Sejak masuk kolej Mim mimpi balik. Dulu pun dia pernah juga alami situasi macam ni. Tetapi sudah lama. Cuma kali ni lain macam sikit. Dia pun asyik kena kacau. Benda tu muncul dan ada dimana sahaja.. Pejam ke celik ke sama sahaja.
"Huarghh.." Mim menguap.
Mim melangkah longai masuk ke bangunan kolej. Dah macam rupa zombi. Dia rasa penat sangat. Semalam dia tidak tidur lena. Perempuan tu datang lagi dalam mimpi Mim. Mim tidak faham mengapa.
Disebabkan hal itu, Mim kunci jam setiap 30 minit. Dia tak boleh nak tidur lena sangat kalau tak perempuan tu atau benda lain akan masuk dalam mimpinya.
Disebabkan hal itu juga semalamam dia asyik terjaga dari tidur. Oleh yang demikian dia buat keputusan untuk berjaga sahaja. Dia berjaga sepanjang malam. Dia makan, dengar lagu dan mewarna. Lepas subuh barulah dia dapat tidur sekejap. Itu pun tidak lama mana.
Jalan punya jalan. Dia terlanggar seseorang secara tidak sengaja. Alamak!
"Sorry." kata Mim. Dia menunduk dan ingin berjalan semula.
Orang itu berdiri dihadapan Mim. Dia langsung tidak bergerak. Hanya berdiri tegak.
"Sorry.." kata Mim. Dia bergerak ke tepi. Tetapi orang itu menghalang pula.
"Eh.. Kenapa pula ni?" bisik Mim. Dia mengangkat sedikit kepalanya.
"Alamak sweatshirt kuning." kata Mim. Dia tahu siapa didepannya. 'Orang tu' je yang pakai baju sama setiap hari. Tangan Mim mula berpeluh.
Mim pusingkan badannya. Dia nak ikut jalan lain. Tetapi malangnya orang itu muncul sekali lagi dan ada dihadapan Mim.
"Ya Allah." berderau darah Mim. Dia pejam mata.
"Kau dah tahu?" soal Ziqry. Mim buka matanya. Wajah pucat Ziqry tepat didepan muka Mim.
"A.." Mim tutup mulutnya. Matanya dipejamkan semula.
"Mim.." panggil Auni dari jauh. Mim buka matanya.
"Alhamdulillah.." kata Mim. Dia tersenyum melihat Auni. Dia macam nak menangis sahaja. Ziqry sudah menghilangkan diri.
Auni datang ke arah Mim.
"Kenapa Mim?" soal Auni. Dia pelik tengok Mim.
"Takde apa." kata Mim.
"Betul ke?" soal Auni. Tadi dia nampak Mim macam terkejut sangat.
"Sebenarnya.. Kita nampak.. Hah.. Cicak tu. Terkejut." kata Mim. Dia tunjuk ke arah cicak didinding.
"Oh cicak ke?" kata Auni. Mim mengangguk.
"Fuh.. Nasib baik Auni percaya." bisik Mim.
"Jom masuk kelas." ajak Auni.
"Okay." mereka pun masuk ke kelas.
Beberapa jam didalam kelas fikiran Mim melayang entah ke mana-mana. Dia sukar untuk fokus. Kejadian yang menimpa bermain dibenaknya.
"Mim.." Auni menyiku Mim. Dia tahu Mim sedang mengelamun.
"Hah? Ye?" soal Mim.
"Kelas dah habis." kata Auni.
"Hah?" Nampaknya kelas dah tamat. Terpaksalah Mim ulangkaji subjek ni sendiri nanti. Dia tak fokus langsung. Apa yang pensyarah ajar ibarat masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Rasanya tak masuk langsung.
"Jom makan?" ajak Auni. Mim menggeleng.
"Kenapa?" soal Auni.
"Err.. Kita bawa bekal." kata Mim. Dia tidak bersedia lagi untuk menjejakkan kaki ke kedai makan tu. Dia takut nampak nenek tu lagi.
"Oh.." kata Auni.
"Mim makan kat student zone ke?" soal Auni. Mim mengangguk.
"Daripada Mim makan sorang-sorang kat sana lebih baik Mim ikut saya pergi makan dengan kak Bell. Tadi dia kata nak makan nasi ayam penyet. Boleh kita borak-borak." kata Auni.
"Memang kita nak makan kat student zone tu. Cuma lepas tu nak pergi library nak pinjam buku." kata Mim. Memang dia ada rancang nak pergi perpustakaan pun hari ni.
"Oh.. Takpelah kalau macam tu." Auni mengangguk.
"Jumpa kat kelas nanti." kata Auni.
"Okay." balas Mim. Dia pun berjalan menuju ke tempat yang dikhaskan untuk pelajar.
Secara gambarannya student zone ni macam tempat pelajar berkumpul. Ada beberapa buah meja dan kerusi. Ada mesin air dan juga wifi. Biasanya pelajar akan duduk disini sementara tunggu waktu kelas, siapkan tugasan, melepak dan makan.
Disitu lebih santai berbanding perpustakaan. Kalau sembang kuat sikit pun tidak mengapa. Mim pun suka duduk disitu. Kawasannya agak luas dan terbuka walaupun begitu ia masih dalam bangunan kolej. Hal ini kerana student zone berada ditingkat atas dan sekeliling kawasan itu terdapat pokok dan tingkap kaca. Cahaya masuk dari setiap sudut.
"Seriuosly kau samakan aku dengan cicak?" soal Ziqry yang tiba-tiba muncul. Dia bersandar didinding.
"Astgarfirrullahalazhim." Mim terkejut.
"Argh." Mim tutup mukanya.
"Tak payah nak terkejut sangatlah." kata Ziqry. Mim alihkan tangannya.
Sebenarnya Ziqry ni tidaklah menakutkan pun. Cuma Mim jadi takut sebab Ziqry sudah meninggal dunia. Sudah tentulah si Ziqry ni hantu.
"Aku tahu kau dah tahu pasal aku, Mim." kata Ziqry.
"Awak tahu nama kita?" soal Mim.
"Yup. Macam-macam aku tahu pasal kau." Ziqry pandang Mim.
"Apa?" Mim terkejut.
"Apa yang awak tahu pasal kita?" soal Mim.
"Nama kau. Kau boleh nampak aku dan benda lain. Aku boleh nampak kat mana kau tinggal." kata Ziqry.
"Hah?" Mim terkejut. Dasar hantu punya Ziqry semua pasal Mim dia tahu.
"Kau nampak tu je kan?" soal Mim. Dia tutup badannya dengan beg. Ziqry pandang Mim.
"Seriusly Mim?" soal Ziqry. Dia menggeleng kepala. Dia tahu apa yang Mim fikirkan.
"Aku takde mata x-tray Mim." kata Ziqry.
"Kita tak cakap apa pun." kata Mim. Dia membelakangi Ziqry. Terasa malu pula.
"Kenapa awak kacau kita?" soal Mim.
"Aku perlu bantuan kau. Kau kena tolong abang aku." kata Ziqry.
"Kenapa?" soal Mim. Dia pusing untuk pandang Ziqry semula tapi Ziqry dah hilang. Mungkin sebab ada pelajar yang lalu lalang.
"Haih. Kena 'ghost' lagi." kata Mim. Dia pun ke terus ke student zone. Setelah itu ke perpustakaan pula.
"Cik.. Puan.. Err.." Mim tidak tahu nak panggil pustakawan itu dengan panggilan apa.
"Ye? Awak panggil akak je." kata pustakawan itu.
"Akak.. Kalau nak pinjam buku kat sini macam mana?" soal Mim kepada seorang pustakawan wanita itu.
"Awak nak pinjam buku?" soal pustakawan itu. Mim mengangguk.
"Kalau nak pinjam buku kena buat kad. Harganya RM5 sahaja. Awak boleh pinjam 3 buku seminggu. Kad tu pun boleh guna untuk print guna printer kat sana tu. Cumanya kalau nak print kena reloadlah kad tu. Tapi yang bestnya harga print akan dapat diskaun kalau guna kad." kata pustakawan itu.
"Oh.." Mim mengangguk.
"Kalau macam tu saya nak buat kad." kata Mim.
"Okay. Isi borang ni." kata pustakawan itu. Mim isi apa yang patut dan membuat bayaran.
"Bila saya boleh dapat kad tu?" soal Mim.
"Esok." kata pustakawan itu.
"Okay.. Terima kasih." kata Mim. Pustakawan itu tersenyum. Mim keluar dari perpustakaan. Dia akan pinjam buku pada esok hari.
Share this novel