BAB 5

Romance Completed 5659

Alahai! Masa orang tengah sibuk nak buat discussion nilah tiba-tiba si Farhan ni ajak makan pulak! Laju dia menuruni anak tangga. Dah lambat! Matilah! Mesti Farhan membebel kejap lagi. Dah 10 minit dia tunggu. Lantaklah! Bukan dia tak tahu aku tengah sibuk buat perbincangan dengan budak-budak junior ni.

Sebaik dia melintasi tandas lelaki, dia terdengar suara orang ketawa sakan di dalamnya. Aik? Dalam tandas ada pesta ke? Langkahnya mati. Dia kenal dengan suara itu. Irham? Dengan siapa dia bergelak sakan ni? Buat seketika dia berdiri kaku bagaikan anak patung.

“Aku rasa Didy tu dah tangkap syok kut dengan aku? Kelakar siot! Bodohnya perempuan tu! Dia ingat aku nak sangat ke kat dia?” suara Irham bergema di dalam toilet.

Nafas Adam bagaikan tersekat mendengarnya. Terasa darah menyerbu naik ke kepala. Kalau ikutkan hati mahu saja dia serang Irham dan tumbuk muka lelaki itu bertubi-tubi. Biar lunyai! Biar tak nampak terus muka dia ala-ala jamban tak siap tu! Ada lagi satu suara yang kedengaran. Pasti kawan-kawan Irham juga!

“Terbaiklah lu, bro! Didy tu cantik tapi bodoh! Eh, berapa banyak duit lu bertaruh dengan Fiq?”

Bertaruh?! Adam bertaruh? Bertaruh untuk apa? Ada kaitan dengan Didy ke?

“Banyak! Bukan setakat Fiq je, Jepp pun join sekali! Sorang bayar aku RM 500. Kalau aku berjaya buat minah tu tangkap cintan dengan aku, free-free aje aku dapat RM 1000! Hahahahaha!!” berdekah-dekah tawa mereka bersahutan.

Kesabaran Adam lesap sudah! Baru saja ingin melangkah masuk ke toilet itu dengan perasaan berkobar-kobar mahu membelasah Irham, tiba-tiba ada suara yang memanggil namanya.

“Oit! Kau buat apa kat sini? Farhan tunggu kau kat kafe!” Pian termengah-mengah memberitahu. Berpeluh-peluh! Biar betul budak ni? Buat marathon ke apa?

Alaaa.. Lupa pulak!! Kacau betullah! Nasib kau baik, Irham! Kalau tak memang nahas kau aku kerjakan!

“Okey, Pian. Thanks. Aku memang nak pergi laa ni..” beritahu Adam dan terus berlalu pergi dengan hati yang hangat membara.

Didy, abang dah cakap. Dia tak sebaik yang Didy sangka! Kurang ajar kau, Am! Memang nak mampus!! Aku takkan berdiam diri. Aku takkan biarkan kau permainkan gadis sebaik Didy!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience