BAB 7
“Encik Asyraf?”.
'Ini masa aku untuk larikan diri, tapi aku nak ke mana?', bisik hati kecil Ain.
“Allah! Mengantuknya. Ehh, mana budak tu?”, Asyraf berbicara sendiri dan terus bangkit dari tempat tidurnya menuju ke tandas.
“Ish, macam mana ni! Aduh!”, itulah kata-kata akhir yang keluar dari mulut Ain sebelum dirinya jatuh terpelesek di tangga, Ain mengaduh kesakitan kerana kakinya tidak boleh berpijak seperti biasa.
“Eh, kamu buat apa tu? Sakit ke? Sakit di mana nak? Aduhai, anak…”, omel bibik Alya yang merupakan pembantu rumah Asyraf, dia mengangkat Ain menuju ke ruang tamu dan meletaknya ke atas sofa.
“Terima kasih kak”.
“Kamu ini siapa? Pencuri?”, soal bibik.
“Saya kawan encik Asyraf , maksud saya ermm…kawan. Kakak ni isteri encik Asyraf?”, tanya Ain kepada bibik Alya dalam ketakutan, dia takut akan dimarahi perempuan itu.
Asyraf segera meluru ke ruang tamu sebaik sahaja melihat sosok Ain di situ. Asyraf kehairanan melihat bibik menyapukan minyak di kaki Ain dan dia segera bertanya kepada pembantu rumahnya.
“Ada apa ni Cik Ya?”, kata Asyraf yang masih kelabu dengan peristiwa yang berlaku, bibik Alya pun menerangkan kejadian yang menimpa Ain lalu dia meninggalkan ruang tamu itu bersama kotak kecemasan.
“Ain nak pergi mana?”.
“Saya nak lari. Encik, saya tidak sanggup duduk rumah Ayah Su”, jelas Ain.
“Ain, abang cuma pelanggan. Kalau apa-apa jadi dekat Ain, abang kena bertanggungjawab tau!”, ujar Asyraf dalam nada yang sangat marah.
“Encik suruh Ayah Su lepaskan saya, saya janji saya akan buat apa yang encik suruh. Saya redha jadi pembantu rumah macam kak Alya”, kata Ain lagi merayu kepada Asyraf supaya dirinya tidak dihantar pulang. Asyraf merasa sedih mendengar kata-kata gadis itu tapi dia tidak dapat berbuat apa-apa.
“Ain budak bawah umur”.
“Kalau mak ayah Ain ada lagi, Ain tak jadi macam ni!”, rintih Ain.
Asyraf mencapai tisu di atas meja dan memberinya kepada Ain. Asyraf cuba untuk tenangkan Ain.
“Lepas dua tahun lagi, Ain datang sini kerja dengan abang. Dua tahun lagi Ain dah 18 tahun”, terang Asyraf lagi supaya Ain tidak berhasrat untuk larikan diri.
“Tuan, bibik rasa tuan patut serahkan budak tu dekat balai polis. Kesian dia, hidup sebatang kara macam tu. Bibik rasa tuan patut kahwin sama dia”, kata bibik Alya sambil mencuci pinggan di dapur, Asyraf termenung seketika mendengar kata-kata bibik itu tapi tak mungkin dia ingin berkahwin dengan Ain yang masih mentah.
“Macam mana?”.
“Okey, encik Asyraf baik”, ujar Ain.
“Kau tahu tak kau dapat berapa? Sikit je tahu! Tak sampai seratus”, ujar Ahmad kerana bengang dengan Ain yang tak dapat memberinya keuntungan.
“Encik Asyraf tak buat apa-apa sebab tulah dia bagi seratus, encik Asyraf tawarkan Ain kerja dekat rumahnya bila Ain dah capai 18 tahun bolehkan Ayah Su?”, balas Ain pula sambil menatap ke wajah Si Ahmad yang sedang kemerahan akibat menahan marah.
“Tak payah!”.
“Bolehlah Ayah Su, Ain janji akan bagi Ayah Su duit”, rayu Ain.
“Kau nak kerja apa dekat rumah dia? Pembantu rumah? Duit gaji pembantu rumah tak cukup!”, balas Si Ahmad dalam nada yang sangat marah.
Ain hanya mampu tertunduk mendengar amarah bapa saudaranya itu. Dia sudah buntu untuk mencari jalan keluar dari rumah itu, Ahmad meninggalkan Ain sendirian dan menuju ke biliknya.
Share this novel