BAB 1

Romance Completed 5659

Adam mengeluh berat. Rasa macam tak percaya dengan apa yang dilihatnya di kafe tengahari tadi. Sungguh, fikirannya terganggu. Dia terkejut melihatkan kemesraan Didy dan Irham. Saling bersuapan makan, berbual mesra. Seolah-olah mereka sedang menempuh saat bahagia bersama.

“Didy, maafkan abang kalau permintaan abang ni keterlaluan, tapi….” Ish! Macam mana nak cakap ni? Nanti kalau salah cakap tak pasal-pasal dia marah aku pulak!

Berkerut dahi Didy memandang Adam. Tadi bukan main bersungguh-sungguh ajak orang jumpa kata ada benda nak cakap, tapi ni jadi orang gagap pulak. Sepatah-sepatah pulak tu. Susah aku nak faham!

“Abang ni kenapa? Cuba cakap? Permintaan apa yang keterlaluan sangat?”

Cakap je, Adam! Tak perlu berlapik segala! Nanti Didy tak faham pulak!

“Abang nak Didy jauhkan diri dari Am. Dia tu tak macam yang Didy sangka!”

Wajah Didy berubah serta-merta. Memang keterlaluan ni! Apa pulak halnya sampai dia tak nak aku kawan dengan Irham?

“Dia tak ada buat salah dengan abang. Didy tak kira! Didy seronok kawan dengan Am, abang tak ada hak halang Didy!!” bentak Didy pula. Geram dengan Adam yang tiba-tiba saja buat permintaan di luar jangkaan. Apa hak dia halang aku?

“Didy.. Please.. Dengar cakap abang.,”

Pantas Didy menggeleng, tanda dia tak mahu mendengar apa-apa lagi dari Adam.

“Sudahlah.. Didy sibuk, tak ada masa untuk semua ni. Abang jangan ganggu Didy lagi.” Ujarnya kemudian terus berlalu pergi.

Bodohnya kau Adam! Lepas ni mesti Didy tak nak cakap dengan kau dah! Bengong punya Adam Harraz!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience