BAB 6

Romance Completed 5659

Lama dia membisu. Tak tahu harus bagaimana hendak memulakan bicara. Didy sabar menanti walaupun jelas kelihatan di wajahnya yang dia tak senang dengan pertemuan kali ini. Marahnya pada Adam masih belum hilang. Apa pula cerita yang Adam nak reka tentang Irham kali ni?

“Didy.. Kali ni Didy kena dengar cakap abang. Percayalah, demi Allah! Abang dengar semua yang Irham cakap.”

“Apa yang abang dengar?!”

Adam meraup wajahnya berkali-kali. Tell her, Adam! She must know the truth!

“Abang terdengar Irham cakap dengan kawan dia, yang dia dah bertaruh RM 1000 dengan Jepp dan Fiq untuk buat Didy jatuh cinta dengan dia!”

PANGG!! Tamparan kuat itu hinggap di pipi kanan Adam. Pedih! Cukup pedih tamparan itu membuatkan mata Adam terpejam rapat. Tiada kata yang keluar dari bibirnya. Lidahnya kelu. Kenapa begini?

“Didy tak sangka abang sanggup buat Didy macam ni. Abang cemburukan Irham sampai abang sanggup fitnah Irham! Didy benci abang!!” Nafas Didy tak menentu. Dadanya berombak menahan marah.

“Didy.. Dengar dulu apa yang abang nak cakap…”

“Sudahh!! Didy tak nak dengar apa-apa lagi dari abang! Mulai hari ini, saat ini… Persahabatan kita putus!!” Tanpa menunggu sesaat lagi Didy terus berlari meninggalkan Adam yang masih kelu tanpa kata. Manik-manik jernih hangat mengalir dari tubir matanya.

Terasa bagaikan ada langit yang menghempap dirinya. Sakitnya tak terperi. Sampai hati Didy cakap macam tu! Ini ke balasan yang harus aku terima hanya kerana mahu menyelamatkan dia dari cengkaman buaya keparat macam Irham?!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience