BAB 8

Romance Completed 5659

Kereta MyVi putih milik Adam Harraz membelah laju di jalan raya. Masing-masing teruja mahu cepat sampai ke Pahang, kampung Adam Harraz. Dah lama mereka rancangan percutian ni. Sepatutnya mereka berenam, tapi sekarang dah kurang sorang. Berlima ajelah!

Telefon Yana berbunyi memecah kesepian. Mahu tak sepi? Masing-masing dah lena diulit mimpi. Tinggal Yana je yang tak tidur. Tu pun sebab khusyuk baca novel. Langsung tak boleh kacau tumpuan dia. Nak feeling katanya! Kalau tak, ada jugaklah teman untuk Adam ajak berbual dan hilangkan rasa mengantuk yang amat!

“Hello.. Ye, Cik Nurul Nadia..” Perlahan Yana bertutur.

Mendengarkan nama itu, jantung Adam mula berdegup laju. Dia diam membisu. Ingin mendengar tiap butir bicara Yana dengan gadis itu di telefon.

“On the way ni. Tak sampai lagi! Baru masuk Bentong. Kenapa cal tiba-tiba? Ohh.. Nak pinjam kereta aku? Kereta kau mana? Masuk bengkel? Okey. Ambillah, kunci ada kat dalam almari baju aku tu.” Yana mengerling Adam sekilas. Pandangan Adam Harraz tertumpu sepenuhnya pada jalan raya.

“Okey, no problem.. Drive safe, babe. Apa-apa call aku. Bye!”

“Kenapa dengan dia?” soal Adam tiba-tiba.

Yana tersengih sumbing.

“Didy nak pinjam kereta Yana. Kereta dia kurang sihat.”

“Ooo…”

“Tak bestlah abang gaduh dengan dia! Kalau tak dia boleh join kita sekali!”

“Kalau kita orang tak gaduh pun belum tentu dia nak ikut kita, Yana. Orang tengah mabuk cinta tu, biarlah…..” Sayu suara Adam saat ini.

Novel di tangan tidak lagi menarik perhatiannya. Dia nak sangat cakap pasal ni dengan Adam. Dah tak sanggup nak pura-pura tak tahu apa-apa.

“Abang cintakan Didy?”

Hampir saja Adam membrek keretanya akibat terkejut dengan soalan Yana. Budak bertuah ni! Tak ada soalan lain ke dia nak bagi?

“Apa Yana merepek ni?” Adam cuba menutup rasa resah di hati. Sebab itu dia cakap Yana merepek. Tak ternafi kebenaran kata-kata Yana. Tak pasal-pasal aku cakap Yana merepek. Padahal Yana tak merepek, itulah hakikatnya. Aku cintakan Didy. Tapi………….. Biarlah….. Cinta tu tak semestinya bersatu, kan?

“Merepek tak merepek! Kita orang tahu tu. Dapat tengok dari mata abang. Cara abang layan Didy, cara abang cakap pasal Didy. Cara abang ambil berat tentang dia. Semuanya cukup jelas. Abang sayang dia. Noktah.”

Adam tergamam! Nak cakap macam mana lagi? Petah sungguh si Yana ni berkata-kata. Terus aku tak tahu nak cakap apa dah. Mamaa.. Tolong Adam! Adam berkawan dengan ahli-ahli nujum rupanya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience