BAB 10

Romance Completed 5659

Macam tak percaya dia dah ada di depan rumah itu. Rumah papan bewarna coklat cair dua tingkat direnung lama. Nak masuk ke tak? Nak masuk ke tak? Hish! Kalau tak kerana apa yang Farhan cerita semalam, tak adanya dia datang sini hari ni! Iphone di dalam poket seluar jeans dikeluarkan. Nombor Yana didail. Kemudian Iphone didekatkan ke telinganya.

“Hello, Yana.. Kau ada kat mana?”

“Kat Pahanglah. Kenapa?”

Didy telan liur. Tak berani nak jawab soalan tu. Mesti dia orang terkejut kalau tahu aku ada kat depan rumah nenek Adam. Makin berdebar bila dilihatnya kereta MyVi putih milik Adam ada di bawah garaj kereta. Adam ada! Takutlah nak jumpa dia orang semua! Patah balik ajelah macam ni! Aci ke?

“Oit! Cik kak! Kau kenapa?” sergah Yana di hujung talian.

Tersentak Didy dibuatnya. Berdesing telinga dia. Kuat betul suara Yana ni! Macam bercakap dengan orang pekak aje!

“A.. Aku sebenarnya..” Gagap pulak! Cakap ajelah Didy oi!

“Kau sebenarnya apa? Kau okey ke tak ni?”

“Aku kat depan rumah nenek Adam!”

“Hah??!!!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience