BAB 3

True Story Completed 4954

BAB 3

Belum sempat Nek Amel menyambung percakapannya, orang yang sedang mereka bicarakan akhirnya datang tepat di hadapan mereka.
“ Ayah Su…”.
Ahmad berdiri di hadapan mereka berdua sambil memberikan senyuman manis kepada Ain,
“ Ain bincang apa dengan Opah?”, soal Ahmad.
Ahmad berbicara santai di hadapan Nek Amel. Seperti yang dijangkakan tiada syak wasangka akan tingkah laku Ahmad yang dilihat oleh Nek Amel pada saat itu. Malam yang hanya akan menjadi rahsia mereka berdua dan Ain tidak mahu ambil kisah untuk mengingati malam itu.
“ Lain kali Opah datang jenguk Ain lagi ya”.
“ Ain tak suka tinggal sini?”, tanya Nek Amel sambil menatap Ain dari atas hingga bawah. Sial!!! Lagi-lagi Ahmad mencelah percakapan mereka berdua.
“ Ain suka kan duduk sini?”, soal Ahmad pula.
“ Oh ya, Opah sangat senang tengok hubungan kamu berdua ni”, terang Nek Amel sambil memegang bahu Ain lalu melangkahkan kakinya untuk bertolak pulang.
“ Opah!”, Ain menjerit memanggil nama neneknya membuatkan langkah Nek Amel terhenti dan dia segera berlari mendapatkan nenek kesayangannya itu sambil menangis teresak-esak.
“ Ain, ingat tak pesan Opah tadi? Kalau kita rasa sedih, kita kena solat. Mama dan Baba perlukan doa Ain dan Opah akan sentiasa ada dengan Ain”, ucap Nek Amel.
“ Opah, terima kasih datang tengok Ain”, ujar Ain tersedu-sedu.
“ Mad, jaga amanah arwah dengan baik”, pesan Nek Amel sebelum meninggalkan perkarangan tempat itu.
“ Aku nak jaga, lambat lagi!”, bisik hati kecil Ahmad.
“ Kau tak reti nak masuk ke?”, tanya Ahmad kepada Ain.
“ Ayah Sub oleh tak Ain pinjam telefon? Kejap je”, tanya Ain Kembali.
“ Kau nak buat apa?”, tanya Ahmad.
“ Ain nak simpan nombor telefon Opah”.
“ Apa?”, soal Ahmad kembali.
“ Opah suruh Ain simpan nombor telefon tapi Ain tak ada telefon”, balas Ain.
***
“ Malam nanti tidur dengan Ayah Su”, ucap Ahmad sambil membetulkan tali lehernya.
“ Baik Ayah Su”.
“ Ain lapar? Ain boleh minta apa je yang Ain nak”, Ahmad berbicara dengan nada yang lembut.
“ Ain tak lapar”,
“ Baik, Ayah Su pergi dulu”.
“Ayah Su, tolong jangan kunci rumah!”, rayu Ain.
“ Kau merepek apa ni?”, ujar Ahmad tepat di hadapan Ain.
“ Ayah Su, Ain teringin nak jalan-jalan kat luar. Ain janji, Ain tak akan beritahu sesiapa pasal Ayah Su”.
“ Kau bodoh ke?”.
“ Kalau Ayah Su bagi Ain keluar, Ain akan turuti semua arahan Ayah Su”.
“ Tengoklah macam mana dulu”.
“ Ain harap sangat Ayah Su tunaikan impian Ain ni”,

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience