Bab 6

Romance Series 2936

Qayyum berjalan dilaluan pejalan kaki di Bandar Belia.Angin sejuk yang menyapanya membuatkan Qayyum menggigil.

Malam itu,Qayyum terasa mahu makan sushi di Restoran Jepun.Dia menghayunkan kaki ke kedai yang menjual makanan kegemarannya itu.

Qayyum memandang hidangan didalam mangkuk itu disebalik kaca penyimpanan.Banyaknya pilihan!Mana satu patut Qayyum pilih?!

"Uncle,bagi yang ni dan yang ni ya?Bungkus!" pinta Qayyum kepada penjual.Penjual yang sudah tua itu mengangguk.

Qayyum duduk dibangku berkusyen empuk.Sudah lama dia tidak berkunjung kesini.Sebenarnya, dulu dia pernah tinggal berhampiran kedai ini.Oleh itu,dia sering kesini jika teringin makan sushi.Selepas itu,keluarga Qayyum berpindah kerana ada urusan kerja.Dua bulan selepas itu,ayah kepada Qayyum iaitu Encik Zaid telah terlibat dalam kemalangan jalan raya.Ayahnya meninggalkan ditempat kejadian.

Sekarang,tinggallah Qayyum berdua dengan ibunya,Puan Maria.Mereka memutuskan untuk berpindah kesini semula.Sebenarnya,Qayyum tidak berapa bersetuju dengan semua ini kerana dia mempunyai kisah silam yang membuatkan dia berasa takut untuk kembali kesini..

"Uncle,Rustic Marmalade Ball tu apa?" tanya Qayyum tiba tiba semasa dia membaca menu besar yang dilekatkan didinding.

"Oh!Itu adalah bebola kuning keemasan.Bebola tu perlu digoreng terlebih dahulu sebelum disiram sos." beritahu pakcik tua itu sambil melakukan tugasnya.

"Apa yang ada kat dalamnya?"

"Ada marshmello kat dalam bebola rangup tu..Resepi ni dari Wilayah Utara tau.." balas pak cik tua itu pula.

"Sedap ke?"

"Sedaplah..Sampai tiap tiap hari ada seorang budak perempuan ni datang beli makanan ni.."

Qayyum hanya mengangguk tanda mendengar. Budak perempuan..Siapa?

"Uncle tahu nama dia?" tiba tiba Qayyum berasa ingin tahu pasal perempuan tu.

"Uncle manalah tahu sebab tak pernah tanya.." apalah aku ni!Tanya soalan bodoh. Qayyum menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Yang uncle tahu,perempuan tu bertudung..Hmm,agak rendah sikit daripada kamu..Dan.."

"..Dan..??" tanya Qayyum tidak sabar.

"Dia bergaya macam lelaki.Kasar orangnya!" pernyataan lelaki tua itu meyakinkan Qayyum bahawa Hanis lah orangnya.

Tanpa sedar,Qayyum tersenyum.

"Kalau macam tu,bagi saya hidangan tu.." pinta Qayyum.Tuan kedai itu mengangguk.

"Uncle..mengapa saya berasa sunyi dan kosong tanpa dia?" tanpa sedar,Qayyum bertanya.

"Hmm..Siapa orang yang kamu maksudkan?"

"Kawan saya..Nama dia Hanis.."

Tuan kedai itu tersenyum nipis.

"Rasa sunyi tu,bermakna kita tak bahagia tanpa dia..Rasa kosong tu,bermakna kita sepi menjalani hari hari kita tanpa dia.." jawab tuan kedai itu,lembut.

Qayyum mengerutkan dahi tanda tak faham.

"Tapi..Kenapa boleh jadi macam tu?"

"Sebab kita memerlukan dia dalam hidup kita..Kerana kita menyimpan rasa cinta terhadap dia.." Qayyum diam tak berkutik.

Aku memang tengah sunyi tanpa Hanis disisi.Hanya Hanis yang dapat buat aku ketawa dengan happy...Tapi,aku masih tak pasti tentang perasaan aku terhadapnya..Dan aku juga tak pasti,apakah kedudukan aku dalam hati Hanis...Tapi yang pasti,aku benar benar sunyi tanpa dia..

Hans,aku merindui kau...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience