BAB 16

True Story Completed 4954

BAB 16

“ Kita makan sini ya!”.
Asyraf membuka pintu dibahagian pemandu kemudian dia menuju ke sebelah kiri pintu kereta.
“Ini tempat lepak abang! Abang selalu datang sini, lepas gian”.

Mereka berdua masuk ke dalam pusat karaoke di bandar raya Kuala Lumpur. Selepas membuat tempahan bilik karaoke dan makanan, Asyraf membawa Ain memasuki ruangan itu.
“Have a sit!”.
Ain masih canggung berdiri dan agak ketakutan.
“Takut ke? No worries, kita menyanyi je”.

“Menyanyi? Wori? Apa tu? Saya kurang faham encik Asyraf”, ucap Ain.
Asyraf tergagap-gagap menjelaskan makna perkataan itu kepada Ain, gayanya itu seperti lagak guru yang mencuba memahamkan anak muridnya dan Ainlah anak muridnya itu.
“Mana cucu Opah?”.
“Ain, Ain dia ada tuisyen!”, jawab Ahmad.

“Patutlah tak ada, Opah telefon kamu tak angkat. Ain tuisyen dekat mana?”, tanya Nek Amel kepada Ahmad.
“Saya ada kerja tadi, kejap lagi baliklah tu. Saya daftar tuisyen dekat sini je, kejap lagi cikgu dia hantar balik”, ujar Ahmad sambil memimpin tangan Nek Amel.
“Kejap ya, saya buat air!”.

Ahmad berasa sangat cemas dengan kehadiran Nek Amel, dia segera menelefon Asyraf.
Alza Asyraf tiba di perkarangan rumah Ahmad, Ahmad segera meluru ke arah kereta itu. Ain segera turun dari kenderaan itu sebaik sahaja bapa saudaranya datang membuka pintu kereta di bahagian tempat duduknya.
“Duit bank in!”.

“Kenapa ayah Su buka pintu? Ayah Su ni apa?”, soal Ain.
“Kau jangan banyak cakap, Opah kau ada dalam rumah! Aku cakap kau pergi tuisyen”, ujar Ahmad perlahan.
“Cucu Opah dah balik? Lama Opah tunggu, baru balik tuisyen ke? Belajar biar rajin tau!”, kata Nek Amel sambil memeluk mesra Si Ain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience