BAB 15
Bibik Alya sedang menyediakan makanan untuk jamuan hari lahir Amar.
“ Akak nak saya tolong?”.
“Tak apa, kotor nanti baju kamu nak”, balas bibik Alya.
“Tak apa kak, saya ikhlas nak tolong sementara encik Asyraf tak turun lagi”, ujar Ain sambil menyusun pinggan di atas meja.
“Baiknya kamu. Bakal suami mesti bertuah kalau dapat Ain ni, dulu isteri Tuan kerja dia asyik bising-bising saja, bibik rimas!”, ujar bibik Alya sambil membuat mimik muka yang menjengkelkan apabila menceritakan tentang sikap bekas isteri Si Asyraf.
“Isteri?”.
“Ya nak, Tuan Asyraf sudah kahwin”, ujar bibik Alya.
“Mana isterinya sekarang? Saya takutlah kak, bila isteri dia balik?”, tanya Ain bertalu-talu.
Bibik Alya memberitahu Ain bahawa Asyraf telah lama bercerai dengan bekas isterinya iaitu Yus Husna disebabkan oleh Asyraf tidak tahan akan sikap isterinya itu yang degil.
Ain berasa lega.
Dia tidak perlu lagi risau akan isteri Asyraf yang dibicarakan oleh bibik Alya.
Asyraf turun dari tingkat atas bilik Amar, dia memerhati makanan yang tersedia di atas meja makan. Asyraf kemudiannya memanggil Amar turun.
Amar turun dengan langkah yang malas dan perlahan, sosok Ain yang berada di hadapannya itu dijeling tajam.
“Kau keluar sekarang!”, arah Amar.
Amar menyuruh Ain keluar dari rumah itu.
“Kita makan luar ya, Amar kena sampuk tu. Biarkanlah dia seorang!”.
Ahmad dan Ain meninggalkan ruang makan itu, bibik Alya hanya memerhati tingkah laku dua beranak itu. Amar berasa sangat marah dengan Ain.
Maklumlah abangnya itu tidak melayaninya lagi.
“Apa istimewa sangat perempuan tu? Bibik kenal ke dia tu?”.
Bibik Alya mengangkat bahu sebagai tanda tidak tahu, Amar menikmati juadah itu sendirian.
“Ain tak payahlah ambil hati, Amar tu bad mood. Perangai kalahkan perempuan, kesian bakal isterinya nanti!”, seloroh Asyraf sambil tangannya ligat mengawal setereng.
“Saya tak kisah pun, saya faham perasaan Amar. Dia perlukan kasih sayang, dengan siapa lagi dia nak bermanja kalau bukan abangnya sendiri”, kata Ain dengan penuh prihatin, Asyraf hanya tersengih mendengar kata-kata Ain itu.
Share this novel