BAB 20

Romance Completed 5659

Dia tersenyum sambil melangkah perlahan menghampiri lelaki kacak yang amat dicintai! Adam Harraz turut melemparkan senyuman manisnya itu!

“Sorry, dah lama tunggu?” perlahan Didy menyoal. Adam mengangguk. Senyuman masih lagi terukir di bibir. Bahagia!

“Sorry!! Didy baru bukak diari tu! Kesian abang tunggu lama.” ujarnya penuh kesal. Rasa bersalah pulak tak bukak awal-awal!

“It’s okay, Didy. Abang tak marah. Kalau sebab Didy, seribu tahun lagi pun abang sanggup..” perlahan Adam bertutur. Matanya langsung tak pandang ke tempat lain. Dia mahu renung wajah Didy sepuas-puasnya! Aduh! Sweetnya Adam Harraz ni! Didy tersenyum.

“Tapi, macam mana abang yakin yang Didy akan bukak diari tu kat rumah? Kalau Didy bukak masa dekat kampus tadi macam mana? Masa tu abang dah pergi pun. Tak sempat tunggu Didy baca!” Tawa meletus di bibir Adam Harraz yang agak kemerahan. Tak merokok orangnya!

“Sebab tu abang suruh Didy bukak kat rumah. Abang tahu, Didy akan dengar cakap abang.”

“Tapi dulu Didy pernah tak dengar cakap abang.”

“Itu sebab Didy degil. Mabuk dengan cinta palsu si Irham tu!” Sempat lagi Adam menyindir. Ouch!! Kena sindir pulak! Didy mencebik geram.

“Sorry. Tak sengaja.” Adam segera memohon maaf. Takut kalau Didy merajuk lagi!

“Err, betul ke luahan hati abang dalam diari tu? Macam mana dengan Wani?”

“Abang tak pernah cakap yang Wani tu bakal jadi isteri abang. Abang tak cakap yang abang nak kahwin dengan dia.” Hish! Susah aku nak faham apa yang Adam cakap ni.

“Tapi hari tu masa kat rumah nenek abang ingat tak abang cakap abang dah tak boleh jaga Didy? Abang cakap abang ada komitmen lain! Itu maknanya abang nak kahwinlah kan?” Adam tertawa lagi. Sungguh, bahagia Didy mendengarkan tawa lelaki itu.

“Abang tak habis cakap lagi masa tu. Didy pulak tiba-tiba je cakap mengantuk. Abang diam ajelah! Maksud abang, komitmen abang tu ialah pada kerja. Abang kan dah nak habis belajar? Macam mana abang nak jaga Didy kalau abang dah takde kat MSU ni?” Didy menekup wajahnya. Malu dengan kebodohan sendiri. Kemudian dia tersengih.

“Tapi nenek abang nak abang kahwin dengan Wani, kan?”

“Laa.. Nenek abang tu suka berguraulah! Sayang ni…!” Eh? Sayang?! Bestnya! Romantik sungguh!

“Apa dia? Abang panggil apa? Tak dengarlaa..” Pipi gebu Didy dicubit manja. Geram! Boleh pulak buat-buat tak dengar!

“Sengaja buat-buat tak dengar yaa… Naughty sungguh bucuk abang ni!!” Didy tertawa senang. Sungguh, dia terlalu bahagia saat ini!

“So, abang sayang Didylah?”

“Sayang! Sayang sangat-sangat! Didy?”

“Sayang abang jugak! Sangat-sangat!” Mereka saling tertawa. Saat yang berlalu tidak terasa. Yang terasa hanyalah kebahagiaan dan kemanisan cinta yang tersemai di hati. Kalau Adam tercipta untuk Hawa, Adam Harraz pula tercipta untuk Nurul Nadia! And they lived happily ever after!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience