BAB 12

Romance Completed 5659

“Didy nak mintak maaf dengan abang..” Perlahan dia bersuara. Tersekat-sekat dan teragak-agak. Bukan apa, bimbang kalau Adam mengamuk lagi macam hari tu.

Adam membisu. Deruan angin saja yang kedengaran saat ini. Kalau ikutkan hati dia tak mahu lagi bertemu mata dengan gadis itu. Hatinya masih sakit.

“Farhan dah cerita semuanya kat Didy. Buktinya pun dah ada, memang Irham jahat. Farhan dah rakam semuanya.”

Ya, kalau tak kerana tindakan bijak Farhan pasti saja dia akan terus-menerus membenci Adam Harraz. Farhan sengaja perangkap Irham. Dia psiko Irham sampai Irham secara tak sengaja beritahu Farhan niatnya yang sebenar pada Didy. Dia tak ikhlas! Dia jahat! Dia gunakan aku semata-mata kerana duit!

“Didy patut berterima kasih kat abang dan Farhan. Cuma Didy je bodoh. Tak nampak mana baik mana buruk! Tertipu dengan jantan keparat tu!”

“Baguslah kalau Didy dah tahu semuanya. Maafkan abang sebab abang busy body. Masuk campur hal Didy. Tapi itulah niat abang yang sebenarnya. Nak selamatkan Didy dari Irham.”

Hampir saja Didy mengalirkan air mata. Sebenarnya dia terharu. Farhan dah beritahu yang Adam sebenarnya sayangkan dia. Sebab itulah Adam beria benar cuba untuk jauhkan dia dari Irham. Tapi disebabkan kebodohannya, Adam pula yang jauh darinya. Malah semakin jauh!

“Betul ke abang buat semua ni sebab abang sayangkan Didy?” Didy terpaksa beranikan dirinya menyoal sebegitu. Dia nak dengar dari mulut Adam sendiri. Kalau betul Adam sayangkan dia, dia nak Adam luahkan segala-galanya. Rasanya dia sendiri pun mula merasakan sesuatu. Sesuatu yang cukup aneh tapi indah.

“Abang sebenarnya…”

“Assalamualaikum..!”

Lembut suara itu memberi salam. Tak sempat Adam mahu meneruskan kata. Serentak mereka menoleh ke arah pagar rumah. Gadis berbaju kurung dan berselendang krim tersenyum manis ke arah mereka berdua.

“Waalaikumussalam, Wani..” Adam segera melangkah ke pagar. Senyuman meleret terukir di bibir lelaki itu. Berbeza sekali riak wajahnya kini. Kalau tadi masa Didy mula-mula sampai ke sini riak wajah Adam serius dan langsung tak gembira. Tapi sekarang, senyuman menawan itu kembali terpamer di bibirnya.

Cantiknya perempuan tu.. Siapa? Awek abang ke? Bukan main lagi senyuman Adam Harraz tu?! Mesti seseorang yang sangat istimewa di hati abang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience