PROLOG

Romance Series 2936

"Aku ada..Tiga per..Permintaan..To..Tolong tunaikan per..Permintaan aku ni.." Qai mengangguk laju.Beberapa titisan jernih keluar dari tubir matanya kerana melihat Hans tersiksa begitu.

"Permintaan aku yang pertama..Tolong..Maafkan segala kesalahan aa..aku.." Qai mengangguk laju.

"Ya,Hans..Aku akan maafkan..Tapi,akulah yang sepatutnya meminta maaf pada kau sebab aku banyak sakitkan hati kau,Hans.." balas Qai,sebak.Hans dihadapan matanya ini kelihatan menderita..Pakaiannya basah dipenuhi darah merah..Luka diperutnya tidak berhenti dari mengeluarkan darah.

"Yang ke..kedua..Aku harap..kau akan bahagiakan adik dan ibu aku..Tolong jaga mereka untuk aku..Se..Sebab aku dah tak mampu untuk buat..se..semua tu..Uhuk!Uhuk!!" darah merah keluar dari mulut Hans.Seorang doktor dan beberapa orang jururawat mahu menolak penyorong untuk masuk kedalam satu bilik tapi dihalang oleh Hans.

"Aku nak..Kau akan bahagiakan ibu dan adik aku..Sebagai mana kau gembirakan mama kau.." sambung Hans terputus putus macam tak cukup oksigen.

"Ya,Hans..Aku janji..!!!"ucap Qai bersama air mata yang tidak dapat dibendung lagi

" Permintaan terakhir aku..Tolong lupakan aa..aku..Tolong berhenti daripada mencintai dan menyayangi aku..Tolong hapuskan aku dari hidup kau..Tolong anggap yang aku..tak pernah hadir dalam hidup kau..Dan..Tolong berbahagia bila aku..tiada nanti.."

Qai menggeleng.

"Tak boleh Hans!!Aku tak boleh tunaikan Permintaan terakhir kau..Aku..Aku tak kuat tanpa kau..Sebab,aku mencintai kau..Dari dulu,sampailah sekarang!Cinta aku pada kau tak pernah padam!

Aku mintak maaf kerana selama ini aju banyak menyakiti hati kau..Aku buat begitu kerana aku cemburu..Aku sakit hati bila nampak kau macam tak sedih dengan apa yang terjadi antara kita..

Jadi aku buat kau sakit hati..Maafkan aku..Kerana menipu tentang perasaan aku pada kau..Aku cakap,aku tak cintakan kau..Aku sebenarnya cintakan kau,Hans!" ucap Qai,ikhlas.Air matanya merembes rembes keluar.

"Qq...Qai..Tolong berhenti daripada mengingati aku. Tolong lupakan aku dan anggap aku tak pernah ada.." kata Hans sebelum dia kaku tidak sedarkan diri.

Qai terdiam.

Qai menggoncangkan tubuh Hans.Hans tipu!!Dia hanya tidur..Dia masih hidup..

"Hanis..Hanis..!!" jerit Qai,dia menampar pipi Hans lembut.

"Hanis..!!Hanis...!!!!"

penyorong itu ditolak kedalam bilik yang dikhaskan.Qai jatuh terduduk.Dia meraup mukanya berkali kali.Tidak...Hans dah takde..Maafkan aku,Hans..Aku gagal Hans..Aku gagal jadi yang terbaik dalam hidup kau...

Maafkan aku..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience