BAB 13
Ahmad bingkas bangun dari katil lalu menerpa ke arah Ain.
Rambut Ain yang separas pinggang ditarik sekuat hati, Ain hanya mampu menahan kesakitan. Ahmad menarik rambutnya dan seraya bertanya kepada Ain akan tujuan gadis itu berdiri di sebelah almarinya itu.
Ain membohongi bapa saudaranya itu dengan mengatakan bahawa dia sakit perut dan mencari ubat atau minyak angin sahaja. Pada mulanya Ahmad tidak percaya akan kata-kata yang keluar dari bibir budak perempuan itu tapi disebabkan dirinya juga tidak menemui bukti yang teguh untuk menyalahkan anak saudaranya itu jadi dia terpaksa menerima alasan tersebut sebulat-bulatnya.
Ahmad segera melepaskan tangannya yang mencengkam rambut Ain.
“Awas ya, sekali lagi aku tengok kau dekat lemari aku ni nahas kau!”.
Ain masih terkulat-kulat di situ sambil memerhati gerak-geri Ahmad.
Ahmad merebahkan kembali badannya di atas katil dan Ain membuntuti Ahmad.
***
“Kau bersiap cepat sebab kejap lagi ada orang datang”.
Ahmad menghulurkan sepasang baju yang masih kemas di dalam plastik kepada Ain.
Ain hanya mengangguk faham sambil menerima bungkusan plastik itu lalu menuju ke biliknya.
“ Hello! Jadi eh malam ni? Duit deposit jangan lupa, bank in dalam akaun aku”.
Ain yang telah siap mengenakan baju yang diberikan oleh bapa saudaranya itu, turun ke ruang tamu dengan penuh rasa hiba. Apa nak jadi, jadilah…
“ Bagus!”.
“ Ayah Su, siapa yang akan datang? Opah ke?”, soal Ain.
Belum sempat Ahmad menjawab tiba-tiba kedengaran deruan enjin kenderaan di halaman rumah itu dan Ahmad bingkas bangun daripada sofa untuk melihat gerangan kenderaan itu.
Ain bertambah hiba apabila yang datang pada saat itu bukanlah orang yang dikasihinya tetapi yang hanya ingin melepaskan nafsu sahaja. Ahmad memperkenalkan Ain dengan lelaki itu, usianya hanya belasan tahun tetapi sudah mampu mendapatkan apa yang diingininya.
“ How old are you? You look like someone I have seen”.
“ Awak cakap bahasa apa? Saya tak faham, awak tak pandai Bahasa Melayu?.
“ Saya… saya tahu Bahasa Melayu, awak tu yang tak pandai Bahasa Inggeris. Awak sekolah ke tak ni? Soalan senang macam tu tak kan tak tahu ", kata Izul dalam nada yang menjengkelkan.
‘Baik aku diam je, kejap lagi bising pulak lelaki ni. Adab dengan orang tak ada langsung mesti dia ni macam Ayah Su. Macam manalah aku boleh berjumpa dengan orang macam ni”, bisik hati kecil Ain sambil tersenyum kelat memandang Izul yang berada di sebelahnya.
Setibanya di tempat yang ditujui, Izul keluar dari perut kereta terlebih dahulu.
‘Peninglah aku dengan perempuan kampung ni, tak reti nak turun ke?’, ungkap hati Izul lalu dia melangkahkan kakinya ke pintu kereta sebelah kiri apabila sosok Ain masih tidak muncul selepas beberapa minit Si Izul keluar dari keretanya. Izul mengetuk cermin kereta itu dan membuat isyarat supaya Ain segera keluar.
“ Halah mengalahkan anak raja”.
“ Maaf , saya tak pandai buka pintu kereta. Saya tak tahu”, ujar Ain.
“ Aku tolak duit kau malam ni eh, buka pintu kereta tu benda asas. Buat seks tahu pulak kau”, ujar Izul sambil menutup pintu kereta itu.
Izul mempercepatkan langkahnya masuk ke dalam kediaman itu, rumah teres itu kelihatan sunyi dan kawasan di sekitar itu juga terlihat kotor kerana sampah sarap bertaburan di sisi jalan.
“ Kau jangan nak bajet sangat eh!”, kata Izul sambil memasukkan kunci pada lubang tombol pintu itu dan dia segera melangkah masuk selepas pintu itu berjaya di buka.
Ain melihat setiap sudut rumah itu.
“ Woi! Masuk rumah orang mata tu jaga!”.
“ Saya tak sengaja, kenapa rumah ni berbau? Ada haiwan mati ke?”, tanya Ain.
Izul menatap tajam anak mata gadis itu, dia seakan tidak selesa dengan soalan yang ditanya oleh Si Ain. Pertanyaan Ain tidak dijawab olehnya, tatapanya beralih ke ruang dapur rumah itu pula apabila terdengar bunyi seperti sesuatu jatuh.
***
“ Kak Norie!”.
“ Ijo, kak lapar!!”, kata wanita itu.
“ Kau tengok apa lagi? Tolonglah! Aku bayar kau untuk rawat Kak Norie faham”, jerkah Izul kepada Ain.
Kak Norie yang berkerusi roda itu ditolak ke ruang tamu, rupa-rupanya barulah Ain tahu bahawa bau busuk itu adalah bau dari wanita yang dipanggil Kak Norie.
“ Aku nak kau mandikan Kak Norie”.
Ain masih bingung akan arahan itu kerana setahunya dia dibayar untuk melayan nafsu serakah jantan.
Walaupun Ain sedikit bingung namun dia tetap menurut akan arahan Izul, dia membawa Kak Norie ke tandas dan meminta tuala serta sehelai kain batik daripada Izul.
“ Boleh akak tahu siapa adik ni? Kenapa Izul bawa adik ke sini? Izul ada cederakan adik ke?”.
“ Saya kawan Izul”, ringkas jawapan Ain.
“ Maaflah kalau akak susahkan adik. Akak lumpuh”, terang Kak Norie sambil menatap wajah sayu Si Ain.
“ Saya datang ke sini untuk bantu akak, nama saya Ain. Akak ni kakak kepada Izul ke? Maaf akak kalau soalan ni buat akak tak selesa”, ujar Ain sambil membuka baju yang dikenakan oleh Kak Norie sebelum dia menyarung sehelai kain batik
Share this novel