BAB 12

True Story Completed 4954

BAB 12

Suara Ahmad menyapa telinganya menyebabkan dia tersedar dari lamunannya.

"Macam mana Ayah Su boleh berada di sini? Ayah Su tak kerja ke hari ni? Tadi Ayah Su keluar rumah nak pergi kerja kan?"
Persoalan Ain yang berjela-jela itu membuatkan Ahmad tertekan dan dia tak dapat mengawal amarahnya saat itu.

“ Aku tak ada mood nak kerja hari ini, kau tahu sebab apa?”, tanya Ahmad.
“ Mood?”, tanya Ain semula kerana dia tak tahu maksud yang dikatakan oleh bapa saudaranya sebentar tadi.
Ahmad tiba-tiba tertawa kecil mendengar pertanyaan gadis dungu itu.

Ain menatap wajah Ahmad sambil menanti jawapan daripada bapa saudaranya itu akan tetapi Ahmad berlalu meninggalkan dirinya sendirian.
'Budak bodoh!', umpat Ahmad di dalam hatinya sambil mengatur langkahnya menuju ke tingkat atas rumah itu. Ain masih bingung dengan kejadian itu.

***

Ahmad tidur dengan lena sekali pada malam itu. Ain yang berada di sebelahnya tidak dapat melelapkan matanya kerana terbayang akan perkara yang terjadi beberapa jam yang lalu. Dia mula berfikir untuk mencuba melarikan diri namun dia masih belum mendapatkan jalannya, Ain bangun dari perbaringannya sambil melihat ke arah bapa saudaranya yang sedang lena diulik mimpi.

Ain segera bangun dan berjalan secara berjinjit sambil kepalanya menoleh beberapa kali ke arah Ahmad kerana dia risau bapa saudaranya itu terjaga. Ain meraba-raba dalam kegelapan untuk mencari kunci rumah tersebut. Mungkin dia ingin lari dari situ pada malam hari?
Ain sempat menoleh beberapa kali ke arah bapa saudaranya. Maklumlah jika Ahmad itu terjaga dari tidurnya itu, sudah pasti dirinya dalam keadaan merbahaya tambahan pula gayanya seakan-akan pencuri di dalam kegelapan. Ain telah mencari di setiap sudut bilik itu namun usahanya itu seakan sia-sia sahaja kerana tidak menemui sebarang kunci.

“Woi!”.
‘Alamak! Mati aku’, bisik hati kecil Ain.
Ain hanya berdiri di tempat terakhirnya mencari kunci tanpa memandang ke arah Ahmad yang telah terjaga secara tiba-tiba dari lenanya. Air liurnya ditelan kesat menanti balasan yang akan diterimanya tidak lama lagi, Ahmad membuka suis lampu dan terlihatlah sosok Ain yang sedang menghadap lemari pakaian miliknya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience