BAB 18

Romance Completed 5659

“Janganlah marah abang lagi! I’m sorry!”

Didy buat tak dengar saja pujuk rayu Adam. Penat Adam kejar dia dari tingkat 5 sampai ke tempat parking kereta. Padan muka! Sakan dia usik aku. Yana, Fira, Lily dan Jiha pun sama! Bukan main lagi ejek aku!

“Menyampah!” hanya itu yang Didy luahkan. Makin pantas dia melangkah, makin laju Adam mengejarnya. Tak give up!

“Alaa.. Abang mintak maaf. Abang tak sengaja. Abang cuma rasa seronok sebab dapat tahu isi hati Didy pada abang.”

Didy terdiam. Seronok? Aku yang menanggung malu!

“Seronok laa sangat! Abang seronok ketawakan hati dan perasaan Didy. Sedangkan Didy sedaya upaya cuba singkirkan rasa cinta tu pada abang. Didy tak nak jadi jahat. Tak nak cintakan kekasih orang! Nurul Nadia bukan jenis macam tu!”

Tawa Adam mati. Dia menghampiri Didy yang sedang tercegat di tepi keretanya.

“Abang tahu abang salah sebab tak pulangkan diari tu pada Didy. Masa hari yang Didy balik ke KL tu, abang frust sangat! Tak sempat cakap dengan Didy sebelum Didy balik. Lepas tu tiba-tiba Fira cakap Didy tertinggal diari. Abang mintak diari tu sebab nak simpankan untuk Didy. Mula-mula tu memanglah tak ada niat nak baca, tapi tiba-tiba hati abang terpanggil sangat nak tahu apa ada kat dalam tu.”

Tiada kata yang mahu diluahkan. Sudahnya gadis itu nekad membisu.

“Maafkan abang sebab abang tak amanah. Abang curi-curi baca diari Didy. Yelah, itu semua rahsia Didy. Tapi abang baca jugak! Maafkan abang, Didy. Abang janji lepas ni abang tak buat lagi.”

Gadis itu menunduk. Matanya dipejamkan beberapa saat. Tak sanggup rasanya mahu memandang Adam Harraz saat ini. Malu. Sebab lelaki itu sudah pun tahu akan isi hatinya. Tapi, bukan ke sepatutnya aku gembira kalau dia tahu apa yang aku rasa? Tak payahlah aku pendam-pendam lagi, kan? Tak! Rasa gembira itu patut ada kalau Adam Harraz tak dimiliki orang lain. Masalahnya sekarang, Adam Harraz akan jadi milik orang! Aku tak patut gembira untuk itu!

“Maafkan, Didy. Didy tak sepatutnya rasa semua tu untuk abang.” Akhirnya dia bersuara. Segala-galanya harus berakhir di sini.

Pantas Adam menggeleng. Menafikan kata-kata Didy.

“Tak perlu rasa bersalah, Didy. Cinta itu anugerah Allah untuk setiap hambaNya. Didy berhak merasai itu semua.”

“Tapi untuk apa? Cinta Didy hanya bertepuk sebelah tangan. Tak guna semua tu. Abang cintakan orang lain. Bukannya Didy..”

Adam mengeluh berat.

“Balik nanti Didy bukak diari tu. Ada sesuatu yang abang tulis.. Harap Didy baca dan fahamkan apa yang abang tulis.” Tenang Adam memberitahu.

Tanpa menanti kata dari Didy, Adam terus berlalu pergi. Didy menoleh. Lelaki itu kian menghilang dari pandangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience