BAB 2

Romance Completed 5659

“Abang gaduh dengan Didy? Kenapa?” soal Fira terkejut. Lily, Yana dan Jiha sekadar membisu sejak tadi.

Kepala yang tak gatal digaru-garu. Fikiran dia bercelaru sangat! Nasib baik ada Fira and the gang. Tapi malam ni Didy tak nak keluar lepak dengan dia orang sebab Adam ada sekali. Nampaknya Adam secara tak sengaja dah renggangkan hubungan dia dan si cantik manis tu. Sejak peristiwa tempoh hari, Didy langsung nak elak dia. Rindunya dia pada Didy.

“Abang mintak dia jangan kawan dengan Am. Tu je..”

“Laa.. Sebab tu ke? Patutlah kalau si Didy tu sejak akhir-akhir ni muka masam je! Kalah itik muncungnya!”

Serentak mereka ketawa. Geli hati dengar ayat si Fira.

“Dia ada cakap apa-apa ke kat korang?”

“Dia cuma cakap abang buang tebiat. Tiba-tiba je nak berlagak jadi ayah dia. Halang dia buat itu dan ini!” Tawa Fira masih bersisa.

Adam tersenyum sumbing. Sempat lagi dia luah perasaan kat budak-budak ni rupanya! Memang tak puas hati sangatlah tu!

“Abang kenapa? Risau sangat Didy tu kawan dengan Am..” celah Yana. Air milo ais disedut sedikit sambil matanya terus memandang wajah Adam yang tak begitu ceria seperti selalu.

“Kalau abang cakap mesti korang tak caya. Mesti korang pun melenting sama macam Didy..”

Saat ini empat pasang mata itu memandang Adam serentak. Masing-masing tak sabar nak dengar apa cerita sebenarnya sampaikan Adam sanggup halang Didy dan Am berkawan.

“Kenapa, bang? Cerita cepat! Tak sabar nak gosip ni!” Jiha tak mahu ketinggalan.

“Am tu sebenarnya..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience