BAB 14

Romance Completed 5659

Bintang berkerlipan indah di langit. Berjuta-juta yang bertaburan menghiasi langit malam, membuatkan dia merasa begitu kerdil berdiri di bumi ciptaan Allah. Kagum dengan kekuasaan Pencipta Yang Esa. Angin malam dingin sungguh. Tenang dan damai. Seronok pula dia duduk melayan perasaan di atas pangkin yang tersedia di halaman rumah Nek Jah. Sayup-sayup kedengaran deruan ombak pantai yang terletak tidak jauh dari rumah Nek Jah.

“Buat apa kat sini sorang-sorang?”

Tersentak Didy dibuatnya. Entah bila masa lelaki itu berdiri di belakangnya. Syok sangat layan perasaan sampai dia dah tak sedar apa yang berlaku di sekeliling.

“Takde apa-apa. Nak hirup udara malam je. Segar sungguh angin kat sini..” Perlahan Didy menjawab. Matanya beralih ke pintu rumah Nek Jah. Bayang housmatenya yang lain langsung tak kelihatan. Mesti sibuk tolong Nek Jah buat jeruk mempelam kat dapur tu.

“Angin malam ni sejuk. Nanti Didy kena selsema pulak.”

Kata-kata Adam hanya disambut dengan senyuman hambarnya saat ini. Dia kehilangan kata-kata sejak dia dapat tahu Adam dan Wani sebenarnya dah nak bertunang. Hancur luluh hatinya kini!

“Abang, Didy mintak maaf lagi sekali. Didy tak patut tampar abang hari tu..” tuturnya penuh kesal. Teramat kesal!

Adam duduk di sebelahnya. Walaupun dalam jarak yang agak jauh, namun sudah cukup untuk membuatkan jantung Didy berdegup kencang. Debaran yang luar biasa!

“Dahlah, Didy. Benda dah lepas buat apa ungkit lagi. Cuma satu je abang nak pesan..”

“Apa dia?”

“Lepas ni hati-hati pilih kawan. Kena pandai jaga diri…”

Dia tak faham dengan maksud Adam. Kenapa pesan macam tu? Kan dia ada untuk jaga aku?“Kenapa cakap macam tu? Kan abang ada untuk jaga Didy? Abang dah tak sudi jaga Didy ke?”

“Lepas ni abang ada komitmen lain. Dah tak boleh jaga Didy.”

Komitmen lain? Oh! Lupa!! Dia dah nak bertunang. Tak lama lagi jadi suami orang! Ya Allah! Kuatkanlah aku! Pahit untuk aku telan semua ni!

“Lupa pulak, abang dah nak kahwin. Maaf…”

Sepantas kilat Adam menoleh ke arahnya. Berkerut dahinya. Wajah Didy direnung lembut. Tiada senyuman yang terukir seperti selalu. Kenapa dengan abang? Terkejut sangat ke aku cakap macam tu?

“Abang, Didy masuk dulu ye. Mengantuk sangat..” Didy bangun perlahan-lahan. Sebenarnya dia tak mahu tunggu lama lagi. Air mata bakal mengalir bila-bila masa saja.

Satu keluhan kedengaran dari mulut Adam. Kemudian dia mengangguk.

“Good night..” ucapnya pada Didy.

Didy tersenyum. Dalam hati hanya Allah yang tahu. Abang, Didy sayangkan abang! Tapi, Didy redha. Dah terlambat untuk Didy sedar rasa cinta Didy pada abang. Didy akan singkirkan rasa cinta ini dari hati Didy! Tapi, kuat ke Didy untuk lakukannya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience