BAB 17

True Story Completed 4954

“Ya Opah!”, jawab Si Ain ringkas sambil memegang beg galas di tangan kirinya yang diberikan oleh Ahmad, Ahmad menjengkilkan biji matanya ke arah Ain.
“Mad, anak sedara balik nak makan ni”.
“Hmm, yalah Opah. Ain mari makan, Ayah Su ada beli nasi petang tadi!”, kata Ahmad.

“Opah nak makan sekali? Ain teringin sangat nak Opah suap, kita makan sama-sama ya! Ain rindu sangat dekat Opah”, kata Ain panjang lebar.
“Nah makanlah!”, kata Ahmad sambil meletakkan bungkusan nasi ayam di atas pinggan lalu diserahkan kepada Ain. Sebenarnya nasi itu dibelikan untuk dirinya tapi demi menjaga maruah dihadapan Nek Amel, dia terpaksa menyerahkan nasi itu kepada Ain.

“Hmm, sedapnya Opah! Opah pulak rasa”.
“Ain nak suap Opah pulak? Yalah Opah nganga, aaa…”, ujar Nek Amel.
'Apa hal dua orang tu? Makan nasi je pun, macam makan dekat hotel! Dahlah makan nasi aku', bebel Ahmad di dalam hatinya yang tidak senang melihat kemesraan Ain dan Nek Amel maklumlah dia cemburu.

“Jaga diri Opah!”.
Ahmad membenarkan Ain keluar dari rumah itu setelah sekian lama gadis itu meminta akannya.
“Ni, pergi belikan aku bubur sup dekat restoran sana! Kalau kau ada niat nak lari dari sini, dengan nyawa kau sekali hilang!”.

Ain menurut perintah bapa saudaranya itu, di dalam fikirannya itu hanya terfikir untuk selamatkan dirinya dari Ayah Su. Otaknya mula ligat mencari jalan untuk melarikan diri.
***
‘Kau kena lari jugak Ain’.
Ain mula melangkahkan kakinya di atas jalan berturap.

Selepas dia merasakan dirinya semakin jauh dari kawasan rumah bapa saudaranya, dia tanpa berfikir panjang terus berlari sepantas mungkin.
“Betis aku, aduh! Aku tak boleh berhenti, aku kena teruskan berlari!”.
‘Sakitnya’, dengus hati kecil Ain.
“Aku nak menyorok dekat mana ni? Masuk sini jelah!”, ujar Ain sendirian.

‘Ramainya orang dekat sini, aku tak boleh bagi orang nampak aku! Aku kena cari tempat yang selamat!’, Ain bermonolog di dalam hatinya sambil berjalan terhinjut-hinjut.
“Tandas!”, Ain seraya memasuki tandas di masjid itu untuk melepaskan lelah dan rasa sakit kakinya yang kekejangan, untung sahaja tiada siapa yang perasan akan kehadirannya kalau tidak dia mungkin dalam keadaan yang berbahaya.

Tiba-tiba suara azan berkumandang.
“Apa pulak tu?”.
‘Tempat apa sebenarnya ni? Orang pakai telekung?’, soalnya di dalam hati.
“Takkan aku nak duduk dekat sini je, aku kena keluar! Aku nak pergi mana?”, omel Ain sendirian.

‘Aku naik teksi, aku kena cari teksi! Kalau aku berjalan nanti Ayah Su jumpa aku, duit yang Ayah Su bagi tadi aku letak mana?’, omel Ain di dalam hati sambil meraba-raba mencari duit yang diberikan oleh bapa saudaranya itu.
“Aku nak ke mana?”, Ain masih terfikir akan arah tuju destinasi yang selamat untuknya melarikan diri namun dia tidak tahu pula hendak ke mana. Alamat rumah Nek Amel pun dia tidak tahu, yang diketahuinya hanyalah rumah Asyraf kerana dia kerap berkunjung ke situ.

Ain menahan sebuah teksi.
“Encik, bawa saya ke kampung Datuk Keramat”.
Empat pacuan roda teksi itu bergerak menuju ke tempat yang dinyatakan oleh Ain, Ain kelihatan gelisah pada ketika itu.
“Jalan terus, belok kanan! Berapa encik? Saya cuma ada 10 ringgit”.

Pemandu tersebut meminta duit sebanyak RM 70.
Ain meminta pemandu teksi itu menunggu seketika kerana dia ingin mengambil wang.
Ain menjerit memanggil nama Asyraf, namun tiada siapa yang keluar. Dia menangis menitiskan Air mata kerana terkenangkan jerit perih yang ditanggungnya itu.

Sosok wanita dalam lingkungan 40an berjalan menuju ke arah pintu pagar rumah itu, wanita itu ingin membuka kunci pintu pagar kerana dia ingin keluar dari situ.
***
Ain mengesat air matanya.
“Eh, Ain!”.

Ain segera memegang tangan wanita itu sambil meminta wang.
“Tuan Asyraf tiada, dia masih belum pulang. Duit tu nak buat apa?”.
“Saya naik teksi ke sini, saya tak cukup duit. 60 lagi saya perlukan untuk bayar duit tambang teksi tu, saya betul-betul nak sangat kak duit tu!”, kata Ain.

“Nanti ganti balik ya!”, balas bibik Alya sambil menyerahkan 2 keping note 50.
Ain berterima kasih kepada bibik Alya yang sudi memberinya duit, dia segera menuju ke arah teksi yang sedang menunggu kehadirannya bersama duit yang dijanjikan itu.
Kebetulan Asyraf pulang.

“Ain? Buat apa dekat sini?”.
“Encik Asyraf tolong Ain, Ain tak tahu nak minta tolong siapa lagi. Saya lari dari rumah”, ujar Ain.
“Tak apa, kita bincang dekat dalam. Cik Ya ada masak lebih? Ain mungkin kena makan dulu ni, wajah dia nampak pucat!”, ungkap Asyraf sambil memimpin tangan Si Ain.
“Buat apa perempuan ni datang lagi!”, soal Amar kepada Asyraf sambil memeluk tubuhnya.

Asyraf tidak menghiraukan kata-kata Amar, dia mencedok nasi ke dalam pinggan Ain.
‘Aduh malunya! Kenapa aku boleh terfikir nak datang ke rumah encik Asyraf? Adik dia dahlah tak suka aku dekat sini’, Ain memerli dirinya sendiri di dalam hati, dia tidak berani hendak mengangkat mukanya yang tebal itu untu menatap encik Asyraf mahupun Amar pada saat itu.
Asyraf menjemput Ain makan,

“Lepas makan, Ain cerita ya!”.
Kata Asyraf kepada Ain sambil meneguk segelas air yang berisi milo ais.
“Terima kasih kerana sudi beri saya makan, saya terhutang budi dengan encik Asyraf. Saya berasa bersalah pulak bila libatkan encik Asyraf dengan masalah saya”, kata Ain.
“Boleh abang tahu kenapa Ain lari?”, soal Asyraf yang berasa ragu-ragu.

Amar memasang telinga, mendengar perbualan antara Si Asyraf dan Si Ain.
Setelah mendengar penjelasan daripada Si Ain, hati Asyraf menjadi luluh. Dia sebenarnya tidak ingin terlibat langsung dengan kisah hidup gadis polos itu namun hatinya masih berbelah bahagi.
Apa yang dibimbangkan oleh Asyraf ialah Ahmad akan menuduhnya membawa Ain lari, kemungkinan besar dia boleh ditangkap oleh pihak polis. Keduanya yang paling ditakuti ialah dia bermusuhan dengan Ahmad yang tiada kena mengena langsung dengan hidupnya cuma sebagai pelanggan sahaja dan berkemungkinan nyawa turut terancam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience