yang selalu ada masa aku muncul?Dah dua kali aku nampak dia..Kau rapat dengan dia,Hanis!?Hahaha...Entah entah kau suka dia,tak?Sebab menurut apa yang aku rasa,lelaki kacak tu macam menaruh perasaan terhadap kau.

Kau nak tahu tak..Masa aku muncul tadi,dia kata nak hantar kau balik.Hehehe..Sweetnya..Kau suka dia,kan?

Seronok betul dapat hidup balik.Aku rasa macam bayi baru lahir aje..Tak apalah,Hanis..Kau lenyap kejap aje..Lepas tu kau muncul balik..bukan macam aku..Tujuh tahun aku lenyap dan tak muncul muncul..

Okey lah..Nanti lepas kau tengok video ni,jangan lupa balas eh?Aku dah lama tak nampak dan dengar suara kau walaupun semua yang kita miliki ni sama belaka.Okey,aku cau dulu.."

Hanis menutup komputernya setelah selesai menonton video yang ditinggalkan oleh Hanna.Hanis meraup rambutnya kebelakang.Rambut yang jatuh kedepan tu diselit ditepi telinga.

Lepas bangun dari tidur tadi,dia dikejutkan oleh sesuatu.Jam loceng!Seingat Hanis,takde pula dia time jam.Ditepi jam tu ada sehelai kertas.Hanis ambil kertas tu.

Matanya buntang apabila melihat kandungan kertas tu.Atas kertas tu ditulis " HAI,HANIS! --Hanna ".Kertas itu membuatkan dia mahu menjenguk bilik rahsia antara dirinya dan Hanna.Nalurinya kuat mengatakan bahawa Hanna masuk kesana.

Dan sekarang,benarlah jangkaannya.Hanna memang masuk.Dan siap tinggalkan video lagi.Dan nak Hanis balas..

Hmm...Hanis buntu bila memikirkan kata kata Hanna tentang perasaan Qayyum.Betul ke apa yang Hanna cakap atau dia hanya berbohong?Tapi kalau tengok muka Hanna tadi,tak nampak pula macam dia sedang mereka cerita.

Hanis tekan butang untuk membalas pesanan video.

" Hanna..Kenapa kau muncul balik?Kan kita dah ada peraturan yang ditetapkan?Kenapa kau langgar perjanjian kita dulu?"Hanis berhenti sejenak.Hish!Tak boleh cakap laju laju.Biar nampak tenang dan cool.Walaupun Hanis meronta ronta nak sembur si Hanna ni habis habisan.

"Kau dah lupa ke perjanjian kita tu..?Ya,memang kau dah patuhi perjanjian kita yang lain.Tapi ada satu perjanjian kita yang kau dah langgar,Hanna!Perjanjian yang kedua puluh satu.Iaitu kau tak boleh muncul semula setelah kau lenyap.Tapi sekarang?Mana janji kau,Hanna!?" sambung Hanis sambil memandang tepat kehadapan.Gayanya macam sedang bercakap dengan Hanna secara berdepan.

"Hanna..Aku harap kau faham dan patuhi janji kita..Aku harap,kau takkan muncul lagi!" kata Hanis lalu menghentikan rakaman.Pesanan video itu disimpan untuk di ' Tonton ' dan di ' Hadam ' oleh Hanna bila dia muncul balik.

Kalau diikutkan hatinya..Mahu saja dia pijak pijak kepala Hanna jika Hanna ada dihadapannya. Kalau boleh,Hanis mahu menampar pipi Hanna sekuat kuatnya sampai terteleng gadis itu.Tapi,apa yang boleh Hanis buat..Hanis dan Hanna tak pernah dan tak kan pernah berjumpa secara bersemuka kerana mereka ialah orang yang sama.Tapi sifat mereka sajalah yang berlainan.

'Huh..Hanna..Kenapa kau datang!?'

****************

Hanis berjalan lemah menuju ke Restoran Jepun.Seperti biasa,setiap hari Hanis akan datang untuk menikmati hidangan yang lazat itu.

"Assalamualaikum, uncle.." ucap Hanis tanda hormatnya kepada tuan kedai yang sudah tua.Apa?!Kau semua ingat aku tak ada adab ke dengan orang tua!?Mentang mentang lah aku ni tomboy,aku tahu mana yang baik dan mana yang buruk!Tengok!walaupun aku tomboy,aku bertudung..Bukan macam perempuan kat luar sana yang tayang rambut macam paku berkarat.Aku ikat kat tiang api baru tahu!!

'. Astaghfirullah hala'zim..'cepat cepat Hanis beristighfar..Tak pasal pasal aku dapat dosa sebab kutuk orang.

"Waalaikumsalam.." balas tuan kedai itu,mesra.

"Uncle..Saya nak hidangan biasa,ya?Makan sini.." pinta Hanis lalu duduk disalah satu kerusi.Tuan kedai itu mengangguk.

Hanis membaca novel Dia Aku Punya,hasil karya Naqiu yang dijumpai diatas meja kopi.Hanis melayan novel itu.Hmm..Sedap jugak novel nk..Best gilerrr!! ; )

Ting ting!!

Loceng kedengaran apabila pintu masuk dibuka.Ada seorang lelaki masuk.Hanis tidak ambil peduli. Dia meneruskan pembacaan sementara menunggu hidangan yang dipesannya.

Lelaki itu duduk berhadapan dengan kerusi Hanis.Lelaki itu bermain telefonnya.Topi yang dipakai oleh dia menutup mukanha kerana dia sedang menunduk.

Chit! Chit!

Telefon Hanis berbunyi menandakan ada mesej masuk.Hanis memeriksa penghantar pesanan Whatsaap itu.

Hmm..Takde dalam senarai kenalan.

"Hai,Hans!" ---Unknown

Hanis menutup semula telefonnya.Malaslah nak balas.Dia tak kenal penghantarnya.Siapa lah yang hantar mesej tu..Siap tahu nama dia lagi..

"Hans!Kenapa tak balas..?Ni aku lah..Qai!"---Unknown

Hanis membaca mesej itu...Qai??Macammana dia dapat nombor telefon aku?

" Qai..Kau ke ni..?"---Hans

" Iyalah..Takkan aku tipu pulak.."---Unknown

Macam mana Qayyum boleh ada nombor aku sedangkan aku tak pernah beri nombor aku..

"Mana kau dapat nombor ni?"---Hans

......

" Qai..Jawablah!!Qayyum!!"---Hans

.....

Masih tak berjawab.Hanis sudah naik angin.Kerana terlalu geram,Hanis melemparkan novel yang ada atas kerusi sebelahnya.Niatnya mahu melempar atas meja tapi tak sangka pula sebab terlalu marah,buku itu terlempar kuat sampai terkena kepala lelaki bertopi tu.

Lelaki itu mendongak,mahu cari gerangan yang takde adab tu.Hanis juga memandang lelaki itu.Ketika mereka saling berandangan,mereka sama sama tersentak.

Dia...!!

"Hans..!?" hanya itu yang terkeluar dari mulut Qayyum.

"Apa kau buat kat sini,Qai?Dan macam mana kau dapat nompak aku?" tanya Hanis tergagap gagap.

Qayyum tayang sengih.

"Intan yang bagi.."

Ha!?Intan yang bagi?Bertuah punya kawan!!Kau tak tahu ke akj tak suka beri nombor kepada orang lain..lebih lebih lagi berjantina lelaki.Ni rasa nak lempang orang ni..

Fikiran Hanis dapat dibaca oleh Qayyum.

"Hans..Kau janganlah marah Intan..Sebab aku yang paksa dia bagi nombor kau.." terang Qayyum. Mungkin dia takut Hanis akan marah marah Intan sedangkan Intan tak bersalah.Innocent girl!

"Hmm..Yalah yalah.."

Qayyum tarik senyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience