BAB 14

True Story Completed 4954

BAB 14

“ Kak Norie kakak Izul”, balas Kak Norie yang berusia lebih kurang 30an, dia hanya tersenyum apabila menjawab pertanyaan Ain dan Kak Norie mengetahui bahawa Ain itu adalah seorang remaja yang baik maklumlah orang tua-tua kata naluri wanita memang kuat tambah-tambah lagi apabila mereka dewasa.

“ Kita pakai baju mana ni? Kak Norie suka yang mana?”.
“ Warna merah jambu tu, Kak Norie suka. Ijo tu selalu belikan baju t-shirt merah jambu”, kata Kak Norie.
“ Baguslah Kak Norie ada orang sayang, Ain tak ada sesiapa nak mengadu. Ain tinggal pun dengan orang lain, mak dan ayah Ain dah tak de”, kata Ain sambil tersenyum manis.

“ Alhamdulillah Kak Norie ada adik sebaik Ijo, Ijo tak pernah marah Kak Norie. Sejak Kak Norie lumpuh, keluarga Kak Norie buang Kak Norie”, terang Kak Norie dan tidak semena-mena air mata yang bergenang di kelopak mata jatuh membasahi pipinya.
“ Maafkan Ain kak”.
“ Tak apa, Ain tak salah”, balas Kak Norie.

‘Ya Allah, rupa-rupanya ada juga orang yang dibuang keluarga, betullah yang dunia ini susah untuk diramal’, omel hati kecil Ain.
“ Ijo, kau dah beli nasi ke? Pergilah beli dulu, kitakan ada tetamu ni!”, arah Kak Norie dalam keadaan kepalanya dijinjangkan mengarah ke luar dari pintu bilik itu supaya adiknya Izul mendengar apa yang disampaikan.

***
“ Budak tu baik kan? Sanggup tolong akak, bagus Ijo ada kawan macam dia. Nanti ajaklah dia datang sini lagi”.
“ Boleh kak tapi bayaran dia tu mahal”, ujar Izul.

“ Maksud Ijo? Ijo upah dia untuk jaga akak?”, soal Kak Norie sambil dahinya berkerut. Kak Norie berasa sangat marah tetapi bila difikir balik Ain tu tidak seperti seorang pelacur seperti yang Izul katakan, gadis itu terlihat polos dimatanya.
“Kak, Izul pergi dulu ya”.
Kak Norie mengangguk setuju lalu Izul melangkahkan kakinya keluar. Izul menghidupkan enjin keretanya, Ain yang berada di dalam kereta itu sudah tidak sabar untuk pulang kerana dia ingin melelapkan matanya.
Setibanya diperkarangan rumah Si Ahmad, Izul membuka pintu kereta lalu menuju ke bahagian pintu sebelah kiri pula. Ain yang kelihatan kepenatan masih tidak sedarkan diri.

“ Woi!”.
“ Dah sampai ke? Saya letih”, kata Ain.
Ahmad tersenyum melihat kelibat Izul dan Ain di halaman rumahnya itu, Izul menyerahkan beberapa note wang kepada Ahmad sebelum dia beredar dari situ.

***
“ Aku bukan tak nak beri Ain dekat kau”.
Ain memandang ke arah wajah bapa saudaranya apabila terdengar akan namanya.
“ Kau sanggup kalau aku minta bayaran lebih, dalam 200 ringgit sejam. Bukan apa budak ni market dia dah tinggi, ada yang bayar RM3000 sejam”.

“ 3000? Bapak mahal! Aku bukan nak buat hubungan badan cuma nak suka-suka je, aku beri kau 1200 ringgit boleh?”, soal Asyraf.
“ Yalah!”, balas Ahmad lalu mematikan perbualan.
“ Asyraf ni, aku syak dia minat dengan kau. Aku tak nak dia bayar sedikit!”, kata Ahmad sambil melabuhkan punggunya di atas sofa.

“ Ain kena buat apa? Ain tak tau pasal harga, Ain minta maaf Ayah Su”, ucap Ain dengan air mata yang menitis di pipi sambil dia melutut di hadapan lelaki itu dengan rasa hina.
Ahmad menyuruh Ain meminta wang yang lebih daripada Asyraf kerana Asyraf selalu menggunakan perkhidmatannya akan tetapi ada sahaja pelanggan yang sama dan kerap menggunakan perkhidmatan Si Ain tapi tidak pula dia meminta jumlah wang yang tinggi.

Adakah Ahmad cemburu?
“ Tu dah sampai! Ingat apa aku pesan”.
Ain masuk ke dalam perut kereta Alza yang dipandu oleh Asyraf lalu menuju ke rumah Si Asyraf.
“ Mari masuk! Hari ini kita makan-makan, Amar adik abang nak buat sambutan hari lahir hari ini jadi kita bergembira”.

Asyraf memimpin tangan Ain ke ruang makan.
“ Eh, adik Ain! Lama sudah tidak berjumpa”.
“ Akak sihat? Saya datang ke sini nak teman encik Asyraf, saya tak tau pun hari ini ada buat hari lahir”, kata Ain.

“ Abang bawa budak mana pulak ni?”, belum sempat bibik Alya menjawab pertanyaan Si Ain tiba-tiba Amar bersuara.
“ Dia tetamu kita. Tolong hormat tetamu!”, ujar Asyraf dalam nada penuh ketegasan.
***

“ Kenapa kau biadap dengan tetamu? Arwah Mama tak pernah ajar kau jadi macam tu, kalau kau tak suka Ain sekalipun jangan nak peril dia depan orang!”, terang Asyraf kepada Amar yang sedang berada di dalam bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience