Bab 4

Romance Series 2936

Hanis mengeluarkan bekal dari bawah mejanya.Apa makanan kat dalam pun Hanis tak ambil tahu sebab dia tak bersaraparan kat rumah tadi.

Qayyum memerhati Hanis.

Apabila Hanis bangun,Qayyum pun bangun.Apabila Hanis duduk balik,Qayyum pun ikut duduk jugak.Hanis bangun dan berjalan Kemudian dia berhenti kerana langkahnya asyik diikuti.

"..Errgghhh!!Kau nak apa,hah!?" jerit Hanis,geram.Dia tidak dapat bertahan lagi dengan lelaki yang bernama Qayyum ni.

"..Aku tak nak apa apa pun.." jawab Qayyum sambil tayang sengih.

"Habis?Kenapa kau asyik ikut aku?Pergilah kat budak lelaki tu!" suruh Hanis sambik menundingkan jari kearah sekumpulan budak lelaki ditangga.

Qayyum ikut memandangnya.

"Tak mahu.." ujar Qayyum sambil menggeleng gelengkan kepalanya.

"Tapi..Aku nak rehat dengan Intanlah.." kata Hanis sekali gus nak hambat Qayyum.Qayyum pula buat tak faham.

"Tak mengapa..Sebab ada sorang lagi budak lelaki..Bukan aku sorang je.."kata Qayyum sambil membiratkan senyum nakal.

".. Lelaki??Siapa..?"

"Tak payah tahulah..Sebab kau dah tahu Sebenarnya.."

"Hishh!!Kau ni janganlah main main!Siapa lelaki yang kau maksudkan!!?" Hanis bertanya geram, kerana Qayyum seolah olah mempermainkan dirinya.

"Kau lah.."

"Ha!Aku..!?" Hanis menundingkan jari kearah dirinya sendiri.Qayyum mengangguk.Hanis terkelip kelip mendengar jawapan Qayyum.

"Ya..Kau lah lelaki tu..Jangan nak buat tak tahu sabab kau sendiri tahu..Maksudnya.."

Apa yang Qayyum cakap ni?Aku tak fa..Eh!Maksud dia..Aku ni lelaki,sebab gaya aku yang kasar ni macam lelaki?Macam tu?Kalau ya,bagus lah!

"Hmm..Whatever!" Hanis menghayunkan kakinya kearah Intan yang sedang memasukkan buku kedalam beg pink nya.

"Lambat lah kau ni,Intan!" Hanis menepuk kuat bahu Intan.

"Sabarlah..Aku kan nak simpan buku ni.." balas Intan tanpa memandang Hanis.

Hanis menjeling..Sinis sikit..

"Lain kali,jadi lah macam aku.Bijak..10 minit sebelum masa tamat,aku dah simpan semua buku..Walaupun cikgu masih mengajar kat depan.."Kata Hanis,bangga.

" Hurmm..Tu bukan bijak namanya Hans!Tu namanya tak ada adab..Kita ni perempuan.. Mana boleh buat macam tu..Kalau tak.."kata kata Intan dipotong laju oleh Hanis.

"Ah!Sudahlah!!Aku peduli apa orang nak cakap aku takde adab!Dah memang aku selesa macam ni..Diorang semua tak boleh nak halang!" Tukas Hanis,tenang.

"Hmm..Kalau kau sendiri dah cakap macam tu,apa lagi yang boleh aku buat..?" kata Intan perlahan lalu menoleh kearah Hanis.

"Eh!Qai pun ada sekali rupanya..Sorry lah,saya lambat.." kata Intan lalu tersenyum.

Qayyum membalas senyuman itu.

"Takpe..Saya tak kisah pun..Intan,saya nak tanya..."

"Hoi!Banyak pulak benda yang kau nak tanya..Masa rehat dah nak habis ni.." celah Hanis lalu menarik tangan Intan supaya mengikutinya.

Qayyum dibelakang mendengus geram.

********************

Mereka sampai dibangku dibawah sepohon pokok yang rendang.Intan pergi beli makanan dan minuman.Hanis suruh Intan belikan air milo untuknya.

Hanis melabuhkan punggung disalah sebuah bangku.Penutup bekal dibuka.Didalamnya ada 2 keping roti sandwic.Yummy!!

Hanis mengambil satu daripadanya.Mulut dibuka luas luas..Aaaa...Eh!Lupa pulak ada orang lain dihadapannya.

Ngap!Hanis menggigit sandwic tu.Qayyum hanya memandang tanpa suara.Tanpa sedar,dia menelan air liur yang hendak meleleh..Sedapnya tengok Hans makan.

Enak sungguh Hanis menikmatu bekalannya.Sedapnya..Qayyum hanya sekadar menelan liur.Kruttt...Perut mula berbunyi akibat tindak balas otak yang dah beribu ribu kali menjerit.

Aku lapar!Aku nak sandwic juga!

' Apasal mamat ni jeling jeling aku!?Dah lama hidup ke!?Nak mampus ni!Eh,dia tak beli makanan ke?Apa ke sengalnya mamat ni..Pergilah beli makanan kat kantin..!'guman Hanis dalam hati.

"Apasal tak makan?Diet ke!?" sengaja Hanis berkata begitu.Malas nak pelawa Qayyum makan sekali.

Qayyum tidak jawab.

"Nah!" berani kau tunjuk muka kesian kat aku.Sandwic disuakan kepada Qayyum.

Qayyum mendongak memandang Hanis.Dengan kelopak matanya yang terkebil kebil macam tak percaya tu,dia terus memandang Hanis.

Hans ajak kongsi makanan dengan aku!?Gosh!!Gadis ni penuh dengan kejutan.Sungguh Qayyum tak sangka.

"Makanlah.."

"Er.." Qayyum nampak masih terkejut.Tak tahu macam mana nak terima pemberian Hans.

"Woi!!Kau pekak ke!?Aku suruh makan tu,makan jelah!"

Terangkat tubuh Qayyum apabila digertak begitu.Ngaa!!Hans ni pelawa ke paksa ni..Seram betul!

"ermm..Tak apalah..Kau makan sajalah,Hans!Aku tak lapar!" Qayyum berkata begitu kerana tak nak bagi nampak sangat yang dia sebenarnya mengharap.

Eh,budak ni!Orang pelawa, dia jual mahal pulak!Nak kena lah tu!!

"Aku tak kira,aku dah suruh makan tu,makan jelah!Apasal nak melawan?" Hanis menjegilkan biji matanya.

"Tapi..."

"Makan jugak!Aku tak peduli!!"

Grrr...Gila betul paksa orang makan.Akhirnya sandwic tu diambil juga.Hanis hanya memerhati Qayyum.

Qayyum pejam mata menikmati keenakan rasa sandwic berinti salad dan tunaPenuh satu mulutnya.

"Tsedapnyer...(sedapnya).." mulut yang penuh dengan makanan tu tersenyum bahagia sambil mendongak ke langit.

Hanis tersenyum tertarik.

Dia terus memandang wajah Qayyum.Comelnya cakap macam tu sambil tersenyum.Mesti ramai yang tak percaya yang mamat ni comel bila buat angelic face macam ni..

"Tehima hasehhh,Hangs!Hahat tsetap!!"Dahi Hanis berkerut cuba memahami apa yang sedang Qayyum cakapkan.Namun dia gagal..Bahasa apa yang dia pakai ni..?Tak reti reti nak habiskan makanan dalam mulut dulu?

" Hei!Kau makan macam itik gelojoh yang kelam kabut nak habis kan makanan.Habiskan makanan dalam mulut tu dulu sebelum nak bercakap!!"

Muka Qayyum berubah kelat.Direct gila Hans ni kritik orang.

"Apa yang kau cakap tadi,Qayyum?"

Qayyum menelan semua makanan dalam mulutnya sebelum berkata.

"Terima kasih,Hans..Sangat sedap!" jawab Qayyum Separuh geram setelah dikritik tadi.

Hanis tersenyum sinis.

"Kalau kau terfikir nak nampak comel dengan gaya tadi,baik lupakan saja..Aku tak perlukan orang yang comel untuk duduk disebelah aku didalam kelas."

"Siapa yang nak nampak comel..?Orang macam aku ni bukan dipanggil comel tapi hensem!!"

"Woi Si Perasan!!"

Erghhhh!!Hanis dah melampau ni..Tadi panggil aku mamat..Sekarang panggil Si Perasan pulak..Lepas ni apa?Bangla kat stesen minyak??!!!

"Nama aku Qayyum Asyraff!!" tingkah Qayyum dengan tegas sambil berdiri dan bercekak pinggang.

"Siapa yang peduli..!?"

"Jangan panggil aku Si Perasan!!" tegas Qayyum lagi.

"Biarlah..."

"Arghhh!!!" Qayyum bengang.Hanis tersengih kecil.Kelibat Intan kelihatan.

"Qayyumm.."

"Salah tu!!" potong Qayyum.Sekejap Hanis berasa pelik..Kenapa dengan Qayyum ni..Tadu bukan main nak aku panggil nama sebenar dia..

"Habis...!!!??"

"Qayyum tu terlalu panjang!Panggil aje Qai!" suruh Qayyum.Hanis mengangguk perlahan..Okeylah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience