BAB 17

Romance Completed 5659

Mood dia hilang. Mati macam tu je! Dah 2 hari dah. Masih tak jumpa lagi diari tu. Matilah aku! Siapa agaknya yang dah baca kisah hati aku tu? Malu siot!

“Didy..”

Suara itu! Macam kenal je? Pantas dia mengangkat wajahnya. Erk!! Memang sah dia! Apa dia buat kat sini?

“Abang..” Kelat mukanya saat ini. Tiada senyuman seperti selalu. Walaupun terubat rindu di hati. Dah lama dia tak jumpa Adam sejak dia balik dari Pahang hari tu.

“Kenapa ni? Sedih je! Ada masalah ke?”

Dia menggeleng lemah. Malaslah nak cakap kat abang kenapa aku sedih! Nanti abang ketawakan aku pulak! Bukan aku tak kenal si Adam Harraz ni. Kalau bab ketawakan orang, dialah champion!

“Tipu! Kalau tak ada masalah takkan muram je!”

Didy menongkat dagu. Ni lagi satu perangai dia. Selagi tak puas hati, selagi tulah dia akan cuba tanya, tanya dan tanya!Rambutnya yang terurai di dahi diraup ke belakang. Satu keluhan dilepaskan. Matanya pula dihalakan ke arah pelajar-pelajar MSU yang lalu-lalang di ruang legar kampus itu.

“Diari Didy hilang!”

Akhirnya! Jawab jugak soalan aku! Getus Adam dalam hatinya. Dia tersenyum penuh makna.

“Nanti kita beli barulah! Tak payah muncung-muncung macam tu! Semua orang takut tengok muka Didy ni tau!” usik Adam spontan kemudian dia tertawa kecil.

Eh! Kenapa dengan mamat ni? Ceria semacam je! Hari tu layan aku acuh tak acuh je!

“Abang terjumpa satu buku ni tau. Buku ni mesti boleh buat Didy senyum balik!” Beg galasnya diletak atas meja. Zip beg galas dibuka kemudian dia keluarkan sesuatu dari dalamnya.

Didy menjuih bibir. Malas! Aku nak diari aku jugak!

“Dengar tau! Abang nak bacakan ni, cerita dia beeessstttt..” Panjang harakat perkataan BEST tu. Entah apa-apa Adam Harraz ni!

“Tersebutlah kisah………..” mendayu-dayu suara Adam. Macam baca syair

“Didy! Dengar tak ni?!” Soalnya bila dia melihat gadis itu seperti tidak menumpukan perhatian padanya.

“Ish! Baca ajelah! Orang dengar!” Langsung dia tak pandang Adam. Takde mood! Dia menunduk. Tensionnya!

Adam tersengih lagi kemudian dia berdehem perlahan.

“Dengar tau. Tanggal 1 Januari 2012. Aku rasa aku dah jatuh cinta. Jatuh cinta pada Adam Harraz.”

Erkk!! Kenapa rasa macam pernah dengar je ayat tu?

“Tapi Adam Harraz dah ada Wani. Rupanya selama ni aku salah faham je. Aku ingatkan abang sayangkan aku lebih dari sorang kawan, tapi sayang dia tu sebenarnya tak lebih sayang seorang abang kepada adiknya.”

Ini sudah lebih! Didy mengangkat wajahnya. Matanya tertumpu pada buku yang dipegang Adam. Warna pink! Ya Allah! Itu diari aku!

“Abanggggg!!! Give it back to me!!!” terjerit-jerit Didy. Dia cuba merampas diari itu dari tangan Adam tapi hampeh. Adam berkeras tak mahu pulangkan.

Mengekek-ngekek Adam ketawa. Lelaki itu bingkas bangun dan menjauhkan dirinya dari Didy. Diari masih lagi ditangannya. Baru Didy teringat, masa dia berkemas nak balik ke KL hari tu, dia keluarkan semua barang dalam beg dia. Agaknya dia lupa nak masukkan diari tu ke dalam beg semula! Patutlah tak jumpa-jumpa!

“Kecewanya aku hanya Allah yang tahu. Aku baru sedar aku cintakan abang. Tapi, semua tu dah tak ada gunanya. Dah terlambat. Abang bakal disatukan dengan Wani tak lama lagi..” Tersengih-sengih Adam membacanya. Langsung tak dipedulikan Didy yang dah bengang menahan marah.

“Stop!! Jangan baca dah!!!” Berjaya juga dia rampas diari tu dari Adam.

Makin kuat Adam ketawa, makin membahang wajahnya. Benci!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience