BAB 4

Romance Completed 5659

“Abang tak tipu. Memang betul abang nampak dengan mata kepala abang sendiri..!” Tenang Adam memberitahu. Matanya mengecil akibat silau cahaya matahari. Didy ni tak ada tempat lain ke nak ajak bincang? Dekat bawah matahari ni jugak dia nak duduk. Aku tak bersedia untuk jadi arang!

Sinis Didy tersenyum. Wajah Adam dijeling tajam. Geram melihatkan lelaki itu masih boleh berlagak tenang. Dia tak rasa bersalah ke tuduh Irham macam-macam?

“Didy tak percaya. Abang dengki sebenarnya, kan? Abang jealous Didy rapat dengan Am!”

Uik? Aku pulak yang dikatakan jealous? A’ah, memang aku jealous pun! Dan aku tak tahu kenapa aku jadi macam ni. Sakit mata tengok mana-mana lelaki rapat dengan Didy. Kenapa ye? Adakah ini cinta?

“Suka hati Didylah nak cakap apa. Abang cuma nak cakap hati-hati dengan Am. Dia tak ikhlas dengan Didy. Bila abang nampak dia berkepit dengan perempuan tu kat Mid Valley hari tu, abang jadi risau. Rasa yakin sangat dia nak main-mainkan Didy. Abang kenal Am tu lebih lama dari Didy. Kami sama-sama senior. Abang tahu perangai Am tu. Please, Didy. Percayakan abang..”

Gadis itu menggeleng laju. Berkeras tidak mahu mendengar nasihat Adam. Baginya Adam Harraz tidak punya apa-apa hak untuk masuk campur hal peribadinya. Bukannya dia kekasih, tunangan atau suami! Tak perlu nak atur urusan hidup aku!

“Didy ingatkan abang lagi sekali, jangan masuk campur hal Didy! Didy tak suka!!” Tinggi suara Didy ketika itu. Marah benar dia. Terkejut Adam dibuatnya. Mana pergi kelembutan Nurul Nadia ni? Apa yang Irham dah buat kat dia? Sampai macam ni sekali perubahannya!

“Didy…”

“Dah! Didy dah habis cakap. I’m late. Nak pergi date dengan Am. Bye!!” Sengaja Didy tekankan perkataan ‘date’ dengan riak wajah yang cukup sinis.

Tiada kata yang keluar dari bibir Adam saat ini. Hanya mampu memandang Didy yang semakin jauh meninggalkannya di situ dengan perasaan yang kian berkecamuk. Argghhh!! Tensionnya aku!! Makin aku halang makin keras kepala si Didy ni nak dengar cakap aku. Didy, jangan seksa abang macam ni! Abang sayang Didy! I don’t want anything bad happen to you!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience