BAB 2
“ Ayah Su tengoklah seorang, Ain sakit perut”, ujar Ain sambil menyerahkan CD itu.
“Sial!!! Kau…kau…”. Ahmad tak dapat melanjutkan perkataannya kerana kemarahan yang dirasakan tidak dapat ditahan.
“Ain sakit perut sebab datang bulan”, terang Ain lagi.
“ Ayah Su, tolong faham…tolong…”, hanya itu yang dapat dikatakan Ain saat Ahmadd mencekik lehernya.
“ Aku suruh kau telan pil tu kan? Kenapa kau tak telan?”, marah Ahmad.
“ Kau nak mati? Kau nak lari dari aku? Masih berani kau melawan aku?”, tanya Ahmad yang semakin membara kemarahannya dan tangannya masih mencekik leher gadis itu.
“ Ain lupa nak makan”, jawab Ain terputus-putus nafasnya.
Ahmad melepaskan tangannya dari leher Ain.
“Esok kau jangan makan apa-apa pun! Faham?”.
“Baik ayah Su!”.
Suasana menjadi tegang, Ahmad mengheret Ain keluar dari biliknya. Ain menangis tanda bersyukur, entah sudah berapa kali dia tidak berjaya keluar dari masalah itu tapi malam ini dia lolos daripada perbuatan keji bapa saudaranya itu.
“Terima kasih mama dan baba selamatkan Ain!”.
Ain tersenyum lebar meraih kebebasannya pada malam itu walaupun cuma suatu kegembiraan seketika buat dirinya nanti akan terjadi Kembali saat menyakitkan itu.
* * *
“Ain, kau nampak tak CCTV tu? Kalau kau curi makan atau minum, siap kau!”.
“Ayah Su tolong izinkan Ain minum air!”, rayu Ain ketika Ahmad sedang rakus menjamu selera.
“Aku izinkan kau minum air tapi dengan syarat setiap kali aku ajak kau main jangan sesekali kau menolak, boleh?”.
* * *
“Ain tahu tak pasal Islam? Ayah Su ajar Ain solat? Ain kena solat sebab Ain orang Islam”.
“Ain tak tahu pun pasal Islam”, jawab Ain ringkas.
“Islam tu agama kita tapi kalau Ain tak solat, Ain tahu tak apa hukumnya?.
“Opah, ayah Su tu pun Islam macam kita ke? Sebab Ain tak pernah tengok dia solat”, balas Si Ain.
Share this novel