BAB 19

True Story Completed 4954

“Tumpang tanya”.
Ahmad bertanya kepada juru kira yang berada di kaunter restoran tersebut.
“Tak ada encik, saya tak nampak budak perempuan yang encik maksudkan datang bayar atau membuat pesanan di sini”, ujar juru kira itu.

“Tak apa, terima kasih. Kalau cik ada nampak budak perempuan ni, tolong telefon saya ya!”, balas Ahmad sambil menunjukkan gambar Ain yang berada di dalam telefonnya.
“Baik”, balas juru kira itu pula, Ahmad mulai berasa tidak sedap hati. Dia takut Ain melaporkan tentang dirinya di balai polis.
“Mungkin dia ada dekat rumah Asyraf!”.

‘Aku agak dia ada dekat sana, Asyraf tu memang tak boleh diharap! Siap kau Ain!’, getus hati Ahmad.
Ahmad menghidupkan enjin keretanya lalu menuju ke rumah Asyraf yang terletak beberapa KM dari situ, entah kenapa dibenaknya hanya terfikir akan Asyraf. Maklumlah orang dewasa kebiasaannya naluri mereka tepat.

“Asyraf, keluar kau! Mana budak tu? Kau jangan ingat aku tak tahu kau sorok budak tu! Pergi jahanamlah kau!”, ujar Ahmad sambil menggoncang pintu pagar.
“Kau ni siapa?”, tanya Amar dengan mimik muka yang ketat mana tidaknya Ahmad bertindak seperti orang kurang siuman.
***

Ahmad menyuruh Amar memanggil Si Asyraf akan tetapi Asyraf masih belum pulang.
“Kau cari budak perempuan yang nama Ain tu ke? Dia tak ada dekat sini, dia duduk di rumah bibik aku. Kalau kau nak cari dia, kau pergi dekat Taman Damai depan sana. Alamat rumahnya Lorong A, rumah no.8”, terang Amar dalam nada yang serius, Ahmad yang mendengar tutur kata Amar masuk ke dalam perut kereta lalu menghidupkan enjin menuju ke rumah yang diberitahu oleh Amar itu.

Amar tersengih.
Dia berasa sangat berpuas hati kerana dapat memberitahu tempat persembunyian Ain, dia tidak sabar untuk mendengar khabar bahawa Ain kembali semula kepada lelaki durjana itu.
Ahmad membuka pintu pagar yang menghalangi rumah itu.
“Ain, keluar sayang! Kita balik rumah ya!”.

“Ayah Su? Itu suara Ayah Su! Mati aku kalau Ayah Su dapat masuk ke dalam rumah ni, aku kena telefon encik Asyraf!”, monolog Ain sendirian.
“Encik Asyraf…”, Ain segera menekan nombor yang diberikan oleh Asyraf. Dia segera memberitahu perkara yang berlaku sebaik mendengar suara Asyraf.

“Kejap lagi abang datang, Ain bertenang!”, jawab Asyraf ringkas lalu dia menekan tombol merah pada skrin telefon untuk mematikan panggilan itu. Asyraf segera bergegas meninggalkan tempat kerjanya.
“Aaa..in!”.
‘Alamak, Ayah Su masih ada lagi! Cepatlah encik Asyraf’, kata Ain di dalam hati.

“Assalamualaikum encik, kenapa berada di sini? Saya dimaklumkan rumah ini ada rompakan, encik ini perompak itu ke?”, kata seorang pegawai polis lelaki kepada Ahmad secara tiba-tiba.
“Saya cari kucing saya hilang!”, jawab Ahmad sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal lalu melangkahkan kakinya ingin beredar dari situ, dia berasa aneh kerana tiba-tiba sahaja polis datang tapi siapa yang laporkan kepada polis?.

“Maaf, ikut kami ke balai!”.
“Eh, encik! Saya tak bersalah”, ujar Ahmad.
“Encik saje yang ada dekat sini, jadi encik perlu berikan keterangan di balai polis! Encik tak boleh membantah”, ujar pegawai polis itu lalu memegang ke dua belah tangan Ahmad.

“Siapa yang buat laporan ni? Saya cari kucing sayalah, mana boleh buat saya macam ni! Lepaslah!”, ujar Ahmad yang sedang meronta-ronta meminta untuk dilepaskan namun pihak polis tidak menghiraukannya.
“Kenapa dengan Ayah Su?”.
“Ain buka pintu ni, ini abang”, kata Asyraf.

“Encik Asyraf, mana Ayah Su? Kenapa encik Asyraf lambat datang?”, soal Ain bertubi-tubi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience