Bab 8

Romance Series 2936

Hanis jatuh terduduk.Qayyum menggelabah.

"Hans!!Kau kenapa ni!?" tanya Qayyum,cemas.

"Hanna tak boleh datang balik!!Hanna tak boleh datang semula,Qai!!"Jerit Hanis sambil meraup mukanya berkali kali.Qayyum menjadi keliru.

" Kejap..Kejal..Siapa Hanna sebenarnya??"Hanis menggeleng geleng.

"Qayyum!Tolong beritahu aku yang ni semua hanyalah mimpi!Semua ni tak betul,kan!?" kata Hanis tanpa menghiraukan pertanyaan Qayyum.

"Qayyum cuba menenangkan Hanis.Hanis berdiri lalu memakai baju luarnya.Kemudian dia menutup kepalanya dengan hood baju itu.

Hanis berjalan laju meredah hujan lebat.Qayyum mengejar dari belakang.Sekali tengok dah macam Bollywood..Sorang berlari,sorang lagi mengejar..Dalam hujan pulak tu..Memang drama habis!

Tiba tiba badan Hanis dirempuh oleh seseorang.Hanis jatuh dan kepalanya terhentak pada pembahagi jalan.Qayyum yang melihatnya cepat cepat mendekatinya.

Hanis menggosok gosok kepalanya yang terasa sakit.Qayyum lega kerana Hanis tidak tercedera.Qayyum mahu membantu Hanis bangun.Tangan Hanis dipegangnya.Namun cepat cepat Hanis menepis.Mana boleh pegang pegang!

" Aku nak tolong kau saja..!"Qayyum duduk bertinggung dihadapan Hanis.Hanis memandang Qayyum yang basah tanpa payung.Hanis cuba untuk bangun sendiri.Sekali lagi Qayyum memegang tangan Hanis untuk membangunkannya.

"Jangan sentuh!Haram lah!!" marah Hanis lalu menjauhkan diri daripada Qayyum.Hanis bangun lalu berjalam dua langkah kemudian dia jatuh semula.Kakinya sakit!Tergeliat..

Qayyum memegang kaki Hanis,mahu periksa keadaannya.Hanis yang sememangnya anti dengan lelaki terut menendang dada lelaki itu.

Qayyum mengerang sakit.

Hanis cuba lagi.Kali ini dia berjaya berjalan tanpa pertolongan Qayyum.Tiba tiba pandangan Hanis berpinar pinar.Dia jadi sukar bernafas.Dia sesak nafas!Qayyum cemas melihat Hanis begitu.Qayyum tidak tahu apa yang patut dibuat.

Hanis jatuh pengsan.

Tidak lama kemudian,dia tersedar semula.Tapi bukan dengan nama Hanis.Tapi..Sebagai HANNA.

"Apa kau buat kat sini,hah!?" Gadis itu memandang Qayyum,tajam.Dia bangun.Kesakitan masih terasa tapi dibiarkan saja.Qayyum turut bangun sama.

"Tadi ada orang langgar kau,Hans..Jom aku hantar kau balik!" pelawa Qayyum tanpa sedar bahawa gadis didepannya itu bukanlah Hanis.Dia Hanna!

"Jantan bodoh!!Kan aku dah beritahu kau yang aku Hanna!Bukan Hanis ataupun Hans!Kau dah gila ke!!?" tengking gadis yang Qayyum sendiri tidak pasti siapa orangnya.Sekejap kata Hanis..Kemudian Hanna!Erghhh!!Pening betul!

"Hanis..."

"Aku bukan Hanis,gila!!" tengking gadis itu lagi.Qayyun terfikir sesuatu.Ini..Hanna,kan!?

"Kau..Hanna..!?" tanya Qayyum dengan teragak agak.Gadis itu tersenyum sinis.

"Bagus!Baru faham rupanya.."

"Hanna..Jom aku hantar kau balik.." ajak Qayyum.Biarlah siapa pun dia ni.Hanis atau Hanna.Qayyum mahu hantar dia pulang.Qayyum risaukan keselamatan gadis ini.

"..Balik??Balik ke mana!?" tanya Hanna,kasar.Qayyum garu pipinya.

"err..Balik ke rumah kau lah.." balas Qayyum.Hanna mengulum senyum sinis.

"Sejak bila pulak aku ada rumah?Aku takde rumah.." ujar Hanna sambil memusing kebelakang.Mahu cabut lari lah tu..!

Perlahan lahan Hanna melangkah pergi.Dengan pantas,Qayyum menangkap tangan Hanna.Hanna menoleh dengan riak wajah yang sukar ditafsirkan.

"Lepaskan aku..!!" keras nadanya.Qayyum menggeleng.

"Tak!Aku takkan lepaskan kau..Hanna!!"

Hanna mendengus kasar.Dia cuba melepaskan pegangan kemas Qayyum.Namun Qayyum lebih kuat.Pegangan itu tidak juga terlepas.

"Jangan sampai aku sakitkan kau!!" ugut Hanna pula.

"Apa yang kau ada untuk sakitkan aku,Hanna?!Gigit tangan aku lagi!?" balas Qayyum sambil membalas pandangan Hanna.Pandangannya tajam menikam.

"Kau jangan buat..." bicara Hanna dipotong.

"...Buat kau marah?Huh!Kenapa pulak tak boleh buat kau marah?Tiap tiap hari Hanis akan marah.." kata Qayyum,tenang.

Hanna merengus.

"Sekarang,ikut aku!!Kau kena balik rumah!Kau tak boleh keluar dengan nama Hanna!Kau bukan Hanis!!" kata Qayyum,serius.

Tangan Hanna ditarik kasar.Kaki dihayunkan kearah tempat yang dituju.Hanna yang menjerit sakit tak diendahkan..Keselamatan gadis ini lebih penting.

Akhirnya Hanna hanya akur.Semakin dia meronta,semakin sakit dia..

TING!! TONG!!

Qayyum menekan loceng rumah Hanis.Pintu dibuka lalu kelibat seseorang kelihatan.Dia berjalan ke arah pintu pagar.

"Assalamualaikum,aunty.." ujar Qayyum sambil memandang ibu Hanis,Puan Zafia.

"Waalaikumsalam..." balas Puan Zafia.Puan Zafia memang dikenali ramai.Dia amat baik hati dan disenangi ramai.Dia lah yang selalu menghulurkan bantuan kepada insan yang memerlukan.

"Aunty,saya hantar Hanis balik.." kata Qayyum lalu menolak tubuh Hanna kedepan.Hanna menoleh kearah Qayyum dengan mata yang terbuntang.Tahu lah Qayyum yang Hanna tak senang dipanggil Hanis.

"Hanis.."

"err..Aunty,sebenarnya Hanis mengaku dirinya sebagai Hanna..Sejak pagi tadi lagi.." beritahu Qayyum.

Puan Zafia kelihatan terkejut.

"Ha..Hanna..??"

"Awak ke ni,Hanna?" tanya Puan Zafia.

"..Hai,aunty..." Hanna tersengih lalu mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience