BAB 4

True Story Completed 4954

BAB 4
“ Betul kau nak ikut apa yang aku suruh? Kau nak kalau aku serahkan badan kau dekat orang lain?”.
“ Ain sanggup Ayah Su”.
“ Maknanya kau tak perlukan duitlah kan? Ayah Su bercadang untuk letak gambar kau dekat internet. Duit hasil kau bersama dengan lelaki yang nak khidmat kau, akan jadi hak Ayah Su”.
“ Kalau macam tu yang Ayah Su nak, Ain terima”.
“ Okey, Ayah Su tak akan kunci pintu rumah ni tapi bukan untuk hari ini”.
“ Jadi, bila?”.
“ Kau sabar dulu, Ayah Su tengah cari jalan”.
“ Terima kasih, Ayah Su!”.
Rasa gelisah dan Ain hanya mampu melihat pintu-pintu dan tingkap dikunci dengan manga. Sudah hampir tujuh tahun dia terkurung di dalam rumah, Ain belum juga dapat melihat suasana kehidupan di luar. Adakah Ain masih ingin patuh dengan arahan bapa saudaranya itu?
“ Aku yakin, aku akan keluar dari sini!”.
Ain tidak melakukan apa-apa di dalam rumah itu, pemandangannya terhad dan hanya tertumpu kepada ruangan rumah itu sahaja. Makanan juga jarang disentuh olehnya kerana dia tidak diizinkan untuk menyentuh satu pun makanan di rumah itu kecuali apabila bapa saudaranya itu berada di rumah.
“ Seronoknya jadi orang lain yang ada ibu dan ayah”.
Kata-kata itu sering diucap dari bibir Si Ain setelah pemergian orang tuanya beberapa tahun lalu. Nek Amel tidak menjaganya? Kenapa tidak dibawa ke rumah anak yatim sahaja? Arwah ayah Si Ain yang menitipkan pesan untuk Ahmad menjaga anaknya sekiranya dia dan isterinya sudah tiada.
“ Mama, Ain rindu mama…”.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience