BAB 5

True Story Completed 4954

BAB 5

Ain menatap wajah gambar ibunya itu, dia berbaring di katil sambil mengesat air matanya.
“ Baba, kenapa Baba suruh Ayah Su yang juga Ain?”.
Ain teringat pada peristiwa sebelum ini, pertanyaan Ain kepada arwah ayahnya sudah pun terjawab sebelum ini.
“ Ayah Su tak ada tanggungan, jadi Ain boleh menumpang kasih dengan dia”.
Ain tidak mengerti akan jawapan itu kerana dia masih kecil dan mentah pada ketika itu. Dia menyesal kerana mengikuti permintaan ayahnya itu kalau dia tidak tinggal dengan bapa saudaranya itu sudah tentu kehidupannya lebih bahagia sekarang ini tapi dia sendiri sebelum ini tidak menyangka orang yang dikatakan berhati murni sanggup mengkhianati dirinya yang juga mempunyai pertalian darah dengannya.
* * *
“ Ain, Ain…”.
Ahmad membuka pintu bilik Ain yang tidak berkunci.
“ Tidur lagi? Kau ni membuta je, aku balik pun kau tak sedar!”.
Suara lelaki itu benar-benar mengejutkannya daripada tidur, dia terlena dibuai mimpi yang lebih indah daripada kehidupannya yang sebenar. Ain bangun dan menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya, Ahmad masih menunggu di dalam bilik Si Ain kerana dia tidak dapat menahan ghairahnya untuk menikmati sosok badan gadis itu.
“ Kau tercegat dekat pintu bilik air tu kenapa?”.
Ain masih mengelamun dan mamai kerana baru bangun dari tidur. Ain melangkahkan kakinya masuk ke dalam bilik air selepas Ahmad menegurnya.
“ Oii! Kau buat apa lama sangat kat dalam tu?”.
“ Err…Ain…, kejap Ain sakit perut nak berak!”.
Setelah sekian lama membersihkan diri, dia keluar dari situ lalu menuju ke biliknya. Dia menutup pintu bilik itu dan segera melengkapkan dirinya dengan pakaian.
“ Bencinya aku, bila semua ni nak berakhir”.
Ahmad membuka pintu bilik itu, lantas Ain memandang lelaki yang cuba untuk masuk ke dalam biliknya itu. Ahmad memimpin tangan Si Ain dan menuju ke ruang dapur, Ain dilayan seperti puteri raja saat itu menandakan ada sesuatu yang diingininya.
“ Petang esok kau ada pelanggan”.
“ Pelanggan? Maksud Ayah Su?”.
“ Encik Asyraf nak engkau layan dia, jadi kau kena bersiap esok petang jangan nak membuta pulak! Kau kena jaga percakapan dengan dia", ulas Ahmad.
Hati kecil Ain sedikit gusar apabila mendengar akan kata-kata bapa saudaranya itu.
“ Bila aku boleh keluar dari sini? Ya Allah, peritnya hidup ini!”.
* * *
“ Cepatlah, jangan duduk tengok baju tu. Pakai cepat sikit, aku dah janji dengan Asyraf tu pukul tiga. Ni nak masuk pukul 2.45 petang kau tak siap lagi!”.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience